Ambang Oh! Mambang
Assalamua’laikum.
Pejam celik pejam celik (ada yang pejam tak celik-celik), kita dah hampir ke tahun baru 2012M. Asal bila tiba tahun baru, selain dari dapat cuti tahun baru (yang memang saya dan sekeluarga seronok sebab dapat duduk luangkan masa bersama), kita akan disajikan dengan pelbagai sambutan sempena tahun baru. Macam-macam majlis yang ada. Kat TV penuh dengan siaran langsung konsert. Bersepah!
Kat Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang….kat mana lagi? Bersepah! Itu yang ‘acara rasmi’, belum lagi masuk yang ‘tak rasmi’. Lagi bersepah! Jadi, mana mambangnya sempena ambang 2012 ni???
Wordless Wednesday #4 Terbang tinggi-tinggi
Assalamua’laikum.
Entri tanpa kata #4 – Terbang tinggi-tinggi…
® hafizmd – tinggi manapun kita, di bawah juga akhirnya =)
Amalan Sunat Bulan Muharam
Assalamua’laikum.
Bulan pertama dalam kalendar Hijrah, Muharam dah tiba. Ada baiknya aku berusaha lebih gigih mendidik diri untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas. Moga-moga aku (dan teman semua) Allah beri kekuatan dan memandu kita dalam rahmat kasih sayangNYA. Suka untuk dikongsi amalan-amalan sunat yang sangat elok kita amalkan dalam bulan Muharam ni.
Andai tak dapat buat semua, dapat buat 1 amalan sunat dengan penuh istiqomah@konsisten pun cukup bagus. Ayuh kita sama-sama teliti, bulatkan tekad dan niat untuk berusaha amalkannya.
Salam Awal Muharram 1433H
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Tinggal beberapa jam saja lagi untuk kita bertemu permulaan baharu kalendar Islam, Muharram 1433H. Pernah dengar yang ustaz kata, bila tahun Islam baru bermula, itu tandanya buku amalan kita turut bermula dengan lembaran baru. Maknanya, kita sentiasa ada peluang untuk suatu Hijrah tapi bukan bermakna kita lupakan lembaran lama yang pelrlu sentiasa kita sama-sama selidik untuk dimuhasabah.
Suka untuk dikongsikan maksud doa akhir tahun. Moga dapat ambil isi penting dan memberi kita motivasi untuk berhijrah. InsyaAllah.
(Doa akhir tahun ni dibaca beberapa minit sebelum waktu Maghrib)
Nak kahwin ke tak nak?
Assalamua’laikum.
Aku kembali hari ni dengan mood yang lebih ceria. Kenapa? Haa..jangan nak provok, tajuk di atas langsung takde kaitan dengan aku. Aku dah kahwin dan insyaAllah setia pada yang satu. Sekarang ni, dah masuk musim cuti sekolah, asal cuti sekolah, mesti terus pakat ramai-ramai nak kahwin. Ada yang dah bercinta bertahun-tahun, ada yang baru bercinta setengah tahun, malah mungkin ada juga yang langsung tak bercinta lagi dan mungkin ada juga yang tak tahu langsung apa itu cinta…yeahaaa!
Eleh-eleh, senyum pulak. Dalam hati ada tamanlah tu. Haaa…encik-encik yang bergelar suami pun senyum? Ada makna ni…keh keh keh. Baiklah. Apa yang aku nak kongsikan ialah hukum perkahwinan bagi lelaki. Maksudnya, kalau korang masih lagi ragu-ragu untuk hantar rombongan meminang anak dara orang, mungkin panduan ni sikit sebanyak boleh beri hint untuk buat keputusan.
3 Blogger Sensasi
5 Entri Terkini
5 Ulasan Terkini
- tehr: Wah, dapat tempat ketiga la
Tahniah kepada semua dan kepada tuan... - akubiomed: Top terdiri 2 lelaki kacak dan 1 wanita jelita. Tanniah kepada...
- Azman: Tahniah kepada pemgomen terbanyak.
- anif:
Yey! Kali ini Saya berada dalam senarai! - HAFIZMOHD.COM: avatar di sidebar kanan. Menyusul kemudian review blog di...







