7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat!

- 25 February 2013. Updated 5 June 2014Kesihatan

 Assalamua’laikum.

7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat! Mudah ke nak kempiskan perut? Ada ke cara dan petua untuk kuruskan badan tanpa makan ubat? Maklumlah, macam-macam ubat kurus badan yang ada di pasaran sekarang sampaikan ada antara kita yang berhabis ratusan mungkin ribuan ringgit untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing lagi menawan macam zaman anak dara atau bujang dulu. Kata orang, kalau nak selesaikan masalah, kenalah tahu apa punca masalah. Jom pakat baca 7 petua mudah untuk kita kempiskan perut dan kuruskan badan tanpa perlu makan ubat.

Apa 7 Petua Mudah Untuk Kuruskan Badan dan Kempiskan Perut?

Untuk tak mengecewakan diri sendiri, petua untuk kuruskan badan dan petua untuk kempiskan perut boroi ini hanya akan berjaya jika kita disiplin dan kuat iman menahan godaan pelbagai jenis makanan yang super enak dan masyuk yang ada di sekitar kita. Ingat yer, apa jua jenis petua dan cara, disiplin tetap nombor satu untuk kita berjaya.

7 petua yang anda boleh cuba untuk kempiskan perut dan dapatkan badan yang lebih kurus berbanding sekarang;

  1. Minum air masak banyak-banyak. Berapa banyak nak minum? Satu lori tangki? Ada yang kata 8 gelas sehari ataupun paling tidak 2 liter sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong dan kurangkan minum air manis. Cubalah tengok warna urin anda. Kalau jernih/’slightly’ kuning, oklah tu. Kalau kuning sangat, silahlah minum air kosong yer! InshaaAllah minum air kosong juga boleh sebabkan kita rasa kenyang dan kurangkan nafsu makan. Cubalah!
  2. Kualiti senaman. Tak perlu kita nak beli macam-macam mesin. Kalau ada duit, belilah. Kalau tak, cukup kita berjoging pusing taman perumahan. Jangan malu. Bukan mereka yang nak kuruskan badan. Senaman ringkas-ringkas pun cukuplah. Yang penting, kita tahu jenis senaman (kena tanya mereka yang pakar). Lagi elok kita bersenam setiap hari. Biar kita rasa seronok bila bersenam.
  3. Tukar snek. Kurangkan makan kek dan coklat sebagai snek utama kita. Ganti dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pandai-pandailah anda ubahsuai buah dan sayur untuk jadi lebih menarik untuk dimakan. Buah apa? Amalkan makan buah epal, betik, belimbing sebelum anda makan makanan utama.
  4. Ubah cara kita makan. Maksudnya makan perlahan-lahan. Kunyah makanan sampai benar-benar hancur luluh. Mudahkan kerja perut kita untuk hadam. Sebab tu Nabi pesan suruh kunyah 40 kali. Ada hikmahnya kita ikut sunnah Nabi. Kalau makan cepat-cepat, udara boleh terkepung dalam usus. Tu yang jadikan perut kita “buncit angin”.
  5. Tingkatkan dan kekalkan motivasi. Minda yang aktif dan positif penting untuk kita berjaya kuruskan badan & kempiskan perut. Bacalah pengalaman mereka yang berjaya turunkan berat badan. InshaaAllah kita akan lebih bersemangat untuk bersenam dan ikut jadual pemakanan yang teratur. Kalau orang lain boleh kurus, kenapa tidak kita?
  6. Kurangkan garam. Banyak makan garam memang banyak mendatangkan masalah pada badan kita. Darah tinggi tu pun satu! Banyak makan garam akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan tubuh dan boleh lambatkan proses air nak keluar dari sel badan.
  7. Bakar lemak dengan betul. Senaman joging atau main badminton boleh membakar lemak. Jadi elakkan minum air milo dan 100plus. Nanti dah tak berapa berkesan senaman kita tadi.

Ada Cara Lain Untuk Langsingkan Badan & Miliki Badan Yang Menawan Tegap?

1. Gunakan pelan diet Atkins untuk menguruskan badan 4kg seminggu. Dengan pelan diet Atkins, proses untuk mengurangkan berat badan, mengempiskan perut, mengecilkan peha, dan akhirnya memiliki badan idaman. Tak mustahil. Boleh baca lebih lanjut tentang diet berkesan Atkins 4kg seminggu di bawah:

KLIK DI SINI –> Download Pelan Diet Atkins Untuk Turunkan Berat Badan 4kg Seminggu tanpa ubat, tanpa berlapar!

2. Anda boleh cuba membaca pengalaman menguruskan badan daripada mereka yang sudah berjaya. Antaranya ialah Saudara Hafiz Wasa yang berjaya membakar lemak degil dengan beberapa teknik yang beliau ceritakan dalam ebook di bawah; (gambar di bawah adalah Encik Hafiz Wasa sendiri yang berjaya turunkan berat badan menggunakan Teknik Bakar Lemak Pantas – jangan ragu-ragu, sebab memang terbukti selamat dan berkesan!)

Baca Pengalaman Sebenar Teknik Bakar Lemak Pantas Untuk Kuruskan Badan & Kempiskan Perut –> KLIK DI SINI-

-  “LIKE” dan “SHARE” info ini kepada rakan-rakan anda yang juga sedang berusaha nak kuruskan badan -

teknik rahsia bakar lemak pantas kuruskan badan tanpa ubat

Penulis ebook sendiri berjaya kuruskan badan dan kempiskan perut dengan Teknik Bakar Lemak Pantas!

SEMUANYA BERMULA DENGAN ILMU. Jangan berkira sangat untuk ilmu. Tanpa ilmu, apa yang kita buat dalam usaha turunkan berat badan, akan jadi sia-sia.

Semua petua kempiskan perut & kuruskan badan di atas tak perlukan kos yang besar. Semuanya inshaaAllah mudah dilakukan untuk mendapat perut yang lebih kempis (tak boroi) dan badan yang lebih kurus. Saya tahu, menulis memang senang, tapi terimalah kenyataan yang penyakit banyak berpunca daripada perut kita. Nak atau tak, kita yang menanggungnya. Ayuh jaga aturan makanan kita dan bersenam secara berkala. Kurus, gemuk, makan sikit, makan banyak, bersenam atau tak. Semuanya di tangan kita. Pilihlah!

Badan yang lebih sihat, perut yang kempis kurang boroi dan badan yang lebih kurus inshaaAllah meningkatkan tahap kesihatan kita dan meningkatkan tahap khusyuk kita dalam ibadah. Perlukan bantuan pakar, klik link di bawah;

BERTINDAK SEKARANG. Bertangguh Hanya Menambah Lemak! Dapatkan Teknik Bakar Lemak Pantas Untuk Kuruskan Badan & Kempiskan Perut – KLIK SINI 

@hafizmd – 7 Petua Mudah Kempiskan Perut & Kuruskan Badan Tanpa Ubat! Ambepun kenalah lupakan makan laksam dan nasi dagang sokmo-sokmo =)

{ 77 comments… read them below or add one }

akubiomed February 25, 2013 at 11:37 am

Lepas ini perut berketak. :-)
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Moroccan Pavillion @ Astaka Morocco aku datang

Reply

suri February 25, 2013 at 1:25 pm

haa..tuan2 tolonglah sy..sy lapar 10 hari tak makan huaa..
Baca entri terkini Blogger suri´s: Di Bawah LangitMu

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:36 pm

kesian..pilihlan nak makn ape..hehe

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:35 pm

hehehe…harapnyalah…hehehe

Reply

suri February 25, 2013 at 12:57 pm

selalu buat senaman kaki kt rumh mmg ada alat tu sambil tgok tv smbil kaki memijak heee

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:37 pm

bagus jugak tuh…kasi drh jalan lancar

Reply

suri February 25, 2013 at 12:57 pm

kata org jgn makan nasi hee mesti cpt turun berat badan
Baca entri terkini Blogger suri´s: Petua Kentang Tahan Lama

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:37 pm

lebih selamat kena jugak makn sikit..hehe

Reply

suri February 25, 2013 at 1:25 pm

minum milo byk lemak ker bro? heee sy klu boring2 sslu gak pi dapor buat air milo panas..slu pas bersenam akn minum air suam byk2.
Baca entri terkini Blogger suri´s: Senyum Depan Laptop

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:38 pm

milo tinggi kadar karbohidratnye..jd elok minum air kosong

Reply

hazman aka species1980 February 25, 2013 at 4:03 pm

Kalau bab diet tu ramai kot boleh buat…. nak maintain rajin bersenam tu yang leceh kot nak buat selalu… hohohoo
Baca entri terkini Blogger hazman aka species1980´s: HAZMAN vs FOOD – Lamb Hanith Restoran Al Mikraj NILAI

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:39 pm

hehehe..nak konsisten tu payah, tp tiga kali seminggu kire oklah

Reply

papa mifz February 25, 2013 at 6:03 pm

den nih pun dah lama sangat tidak bersenam…manalah perut tak membulat…huhu kena ubah nih…:)
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Contest Kaca Mata PapaMifz.com

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:07 pm

hoho…bulatpuj hensem bro…hihihi
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Wordless Wednesday #33 Oh! 26 Inci

Reply

yusri February 26, 2013 at 3:42 pm

go for 6 pax…hahaha

Boh…lawan badminton sekali nok?
Baca entri terkini Blogger yusri´s: Kepentingan Cermin Blind Spot

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:08 pm

yeah!
kalu dang, molek jugok tuh…
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

Puan Bardboo February 26, 2013 at 10:29 pm

Baru lepas bersalin ni memang kena kempiskan perut. Huhu. Stress!
Baca entri terkini Blogger Puan Bardboo´s: Pengalaman Bersalin di Negara Orang [Part 02]

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:10 pm

jgn stress lebih2 yer bard…

biasalah…tp ambe tgk ibu2 yg susukan anak, cepat jer slim
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

maza February 26, 2013 at 11:02 pm

maza hari ini mengamalkan minum air suam atau masak segelas setengah jam sebelum makan…heheheh

nampaknya effective loorrr..hehehe
Baca entri terkini Blogger maza´s: Titah Ucapan DYMM Raja Dr. Nazrin Shah : Perpaduan Ummah

Reply

suri February 28, 2013 at 9:50 pm

ha apalah..minum kena lebih baru badan bertenaga heee

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:11 pm

terbaik!
cuba plak makan buah sebelum makan..lagi efektif..hehe
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

fiezaradzi February 26, 2013 at 11:31 pm

jom buat.. konon la.. tadi dah tewas dgn nasi kicap ikan goreng cili padi.. panjang nama.. haha.. esok, makan oat jer!
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Install Audio Driver

Reply

titan February 26, 2013 at 11:39 pm

yela tu..oat la sangat. haha..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Cek ke 17 dari Nuffnang

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:13 pm

mmg makan oat woooo…percayalah!
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:13 pm

@fieza, hahahaha..kalu ade sambal kicap ngn budu..byk kali tewas…hahahaha
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

fiezaradzi February 26, 2013 at 11:31 pm

opps, macam kenal je link kat atas tu..
Baca entri terkini Blogger fiezaradzi´s: Review Buku | Mustafa Kamal Ataturk

Reply

suri February 28, 2013 at 9:51 pm

link tu bukan dtg dri bintang heee

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:14 pm

keh3…link kempiskan perut dan kuruskan badan ke?
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

TehR February 26, 2013 at 11:32 pm

yups, jom kempiskan perut
senaman angkat kaki bila bangun tidur bagus juga untuk kempiskan perut
Baca entri terkini Blogger TehR´s: Piala FA 2013 | Kelantan Vs PKNS

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:15 pm

betul tu..buat sampai rase perut nak cramp
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

titan February 26, 2013 at 11:40 pm

kempiskan perut? jogging dan bersenam. itu aje caranya..
Baca entri terkini Blogger titan´s: 4 minit dan 64 saat.

Reply

suri February 28, 2013 at 9:55 pm

buat jangan selalu miss ok tuan

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 3:57 pm

@suri, betul tu, kena konsisten

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:16 pm

@titan, joging tiap hari…mantop!

ade jugak ambe thk, lepas joging bedal rokok, teh tarik plus nasi lemak…
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

Denaihati February 27, 2013 at 12:11 am

kalau ikut petua ni insyaAllah memang boleh berjaya, tapi tulah dia, selagi keadaan tak memaksa…tak sakit…macam alasan ada(peringatan diri sendiri)…heeee
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Life of Pi hidup jangan pernah putus asa

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:21 pm

hoho..tu yg nak kena paksa diri tu..kalau tak, sampai ke sudah tak bersenam…hehe
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

Hazril February 27, 2013 at 1:51 am

good tips..
Baca entri terkini Blogger Hazril´s: Bruce Lee Workouts, Massive Reps, Unstoppable Techniques

Reply

pajri February 27, 2013 at 7:09 am

Memang harus butuh disiplin sepertinya. saya saja sudah resah dengan perut nih,,, bawaan malas. lemas… pengaruh perut ni.. nak cuba lagi cara diatas.. dan lebih disiplin. semoga bisa kecik lagi ni perut.
Baca entri terkini Blogger pajri´s: Lirik Lagu Walet band Pergi

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:23 pm

itulah..bila kita malas..macam2 sakit yg datang
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

daddy zuki February 27, 2013 at 11:53 am

perut dah 37 inci weh! kena berhenti mkn nasiutk dinner la…if not mahunya saiz 40!
Baca entri terkini Blogger daddy zuki´s: A scary image that is haunting me….

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:24 pm

nasi mmg salah satu sbb, tp kalau tak makan terus mana nak dpt sumber karbohodrat..jd ambe rase kena mkan, tp dlm kuantiti yg betul
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

munir ardi February 27, 2013 at 4:50 pm

boleh nih untuk saya rakan hafiz saya segakk betul berat badan mencecah 100 kg

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:22 pm

kalau dapat trurnkan sekila seminggu pun sudah bagus bang munir
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

WRizuan February 28, 2013 at 3:15 pm

nampaknya aku kena follow step ini..sbb perut aku pun dah ke hadapan ni :)
Baca entri terkini Blogger WRizuan´s: Cendol Durian Borhan

Reply

suri February 28, 2013 at 9:57 pm

selalu kedepan sb senang hatikan bukan susah hati :P

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 3:55 pm

@suri, senang hati tu satu, tkut nanti lama-lama susah hati pulak..hoho

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:05 pm

hehe..nak kena kurangkan sikit demi sikit..

ambepun samalah..hahahaha

Reply

pipoq February 28, 2013 at 9:33 pm

nasib baik ada anak2 leh join sama buat senaman perut..hehehe..yg kecik jadi pemberat, yg si kakak pulak jadik trainer..
Baca entri terkini Blogger pipoq´s: Setuju ?

Reply

suri February 28, 2013 at 10:00 pm

itu dlm bersenam ada harmoni dlm suasana kekeluargaan
Baca entri terkini Blogger suri´s: Jangan Ada Yang Membenci

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 4:02 pm

hehee..berlari ngn anak2 pun berpeluh..hohoho

Reply

ahsan February 28, 2013 at 9:55 pm

paling cepat nak kuruskan badan,kurangkan makan nasi…..cuba try jangan makan nasi selama seminggu,insyallah berat badan akan turun….

Reply

hafizmd March 2, 2013 at 3:56 pm

Jgn makan nasi…ade jugak drg ramai yg diet ekstrem camni..

Cuma kena gantikan dgn sumber karbo atau protein yg sesuai..terima kasih ahsan

Reply

topijerami90 March 6, 2013 at 2:37 pm

tips yg baek, yg penting kita perlu konsisten dalam buat apa2 pun
Baca entri terkini Blogger topijerami90´s: Anwar Ibrahim Terlibat Pencerobohan Lahad Datu Sabah ?

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:19 pm

tu paling pasti…konsisten
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

tips March 7, 2013 at 7:31 am

saye buncit angin ni..

huhu!
Baca entri terkini Blogger tips´s: WW 25 Bola Jaring Kaki

Reply

hafizmd March 9, 2013 at 4:17 pm

buncit angin tu pun payah jugak.Nak kena jaga makan
Baca entri terkini Blogger hafizmd´s: Live Streaming & Jadual Siaran Langsung Liga Super 9 Mac Astro Arena 801

Reply

Hairul Hissam March 12, 2013 at 1:15 pm

bagus tips tersebut.. saya pun ada teknik mengempiskan perut dari kajian saya… teknik terbaru dari ladang.. heee
Baca entri terkini Blogger Hairul Hissam´s: Cara Menghilangkan Perut Buncit Paling Mudah Setakat Ini

Reply

yas March 13, 2013 at 2:13 pm

Bab2 ni terpulang pada diri sendiri…mau ka tak mau??? Klau mau ok jerr…tp klau x mau, banyak la alasan dibagi….:D
Baca entri terkini Blogger yas´s: Keputusan Peperiksaan STPM Diumumkan Isnin 18 Mac 2013

Reply

hafizmd March 14, 2013 at 11:07 am

keh3…ramai yg nak buat, cuma tak tau..bila tau, tak buat..hahaha

Reply

Ashrani August 13, 2013 at 12:15 am

betul tu betul :D

Reply

SufiSyuhadah August 15, 2013 at 5:16 pm

Saya ada wat entry untuk cara2 kuruskan badan bagi yang dah stress kenapa berat tak turun2..
Jom singgah

Baca entri terkini Blogger SufiSyuhadah´s: Tips Kuruskan Badan

Reply

cerita best August 15, 2013 at 8:30 pm

jangan makan nasik jer…makan protein..memang boleh turun…
Baca entri terkini Blogger cerita best´s: Honda Fit 2014 Akan Dilancarkan Di Pasaran Jepun

Reply

hafizmd August 23, 2013 at 2:24 pm

betul tu…kurangkan makan nasi dan lebihkan protein untuk turunkan berat badan…

terima kasih berkongsi tips kuruskan badan

Reply

sensasi2020 September 6, 2013 at 4:19 pm

Banyak kena lakukan tip-tipnya, tapi ramai yang mengabaikannya. Itu sebablah perut semakin memboroi. Senaman adalah makanan bagi tu7buh badan kita sentiasa slim dan sihat.
Baca entri terkini Blogger sensasi2020´s: Pantun Seloka Minyak Naik 20 Sen Saja

Reply

hafizmd September 6, 2013 at 11:03 pm

Betul tu bro. Nak ikut dan konsisten tu kena kuat juga. Bukan senang nak kuruskan badan dan kempiskan perut ni…hohoho

Reply

Blog Amir September 29, 2013 at 3:13 pm

hihi. makan set kurus shaklee mujarab gak. customer sy amek semua dh turun. hihi. tp apa2 pun, mkn kena jaga juga.

Reply

hafizmd November 28, 2013 at 11:07 am

ramai jugak yg dah cakap camtuh…nak kena cuba jugak ni..ke ada yg nak sponsor? hehee

Reply

Blog Amir September 29, 2013 at 3:14 pm

oppss. komen tadi bukan tujuan nk promote yer. haha.
Baca entri terkini Blogger Blog Amir´s: Cara Jadi Ahli Shaklee dan Cara Memulakan Bisnes Shaklee

Reply

hafizmd November 28, 2013 at 11:07 am

hehe..takpe…ilmu bagus untuk dikongsikan =)

Reply

solehah November 26, 2013 at 3:44 pm

jadi ke org yg main tali skiping.turun berat badan???

Reply

hafizmd November 26, 2013 at 3:53 pm

insyaAllah, cuma nak kena jugak pelbagaikan bentuk senaman. Berlari, joging, dan paling penting, jaga pemakanan..

Kalau solehah nak ebuku sebagai panduan, saya sarankan yang ni –> Teknik Bakar Lemak dengan Betul dan Cepat

Reply

amadzfikri November 30, 2013 at 3:11 am

Assalambro ,saye ade masalah perut buncit dan peha besar . Macam mane nak atasi masalah tu ye? saye tak tau nak ikut petua mane satu . harap bro ley tolong laa masalah saye ni .huhu :-)

Reply

hafizmd November 30, 2013 at 8:14 am

As salam.
Peha dan petut memang tapak utama simpanan lemak. Senaman berbasikal mungkin lebih sesuai tapi perlukan juga pelbagai senaman. Nak citer panjang2, saya amat sarankan bro Zikri dapatkan ebook ini yg ditulis oleh pakar yg berjaya kuruskan badan dengan baik.

KLIK SINI jika berminat nak tgk –> Ebuku Teknik Bakar Lemak Di Perut

p/s-kalau dapatkan sekarang, saya bank in semula RM10 dalam akaun zikri.

Reply

Mazni Azmi January 20, 2014 at 10:05 am

Assamu’alaikum Wrmbth,

Kalau macam ni caranya boleh bankrup syarikat pelangsingan badan.

Sebab semua orang amalkan cara hidup sihat.

Tapi malaysia ni negara yang banyak rakyatnya ada masalah kegemukan.

Selagi kita sendiri tak kawal makan dan suka fast food. sampai bila pub xkan kurus
Baca entri terkini Blogger Mazni Azmi´s: Cara Memulakan Perniagaan Shaklee Dan Cara Jadi Ahli Shaklee

Reply

Mazni Azmi January 20, 2014 at 10:08 am

Kalau tukar aktiviti bersama kawan kawan pun boleh kan. Selalu kalau nak jumpa mesti sembang makan.

Mana perut tak naik
Baca entri terkini Blogger Mazni Azmi´s: Cara Memulakan Perniagaan Shaklee Dan Cara Jadi Ahli Shaklee

Reply

Fatimah May 3, 2014 at 2:59 pm

perkongsian yang sangat menarik admin. Saya pun ada share tip kurus di blog saya. Jemputlah melawat. http://bit.ly/tipcantikdanlangsing
Baca entri terkini Blogger Fatimah´s: RESEPI SIHAT: Jus Oren Halia

Reply

mama solehah November 10, 2014 at 7:55 pm

wow….jauhnya beza

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 13 trackbacks }