Rebut Hikmah Ramadhan & Selamat Berpuasa!

Assalamua’laikum. Ramadhan al-Mubarak. Bulan tarbiyyah menjadi manusia yang sebenar-benar manusia. Menunduk nafsu mazzumah yang sentiasa mengajak kita menentang Yang Maha Esa.

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik, dah sampai bulan Ramadhan 2014. Rasa macam baru jer kita puasa, tapi itu tahun lepas. Alhamdulillah. Itu maknanya kita masih diberi peluang untuk mencari keberkatan yang Allah kurniakan dalam bulan Ramadhan kali ni. Kalau bukan tahun ini kita rebut segala kebaikan dan kelebihan yang ada, tahun depan belum tentu kita masih lagi dipinjamkan usia.

akhlak nabi muhammad Bulan mengambang
Keistimewaan Bulan Ramadhan!

9 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Dapatkan jadual waktu imsak dan berbuka puasa Malaysia 1435H/2014M.

Saya pernah kongsikan keistimewaan dan kelebihan/hikmah yang ada dalam bulan Ramadhan. 9 Keistimewaan Bulan RamadhanAntaranya ialah;

  1. Saiyidus Syuhur (penghulu sekalian bulan): Kenapa penghulu? Kerana dalam bulan ini saja kita akan berpuasa sebulan tanpa henti, berpeluang untuk solat terawih, adanya zakat fitrah, Lailatul-qadar, nuzul Al-Quran, tadarus Al-Quran, kelebihan bersedekah yang berlipat kali ganda, qiamullail, iktikaf dsb. Bulan lain boleh solat terawih?
  2. Syahrul Syiam (bulan puasa): Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan ibarat kursus persediaan jangka pendek untuk persiapan masa jangka panjang. Bukan setakat kita puasa nafsu perut, malah nafsu mulut yang suka mengata dan bercerita aib orang, nafsu tangan menulis fitnah, semuanya perlu kita didik untuk menjadi manusia yang lebih baik. Contohnya mudah saja, kalau kita masih lagi berbelanja besar di bazar, itu petandanya kita masih gagal mendidik salah satu nafsu kita. Bagaimana kita? 9 Keistimewaan Bulan Ramadhan

Baca lagi 7 kelebihan bulan Ramadhan di entri ini ; 9 Kelebihan Bulan Ramadhan dan juga entri; Servis Diri Sempena Ramadhan.

Saya tertarik juga dengan status Ustaz Dr. Zaharuddin di laman FB beliau. Saya kongsikan status beliau di bawah;

salah faham tentang sebab batal puasa
Kredit: Facebook Ustaz Dr. Zaharuddin

Antara yang menjadi perhatian ialah kesilapan kita menganggap waktu imsak sebagai lampu merah untuk sahur. Ada yang salah faham bahawa jika masih makan pada waktu sahur boleh membatalkan puasa. Salah tu. Ini antara intipati yang UZAR cuba sampaikan.

Akhir kata, salam Ramadhan untuk rakan-rakan blogger dan pengunjung blog hafizmohd.com. Semoga kita berusaha untuk mencari redha Allah dalam menjalani ibadah puasa. Ameen.

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.