Temuduga SPA Dah Dekat? Nak Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!

tips-lulus-temuduga-kerja-kerajaan

Anda Perlukan Tips Untuk Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Mahupun Swasta!

Tahniah jika anda adalah calon temuduga bagi mana-mana jawatan yang ditawarkan oleh SPA mahupun di agensi kerajaan atau di syarikat-syarikat swasta. Jika anda mencari tips dan panduan untuk menghadapi temuduga tersebut, anda berada di laman yang tepat kerana saya akan kongsikan 7 tips mudah untuk anda hadiri temuduga dengan yakin dan insyaAllah akan lulus temuduga tersebut. Mohon anda baca sampai habis tips ini kerana ramai calon yang berkaliber kecundang di sesi temuduga/interview kerana tidak bersedia sebaik mungkin!

tips-lulus-temuduga-kerajaan-spa

Kemaskini Terkini Temuduga Ambilan Penjawat Awam Kerajaan

Penjadualan temuduga telah ditangguhkan sementara. Fasa PKPP yang bermula 10 Jun 2020 pastinya akan memberi ruang kepada pihak berwajib untuk menjadualkan kembali sesi temuduga penjawat awam.

Apakah anda akan ‘rileks’ sahaja tanpa berbuat apa-apa persediaan sedangkan ada calon temuduga kerja kerajaan yang beribu-ribu sedang sibuk menyiapkan diri?

Jangan biarkan anda lepaskan peluang keemasan untuk menampilkan yang terbaik. Peluang dipanggil ke temuduga untuk kerja kerajaan bukanlah peluang yang akan selalu muncul dalam hidup anda!

Jujur saya kongsikan, selepas saya bergraduasi, saya hanya belum lagi sampai ke peringkat sesi temuduga. Yang terakhir ialah sesi peperiksaan online untuk ambilan PTD. Tersangkut di situ. Jika anda telah dipanggil untuk temuduga, maknanya anda memang benar-benar calon yang mungkin dinanti-nantikan oleh majikan.

Jika anda tak nak buang masa, dan memang perlukan bantuan dan tip untuk persediaan lulus temuduga kerja kerajaan, saya amat sarankan anda untuk mendapatkan ebook yang dikongsikan iaitu:

[+] DAPATKAN PANDUAN TIPS LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

teruskan bacaan dengan tips untuk menghadiri temuduga di bawah.

Baiklah. Jika merujuk kepada laman sesawang penjadualan temuduga SPA, terdapat 13 jawatan yang telah dan akan mengambil tempat untuk sesi temuduga pada bulan Nocember dan Disember 2017. Antara sesi temuduga SPA pada bulan November 2017 ialah untuk jawatan berikut:

  • Pegawai Meteorologi Gred C41
    (Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
    [ Tarikh Temu Duga: 28 November 2017 – 13 Disember 2017
  • Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Astronomi)
    (Agensi Angkasa Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
    [ Tarikh Temu Duga: 28 November 2017 – 12 Disember 2017 ]
  • Pegawai Penyelidik Gred Q41 (Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Telekomunikasi)
    (Agensi Angkasa Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
    [ Tarikh Temu Duga: 28 November 2017 – 06 Disember 2017 ]
  • Pembantu Awam Gred H11
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
    [ Tarikh Temu Duga: 27 November 2017 – 30 November 2017]
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
    [ Tarikh Temu Duga: 20 November 2017 – 23 November 2017 ]
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
    [ Tarikh Temu Duga: 20 November 2017 – 23 November 2017 ]
  • Penolong Pegawai Sains Gred C29
    (Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
    [ Tarikh Temu Duga: 20 November 2017 ]
  • Penolong Pegawai Sains Gred C29
    (Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi)
    [ Tarikh Temu Duga: 20 November 2017 ]
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
    (Semenanjung)
    (Jabatan Perkhidmatan Awam)
    [ Tarikh Temu Duga: 19 November 2017 – 24 November 2017 ]
  • Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
    (Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 12 November 2017 – 21 November 2017 ]
  • Pembantu Pustakawan Gred S19
    (Semenanjung)
    (Jabatan Perpustakaan Negara)
    [ Tarikh Temu Duga: 19 November 2017 – 24 November 2017 ]
  • Jurutera Gred J41 (Awam)
    (Kementerian Kerja Raya (KKR))
    [ Tarikh Temu Duga: 24 Oktober 2017 – 24 November 2017 ]

Adakah anda salah seorang calon bagi penjawatan di atas? Jika benar, anda wajib untuk menghabiskan membaca 7 tips lulus temuduga untuk temuduga kerajaan, agensi kerajaan mahupun di syarikat swasta yang bakal saya kongsikan di di bawah.

7 Tips Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, Agensi Kerajaan, Syarikat Swasta

Banyak persediaan yang perlu dibuat untuk menghadiri sesi temuduga. Persediaannya mestilah serius dan teliti. Ramai calon yang berkaliber tidak lulus temuduga kerana persediaan yang tidak rapi! Berikut adalah tips dan langkah yang boleh anda ambil untuk menghadapi temuduga dengan jayanya!

#1 Tips Lulus Temuduga: Lakukan kajian mengenai syarikat. Anda wajib bersedia dengan melakukan sedikit risikan tentang syarikat yang anda hadiri pada sesi temuduga. Antaranya ialah profil syarikat, misi dan objektif syarikat. Anda wajib tunjukkan minat anda dan usaha anda untuk memahami syarakit tersebut.

#2 Tips Lulus Temuduga: Anda mungkin akan ditanya tentang beberapa soalan yang memerlukan anda memberi jawapan yang panel ingin dengar. Contoh soalan yang sering ditanya ialah:

  • Apakah  perkara yang anda tahu tentang syarikat itu?
  • Kenapa syarikat ini harus menawarkan anda jawatan ini?
  • Bagaimanakah anda dapat memberi manfaat kepada pasukan?
  • Terangkan kaedah anda untuk mengatasi cabaran di tempat kerja.

cara-nak-lulus-temuduga-spa

Anda juga harus memikirkan soalan-soalan lain yang mungkin ditanya. Ianya banyak bergantung kepada panel dan potensi diri anda. Bersedia sebaik mungkin!

#3 Tips lulus temuduga: Jika ditanya tentang kelebihan atau kemahiran yang anda miliki, anda haruslah mendedahkan kualiti atau kemahiran yang benar-benar anda miliki. Jangan cuba menipu atau berlebih-lebihan seoalah-olah anda serba tahu! Jika ditanya tentang kelemahan atau keburukan, anda juga harus bercerita dengan jujur namun haruslah disertakan sekali dengan tambahan bahawa setiap kelemahan anda mampu ditukar menjadi kelebihan dan dapat diatasi dengan baik dan positif.

#4 Tips lulus temuduga: Anda juga akan diberi peluang untuk bertanya. Biasanya di hujung sesi temuduga. Jangan takut untuk bertanya. Anda perlu bertanya sesuatu yang menampakkan anda benar-benar serius ingin dipilih dan lulus temduuga. Anda perlu libatkan diri dalam perbualan dengan panel penemuduga!

Contoh soalan yang anda boleh tanya semasa sesi temuduga ialah:

  • Apa ciri-ciri yang saya perlukan untuk berjaya di sini?
  • Siapakah yang akan saya bekerjasama jika saya diterima bertugas di sini?
  • Bolehkah saya mengembangkan diri dengan syarikat anda?
  • Apakah kesukaran yang bakal saya hadapi di sini?

panduan-lulus-temuduga-kerja-kerajaan

#5 Tips lulus temuduga: Elakkan soalan clichés. Tiada siapa yang suka cara berfikir stereotaip. Tunjukkan keperibadian anda dan tegaskan keunikan anda berbanding calon lain. Cuba yakinkan bakal majikan anda bahawa anda boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang berbeza tanpa mengira apa jua masalah yang timbul. Anda mungkin boleh kemukakan SWOT analisis dalam jawapan anda!

#6 Tips lulus temuduga: Bawa segala dokumen yang diperlukan. Bawa yang asal dan salinan. Jika boleh, sahkan sekali salinan yang disertakan. Salinan resume, portfolia terdahulu jika ada. Pastikan resume disediakan dengan cara yang profesional!

#7 Tips lulus temuduga: “First impression” juga penting. Jaga penampilan semasa sesi temuduga. Lebih-lebih lagi jika jawatan yang dipohon melibatkan jabatan kerajaan. Anda perlu mempunyai etika pemakaian yang betul. Boleh juga anda jalankan sedikit siasatan kod pemakaian di sesuatu jabatan (jika ada).

tips-berpakaian-untuk-lulus-temuduga-kerajaan

PERLUKAN TIPS TEMUDUGA TAMBAHAN UNTUK LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN?

Ramai sedar yang penjawat awam kerajaan menikmati pelbagai keistimewaan dan kemudahan seperti elaun COLA, elaun perumahan, elaun ITKA, kenaikan gaji setiap tahun, kemudahan pinjaman komputer peribadi dan kenderaan serta lain-lain kelebihan. Cukup terbaik!

Namun, jika anda tidak bersedia serapi mungkin untuk menghadapi temuduga, anda akan gagal walaupun CGPA anda power!

Jika anda benar-benar perlukan tips untuk lulus temuduga kerja kerajaan, agensi kerajaan untuk, klik banner di bawah:

tips-lulus-temuduga-kerja-kerajaan

Untuk itu, jika anda benar-benar memerlukan bantuan tambahan dan tips-tips yang lebih terperinci untuk lulus saringan temuduga kerja kerajaan, dapatkan tips dan panduan untuk lulus kerajaan dengan melanggan tips di bawah:

[+] DAPATKAN PANDUAN TIPS LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Ianya adalah tidak lagi “rahsia” kepada mereka yang sudah mendapatkan panduan lulus temuduga kerja kerajaan di atas.

Bertindak sekarang untuk bersedia dengan serapi mungkin!

Saya doakan anda lulus dengan cemerlang untuk sesi temuduga anda nanti.