EPHYRA Pilihanku Hanya Jika….

Assalamua’laikum. Ephyra Pilihanku. Solusi masalah kulit muka berjerawat dan berjeragat, kulit berparut, menguat dan mencantikkan kuku dan rambut. Ini semua tak menarik perhatian aku! Habis tu, bagaimana lagi Ephyra mampu buat aku jatuh cinta?

Ephyra Pilihanku

Ephyra Pilihanku Hanya dan Hanya Jika…..

Sekarang ni, aku ada satu masalah. Bukan masalah besar tetapi secara jelas aku memerlukan bantuan ‘sesuatu.’ Walaupun ada masalah ni, aku masih lagi mampu tidur lena, masih mampu tersenyum riang gembira, masih mampu memandu tanpa rasa gelisah. Itu petanda, ianya bukan masalah besar….TETAPI…..

Setiap kali aku pakai stoking, setiap kali kaki comelku memijak karpet yang lembut lagi berbulu-bulu, masalah aku ni memang sedikit sebanyak mengganggu keselesaan dan terkadang mencuakkan juga. Aku sedar, ianya petanda bahawasanya aku kekurangan ‘sesuatu’ yang penting dalam tubuh badan!

Apa masalah aku sebenarnya? Baiklah. Demi mencari solusi dan “mencabar” keberkesanan produk Ephyra, aku kongsikan juga masalah ni. Mana tahu, duta produk terpanas lagi ‘laku keras’ di pasaran, Abe Norman Hakim sudi menurunkan ilmu dan berkongsi kemanisan manfaat produk Ephyra dengan aku. Oh! Indahnya…

punca masalah tumit kaki merekah Ephyra Pilihanku
Malu nak tunjuk tumit kaki merekah…hoho

Ya. Masalah tumit kaki merekah dan pecah. Mengikut sumber pencarian aku, antara sebab utama berlakunya masalah tumit kaki merekah/pecah ni ialah;

  1. Berat badan berlebihan
  2. Kulit kering
  3. Pakai kasut yang tak sesuai
  4. Alahan kepada sabun
  5. Alah kepada simen lantai
  6. Tak jaga kebersihan kaki

Antara 6 punca tumit kaki pecah di atas, rasanya yang paling logik dan kena mengena dengan aku ialah alah kepada simen lantai dan pemakaian kasut yang kurang sesuai serta kulit kering.

Maka, dengan tawaran hebat yang produk Ephya tawarkan iaitu MAMPU MERAWAT TUMIT KAKI PECAH, ini adalah satu peluang yang amat aku nantikan. Oleh sebab itu, aku nyatakan EPHYPRA Pilihanku hanya jika ia mampu merawat tumit pecah yang aku alami.

Kenapa Pilih Ephyra Pilihanku?

Tak susah untuk jawab soalan ni. Aku ringkaskan di bawah;

  1. Ramuan organik. Antaranya ialah L-Glutathione, Astaxanthin, Acerolla Cherry, Tomato Powder dan ektrak bunga Marigold. Organik. Ini yang paling sesuai dengan tubuh badan manusia.
  2. Halal. Teramat penting. Banyak produk kesihatan yang hanya dibungkuskan (re-packing) di Malaysia, tetapi dikilangkan di luar negara. Sangsi, was-was lagi meragukan. Hal ini tidak berlaku kepada Ephyra. Ianya HALAL JAKIM. Nikmati kebaikan Ephyra tanpa was-was!
  3. Testimonial yang cukup meyakinkan. Serius, biasanya aku tengok testimonial sesetengan produk kesihatan nampak dibuat-buat, terlampau hype dan menimbulkan keraguan. Lain benar testimonial produk Ephyra. Antara testimonial yang membuka hati aku untuk cuba jatuh cinta kepada Ephya ialah pengakuan ikhlas blogger terkenal, Eyriqazz yang juga menyebut tentang cracking di tumit kaki beliua. Boleh baca pengakuan berani beliau di pautan ini –> ‘Review Ephyara – Testimoni Selepas 30 Hari’
  4. Paling best ialah produk Ephyra pilihanku ini sesuai untuk jejaka dan pastinya bonus menanti buat mereka yang sudah punya isteri.

Cukuplah 4 jawapan. Jawapan kelima akan menyusul bilamana aku sendiri yang akan menjadi “duta Ephyra” nanti.

ephyra pilihanku manfaat dan kelebihan ephyra

Lebih manis dan selayaknya jika aku sendiri mencuba, merasai dan menikmati keindahan manfaat Ephyra berbanding sekadar membaca, melihat dan mendengarnya dari mulut orang lain. Ini lebih meyakinkan!

Bonus Kebaikan Produk Ephyra?

Ephyra mungkin sudah menjadi pilihan ribuan pengguna lain, tapi bagi aku yang sememangnya agak memilih jenis supplemen, sebenarnya begitu teruja untuk merasai sendiri manfaat Ephyra. Antara bonus manfaat lain yang ditawarkan oleh produk Ephyra ialah untuk lelaki mahupun wanita ialah;

  • memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
  • menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
  • mengurangi kedutan dan garis-garis halus
  • mengecilkan pori-pori kulit
  • meningkatkan sistem imunisasi badan
  • mengatasi masalah jerawat dan jeragat
  • mengurangi sakit radang/sendi
  • membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
  • mengurangi kolesterol
  • menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
  • meningkatkan kualiti tidur

Ini semua berdasarkan testimonial pengguna yang berpuas hati. Jika tak puas hati, mustahil ramai yang memberikan maklumbalas positif. Betul tak? Banyak lagi testimonial yang boleh dibaca di sini fan page Ephyra–> Baca testimonial pengguna produk Ephyra.

Ephyra Pilihanku

Kesimpulan: Mengapa Ephyra Pilihanku?

  1. Untuk selesaikan masalah tumit kaki aku yang merekah.
  2. Merasai sendiri bonus kesihatan berganda yang ditawarkan Ephyra, dan
  3. Tertarik dengan satu status di wall facebook Oceanlife2u yang berikut;

Dan pihak kami berani untuk menaja kerana yakin akan keberkesanan produk kami.. Khas untuk perserta Sepetang Bersama Blogger yang selama ini asyik baca review banyak hasil bagus Ephyra merata-rata di blog, anda juga berpeluang merasai kehebatannya!!

Andai kata anda pun berminat mencubanya, terus terjah laman sosial Epyhra di bawah.

  • Facebook: OceanLife2u
  • Instagram: Ephyra2u

Sebelum komen, layan dulu video ni yer…..

Terima kasih Ephyra menaja Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Bersama Yeo’s!

SirapLimau.com? Segar Lagi Menyegarkan? Betul ke?

Assalamua’laikum.

Siraplimau.com dengan tagline, “Segar Lagi Menyegarkan” berjaya mem’bangun’kan dan menyegarkan mata aku yang tadinya hampir dah nak terlelap. Apakah benar blog siraplimau.com ni begitu berbisa sehingga boleh meningkatkan perembesan hormon adrelina pembaca sehingga menyegarkan minda dan jiwa? Review ringkas ini, cuba membongkar kekuatan siraplimau.com dari kacamata seorang lelaki yang juga seorang suami! Continue reading “SirapLimau.com? Segar Lagi Menyegarkan? Betul ke?”

Mom Blogger Top Referral Contest

Assalamua’laikum.

Mom Blogger Top Referral Contest. Contest pertama yang ambe masuk untuk tahun 2014. Senang sangatpun contestnya. Takde masa korang nak cipta seribu macam alasan untuk tak nak turut serta sekali. Oleh sebab ianya contest referral, sape yang masuk awal, ada banyak kelebihan. Jadi, sebelum korang baca sampai habis, klik sini dulu untuk turut sama masuk. Klik sini –> Masuk Contest Mom Blogger

Jana pendapatan dengan bisnes online dari rumah?

Tak lain tak bukan, contest ni ambe tengok memang kena dan tepat pada waktunya. Kira macam serampang banyak mata. Bila dah masuk contest macam ni, ambe secara automatik akan rajin geledah ‘rumah’ tuan tanahnya. Bila dah sebut ‘geledah’ tu, macam-macam juga yang ambe jumpa. Antara yang best ialah tuan tanah blog ummihanie.com ni sememangnya seorang suri rumah sepenuh masa!

Kenapa best? Percayalah. Bagi seorang isteri merangkap seorang ibu, takde tempat paling best dan seronok dalam dunia ni selain rumahnya sendiri (shopping complex dikecualikan dalam hal ini…hehe). Jadi, bila ambe dapat jejak mom blogger yang buat kerja SOHO ni, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat seorang pahlawan dalam diri ambe ni. Nak-nak bila tengok, mom blogger Ummi Hanie ni ada 3 kedai online! Antaranya ialah Annisa Biz Center yang jual benda-benda menarik macam tepung magik!

Contest ringkas tapi ambe kira berimpak besar! Nak-nak bila blogger hebat macam Encik Titan turut sama promot. Tempias jus backlink mesti lebih power dan lebih manis di mata enjin carian.

Sebelum korang terlepas, baik cepat-cepat masuk. Jangan bertangguh! Sebab orang yang hebat dan cemerlang, takde masa nak bertangguh. Klik gambar kat bawah ni kalau berminat nak menang dan asah teknik menulis korang! KLIK BANNER di bawah kalau KORANG BERANI!

mom blogger jana pendapatan dari internet di rumah
Klik lelaju kalau nak menang! Tarikh contest: 6 Jan – 6 Februari 2014

“Mom Blogger Top Referral Contest dianjurkan oleh ummihanie.com dengan kerjasama AnnisaBiz dan Ziefauzi.com”.

@hafizmd – Permulaan yang menarik. Momentum nak kena kekalkan! yeahhhh….