9 Keistimewaan Bulan Ramadhan
Assalamua’laikum.
9 Keistimewaan Bulan Ramadhan dan Hikmah Berpuasa Ramadhan. Pejam celik pejam celik, berbuka puasa petang ni menjadikan kita sudahpun berpuasa 7 hari. Masa dirasakan berlalu pantas. Kadang-kadang kita rasa tak cukup untuk siapkan semua kerja dan tugasan yang ada. Hakikatnya, kita semua diberi 24 jam sehari. Cukup atau tak, itulah masa yang kita ada untuk berbakti (ibadah) dalam apa juga kerja yang kita lakukan. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan ni. Makanya, ambe nak kongsikan 9 keistimewaan/hikmah bulan Ramadhan yang sememangnya 100% tiada dalam bulan-bulan yang lain.
9 Hikmah Kebaikan Berpuasa Bulan Ramadhan
Ramadhan bermaksud panas yang sangat terik. Dinamakan Ramadhan kerna pada bulan tersebut, tanah Arab cuacanya panas, terik dan kering. Ironinya, kepanasan yang terik dan kering itu diharap dapat membakar kotoran timbunan dosa yang kita lakukan dengan menghidupkan bulan Ramadhan. Maka, bulan Ramadhan diberi pula beberapa nama lain untuk menggambarkan keistimewaan dan kelebihan/hikmah yang ada dalam bulan Ramadhan.
- Saiyidus Syuhur (penghulu sekalian bulan): Kenapa penghulu? Kerana dalam bulan ini saja kita akan berpuasa sebulan tanpa henti, berpeluang untuk solat terawih, adanya zakat fitrah, Lailatul-qadar, nuzul Al-Quran, tadarus Al-Quran, kelebihan bersedekah yang berlipat kali ganda, qiamullail, iktikaf dsb. Bulan lain boleh solat terawih?
- Syahrul Syiam (bulan puasa): Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan ibarat kursus persediaan jangka pendek untuk persiapan masa jangka panjang. Bukan setakat kita puasa nafsu perut, malah nafsu mulut yang suka mengata dan bercerita aib orang, nafsu tangan menulis fitnah, semuanya perlu kita didik untuk menjadi manusia yang lebih baik. Contohnya mudah saja, kalau kita masih lagi berbelanja besar di bazar, itu petandanya kita masih gagal mendidik salah satu nafsu kita. Bagaimana kita?
- Syahrul Quran (Bulan Quran): Nabi s.a.w telah bersabda, ” Puasa dan al-Quran memberi syafaat kepada para hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: “Wahai Tuhanku aku telah menghalangnya daripada makan dan minum serta mengikutnya syahwat pada siang hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya”. Al Quran berkata: ” Wahai Tuhanku, aku telah menghalanginya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku member syafaat kepadanya, lalu diterimalah syafaat keduanya”(Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Abi dunya, al-Tabrani dan Hakim). Apakah kita masih lagi ragu-ragu dan malas untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran?
- Syahrul Sabr (Bulan Kesabaran): Puasa dan sabar memang bak aur dengan tebing. Mesti ada beza antara orang yang betul-betul berpuasa dengan mereka yang sekadar dapat lapar dan dahaga. Contohnya, kita kadang-kadang naik hangin juga bila banyak pemandu tak ikut aturan. Mulut kalau ikut hari biasa, laju saja nak kata itu dan ini. Maka, inilah saatnya untuk kita mengajar hati dan mulut kita untuk bersabar. Katakan dalam hati yang kita sedang berP.U.A.S.A.
- Syahrul Rahmah (Bulan Kerahmatan): Nabi bersabda, “Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan di akhirnya dibebaskan dari api neraka”
- Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan)
- Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan bebas dari api Neraka): Antaranya ialah kemenangan di dalam Peperangan Badar al-Kubra (17 Ramadhan) dan kejayaan menawan Kota Makkah dari tangan kafir quraisy dan memasuki kota Makkah.
- Syahrul Jud (Bulan Murah Hati): Tiba-tiba dalam bulan puasa kita menjadi pemurah. Bukankah ini petandanya bulan ini ‘bulan murah hati’ dan bulan penuh rahmat? Nabi bersabda, “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).
- Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan): Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan ( dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan ( supaya tidak mengganggu umat Muhammad S.A.W daripada melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya”
Subhanallah. Banyak bebenor hikmah bulan Ramadhan yang Allah janjikan untuk kita. Takkan kita nak tengok saja orang lain berlumba-lumba merebutnya? Biarlah orang berebut ke bazar, tapi kita berebut bersedekah. Biarlah orang lain berebut membeli-belah, kita berebut membaca al-Quran. Kang cantik kalau kita semua berebut ganjaran yang Allah janjikan ni? Betul tak?
@hafizmd – 9 Keistimewaan Bulan Ramadhan. Mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita? Jom, kita hidupkan Ramadhan sehabis baik. InsyaAllah.
Sumber asal artikel: Unit Penerangan & Penerbitan, JAIS
Hikmah bulan Ramadan yg lain ialah
1) adanya solat sunat Tarawakih
2) Ada pasar Ramadan.. ahaks..
maza lantun-lantun lah pulak.. hehhehe
Bro Maza tentu teringatkah Popia basah di bazar Ramadan.:-)
@AB, hohohoh…sedap tp mahal wooo
@Bang Maza, bab bzar tu mmg betul 100%
berpuasa nie dapat memulihkan kesihatan kita…
betul tu..time ni la segala organ dlm badan dpt rehat sekejap :p
@chii,cuma takut jugak bila berbuka..terus bedal sampai nak pitam =)
@Hairul, setuju…terutamanya perut
mmg banyak keistimewaan bulan ramadhan..sama2 la kita mendapat keberkatan di bulan istimewa ini…aaminn
Sama2 kita rebut peluang setahun sekali yg dtg
Betul tu, banyak betul hikmah dibulan ramadhan ni.. 🙂
Setuju. Tinggal nak rebut ke tak
Puasa ni dapat menerangkan hati dan minda..
lagi2 bila yang mahu mengambil peperiksaan..
Hikmah Ramadhan. Mmg cukup besar
puasa menjadikan nafsu menjadi luar biasa..hehehe
Sepatutnya dijinakkan…hehehe..
p.s-ustaz kata, bila nafsu muncul,itulah masanya utk kita jinakkan dia
setakat ni, tak ponteng lagi puasa aku. hoho..
bauslah tu tpi jgn cuci mata lama2 dgn girl seksi eh heee
@suri, mana boleh…p kedai melayu jer…hahahaha
wahh..dari gaya mcm pernh ponteng je sblm2 ni…
@chii,hohohoho…panas panas…hehe
titan kena jawablah nampaknya.. penah ponteng ke?
@fieza, dia lelaki kacak, mana boleh tak pose…
@titan, kalau ponteng jugak tanpa sebab…mmg nak kenalah…hehhe
mmg byk hikmahnya..sama2 berebut2 membuat amal kebaikkan.. 🙂
tq bro for info..
Ameen. Moga kita tak leka dan lalai
InsyaAllah, moga Allah akan terima segala ibadah kita di bulan mulia ini.
Ameen. Mudah-mudahan
bulan peanuh dg keberkatan dan keindahan
Setuju 2000%
semoga kita semua dikurniaakan kesihatan sihat n dpt buat segala amalan baik di bulan ramadhan bulan keberkatan..
ameen…mudah-mudahan
banyak ganjaran untuk kita rebuti…mungkin ini ramadhan terakhir kita…
Mungkin. Tu yg nak kena buat sehabis baik tu
waktu masa bejar dulu suka mkn bubur lambuk kt alor gajah melaka hee
Sedap tu!
teringin nk blik kg pi solat terawih sama mak..ayah..dan berbuka bersama merka.doakan sy agar dpt smpi sana key
Teringat saat2 terawih ngn arwah Abah… =)
Banyak kelebihannya.. Kena menafaatkan nya sebaik mungkin
Mmg byk yg teramat. Sama2 kita kejar
Ramadhan bulan yang paling istimewa bagi umat Islam. Apatah lagi dengan pintu syurga yang dibuka seluas-luasnya pada bulan ini.
Sama2 kita kejar utk beribadah. Ameen
itu sebab semua berlumba-lumba pd bulan yang penuh keberkatan ni..semoga kita sama perolehi keberkatan
Ameen. Sama2lah kita
banyak kebaikannya, mudah-mudahan kita dapat merebut berbuat kebaikan di bulan puasa nih
Amee. Mudah-mudahan.
Wahhh menarik info ni..ada jugak perkara yang belum sy ketahui..nk share la artikel ni..hehe
Sama2 kita buat yg terbaik bro.
Terima kasih =)
masih lagi banyak perlu diperbaiki diri ini. huh.
sama2 kita perbaiki diri..ameen
mmg org tu sgt2 rugi kalau dia tak rebut segala hikmah yg ada di bulan ramadhan
Mmg rugi. Moga kita untung walaupun sikit…amen
moga bulan ni kita mampu memulakan ibadah terbaik utk kita semua.. permulaan yg baik utk memupuk ibadah
ameen ya Rabbal A’lamin =)
muga dapat beramal bersungguh sungguh di bulan mulia ini
ameen..terima kasih bro daus