Browsing articles in "Sukan"
Dec 18, 2011

Bola Sepak Kelab Piala Dunia | Santos vs Barcelona

Kedudukan terkini: Santos 0 vs Barcelona 4 (Messi 2 gol, Xavi, Febregas)

Assalamua’laikum.

Minggu lepas, bila baca entri Cikgu Tehramuan pasal Bola Sepak Kelab Piala Dunia, terus saya Google. Hasilnya, baru tahu yang hanya ada 7 kelab yang bertanding tahun ni iaitu FC Barcelona, Santos Futebol Clube, Club de Futbol Monterrey, Kashiwa Reysol, Espérance Sportive de Tunis, Al-Sadd Sports Club dan Auckland City FC. Sudah pasti kelibat kelab wakil Asia, Kashiwa Resyol mencuri tumpuan.

Sebenarnya saya tertarik nak tengok kelibat Neymar. Kelibat Messi dah biasa tengok. Tapi, keputusan semasa nampaknya membuktikan yang FC Barcelona memang antara kelab terbaik dunia sekarang dan cukup mantap di setiap posisi. Terbukti, bola sepak ialah permainan yang perlukan semangat kerjasama berkumpulan yang hebat.

® hafizmd – layan Manu lawan QPR =)

Dec 18, 2011

Lee Chong Wei dan pengganti Lin Dan…

Assalamua’laikum.

Badminton. Antara sukan yang saya minat sejak dulu lagi. Sejak zaman anak-anak Sidek sampailah zaman Lee Chong Wei. Sejak zaman kita kuasa besar dunia, sampailah zaman kita hanya ada Lee Chong Wei. Sejak zaman Ardy Wiranata dan Rashid Sidek, hinggalah zaman Taufik Hidayat dan Lee Chong Wei. Sekarang, kita hanya ada Lee Chong Wei. Baru-baru ni kita cukup bangga dengan Zulfadli Zulkifli yang jadi Juara Remaja Dunia, tapi nampaknya kelibat beliau masih lagi sukar untuk ‘memikat’ BAM untuk diserapkan ke skuad Piala Thomas tahun depan.

Continue reading »

Nov 27, 2011

Bola sepak Kelayakan Olimpik:Malaysia vs Bahrain

Assalamua’laikum & Salam Maal Hijrah.

Kemaskini: Malaysia 2 vs Bahrain 3

  • Gol hasil tendangan kaki kiri yang cukup cantik dari Nazmi Faiz!
  • Thamil Arusa sedikit saja offside (dia selamba jer terus gelek keeper dan jaringkan gol dan terus dapat kad kuning)
  • Gol ke-2 minit 68 dari Mahali Jasuli yang bijak ambil kesempatan atas kesilapan keeper Bahrain!
  • Bahrain sekarang bermain 10 orang.
  • Gol Bahrain hasil sedikit kelekaan barisan pertahanan
  • Adoiiiiii! Gol penyamaan hasil tendakan percuma pulak dah! Mampu ke Harimau Malaya bangkit?
  • Tak sampai seminit…Ya Allah, 1 lagi gol menjadikan Malaysia kena 3-2! Apa nak jadi? Apakah ini akhirnya? Bangkit Malaysia!
  • Fokus fokus fokus fokus Malaysia! Ayuhhhhhh! 30 saat terakhir dan akhirnya….
  • Impian kita untuk menang kali pertama akhirnya musnah dalam hanya 6 minit! Sedih malam ni. Esok terus cuti

Continue reading »

Nov 21, 2011

Ulasan & Keputusan Terkini Malaysia vs Indonesia

Alhamdulillah.

Sekarang keputusan seri 1-1. Walaupun gol kita bolos minit ke-5, tapi skuad Harimau Malaya langsung tak gentar malah nampak lebih semangat dengan serangan demi serangan termasuk 2 cubaan yang hampir sangat dahpun masuk gol!

Akhirnya Asraruddin tampil kacak bergaya menjaringkan gol penyamaan. Habislah marah jiran aku malam ni, bertempik sorang-sorang…keh keh keh

Continue reading »

Nov 20, 2011

‘Barracuda’ vs Garuda

Assalamua’laikum.

Alhamdulillah. Yeahhhhhh! Skuad Harimau Malaya akhirnya layak ke akhir bola sepak Sukan Sea selepas mereka berhempas pulas hingga saat akhir untuk tewaskan Myanmar 1-0. Namun, harga yang perlu dibayar untuk ke akhir agak besar juga bila beberapa tonggak utama tak dapat beraksi di pentas akhir nanti.

Antaranya ialah kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar (2 kad kuning), Syahrul Azwari, Izzad Faris (cedera) dan Fandi Othman yang masih 50-50 tahap kecergasannya.

Namun, lebih menarik ialah….

Continue reading »

3 Blogger Sensasi


Photobucket Photobucket Photobucket

5 Ulasan Terkini

  • tehr: Wah, dapat tempat ketiga la :-) Tahniah kepada semua dan kepada tuan...
  • akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
  • Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
  • anif: :D Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai!
  • HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...

1 Papan Iklan


Page optimized by WP Minify WordPress Plugin