SirapLimau.com? Segar Lagi Menyegarkan? Betul ke?

Assalamua’laikum.
Siraplimau.com dengan tagline, “Segar Lagi Menyegarkan” berjaya mem’bangun’kan dan menyegarkan mata aku yang tadinya hampir dah nak terlelap. Apakah benar blog siraplimau.com ni begitu berbisa sehingga boleh meningkatkan perembesan hormon adrelina pembaca sehingga menyegarkan minda dan jiwa? Review ringkas ini, cuba membongkar kekuatan siraplimau.com dari kacamata seorang lelaki yang juga seorang suami!
Ada apa dengan siraplimau.com?
1. Apa yang aku faham, siraplimau.com ni adalah satu tempat orang nak mengadu. Mengadu ni, senang cerita tempat kita berkongsi cerita, tips, petua dan tak lupa juga berkongsi masalah. Dalam aspek komunikasi, antara perkara yang penting ialah wujudnya manusia yang sudi mendengar, mendengar dan mendengar. Dengan mendengar sahaja, banyak jiwa-jiwa yang sedang runsing, dada-dada manusia yang sesak dengan permasalahan hidup dapat dilegakan perasaan mereka. Apakah dengan hanya mendengar, permasalahan manusia mampu diselesaikan?

Jangan pandang rendah pada keupayaan dua telinga manusia. Dua telinga yang Allah cipta, duduknya sangat hampir dengan mulut. Telinga juga Allah ciptakan ada 2 yakni sepasang. Sedangkan mulut hanya 1! Maksudnya, mendengar itu pasti ada penawarnya yang tersendiri lagi mujarab dalam banyak perkara.
Inilah yang aku dapat perhatikan dalam blog siraplimau.com. Mungkin inilah konsep yang tuan tanah admin siraplimau.com cuba ketengahkan. Menjadi medium yang sudi mendengar keluh resah jiwa-jiwa yang merintih untuk mencari tempat mengadu. Andai benar, memang bijak sangatlah satu seruan berbunyi, “Tiada tempat mengadu? Kalau tak keberatan, luahkan kepada kami di sini.”
2. Seleksi entri. Setakat ini, entri yang ditulis berjaya menarik perhatian terutamanya entri-entri yang berkisar tentang ‘suami bermasalah.’ Nampak sangat, blog siraplimau.com dah berjaya menarik perhatian para wanita menjadi pembaca tegar mereka. Tak mustahil, ada antara mereka sedang menghadapi masalah dengan suami masing-masing dan sedang cuba mencari pandangan pihak lain sebelum membuat keputusan. Ingat lagi sekali, salah tempat mengadu, boleh hura-hara rumahtangga! Antara entri yang menarik perhatian ialah entri ini –> 3 ‘mobile app’ yang boleh menjadi punca penceraian rumahtangga!
Dan tak mustahil juga, ada para suami yang baca entri-entri di blog ni. Betul tak?
3. Fan Page Siraplimau.com. Menarik. Memang menarik. Kali pertama terjah dah rasa nak LIKE. Sebab apa? Salah satu sebabnya ialah cover fan page yang ‘menggeramkan’ jiwa.

Pandai admin buat cover bentuk provokasi sebegini. Membuatkan aku ni tertanya-tanya, apa benda isi dalam fan page siraplimau.com ni. Nak cerita cara ‘hukum’ isteri ke? Atau fan page nak jual produk ubat untuk suami sakit mental ke? Nyata, semua tu hanya khayalan belaka. Dengan jumlah likes mencecah 1, 500 orang, tak mustahil fan page ni bakal bergerak lebih hebat dalam jangka masa terdekat. Isu rumahtangga memang begitu dengan jiwa masyarakat Malaysia khasnya. Dengan adanya fan page sebegini, paling tidak ianya mampu meredakan sedikit tekanan selepas berkongsi masalah tanpa diketahui identiti sebenar.
4. Respon pembaca di fan page! Fan page tanpa respon ibarat sirap tanpa limau. Tawar lagi tak menarik. Nampaknya, langkah siraplimau.com setakat ni bergaya juga. Sempat juga aku intai-intai status yang admin fan page ni up-kan. Semuanya nampak ada usaha untuk membantu mereka yang memerlukan. Respon pembaca juga menarik. Tak lokek membantu dan memberi pandangan yang matang.

Kalau anda belum lagi terjah fan page ni, terus ke sini –> Fan Page Siraplimau.com
Sirap Limau – Segar Lagi Menyegarkan!
1. Tagline yang catchy. Ini perkara pertama yang terlintas masa mula-mula aku singgah di blog ni. Sirap limau. Kenapa sirap limau juga yang dipilih? Kenapa bukan teh tarik? Kenapa bukan teh ais? Kenapa bukan sirap bandung? Kenapa bukan sirap jer? Aku rasa mungkin sebab satu jer. Limau. Limau campur sirap. Memang sedap. Masam-masam manis. Kalau anda perasan, bila kita letak perahan jus limau dalam sirap, serta merta warna merah sirap akan pudar. Nampak tak, betapa kuatnya peranan ‘limau’ dalam air sirap? Agaknya, sebab itulah tuan tanah menamakan blog ni SirapLimau.com. Bukannya sirapbandung.com. Bukannya sirapkosong.com. Rumahtangga tanpa rasa manis dan masam, bak sirap takde gula. Nampak sedap hanya di mata, tapi sebenarnya tawar di jiwa!
2. Responsive! Memang segar lagi menyegarkan. Themes yang responsive, cukup kemas dan mesra untuk dilayari menggunakan telefon pintar. Tahniah!

2. Apa lagi yang boleh menyegarkan siraplimau.com? Mungkin boleh ditambah lagi ‘manisnya’ dengan cerita-cerita manisnya alam rumahtangga. Tujuannya hanya satu, untuk mengimbangi cerita-cerita masam yang sedia ada. Nanti, kalau yang belum kahwin baca, takut pulak nak kahwin sebab macam-macam cerita ‘ngeri’ yang dibaca.
3. Siapa pemilik sebenar siraplimau.com? Aku tertanya-tanya juga siapa orang kuat siraplimau.com. Tiada maklumat tentang siapa penulisnya. Adakah seorang wanita yang sudah berumahtangga atau masih single. Mungkin sampai masanya nanti, admin siraplimau.com akan mendedahkan identitinya. Bukan apa, bila kenal siapa orang disebalik kata-kata, mungkin pembaca lebih senang dan mesra untuk bertegur sapa.
Lain-lain? Rasanya semuanya dah cukup cantik. Aku takde nak sentuh apa-apa bab teknikal. Rasanya admin blog ni memang orang lama. Semuanya nampak menarik, kemas, cantik dan sedap mata memandang dengan tema warnanya sekali. Tahniah!
Akhir kata, aku mengharapkan dengan adanya blog sebegini, sedikit sebanyak mampu menjadi penawar sementara kepada jiwa-jiwa yang memerlukan panduan dan bantuan. Akhirnya, kepada DIA juga kita pohon pertolongan.
Walaupun hanya membantu di alam maya, mendengar dengan ‘mata’ dan membantu dengan ‘tangan’ melalui penulisan, ianya satu usaha murni yang wajar diberikan sokongan. Tahniah yer admin siraplimau.com.
Contest Review Blog SirapLimau.com ini dianjurkan oleh Encik Titan dan ditaja oleh SirapLimau.com
panjang lebar hang tulis eh. okeh. terima kasih kerana menyertai contest review sirap limau. nanti aku update senarai peserta.
Mesti cukup ‘haul’ jumlah perkataan. 🙂
Mahu tak cukup…hehe
hohoho..kasi lenguh tengkuk tuan tanah baca…thanks bro
wah dah keluar entri yang di tunggu-tunggu semoga admin berjaya ya.
terima kasih suri
semoga sukses bro untuk kontes SirapLimau.com. ni.
Terima kasih tuan DH
Sirap Limau ini berani cari pasal. Selamat berjaya kepada bro. 🙂
Terima kasih bro AB
selamat berjaya bro Hafiz 🙂
terima kasih bang sop
Bagus point – point yang dinyatakan terutamanya bab pemilik blog tu. Semoga berjaya bro!
Trima kasih bro…
good luck ye. ^_^
terima kasih fyna
pernah singgah di siraplimau
tapi belum sempat nak selongkar habis
ada masa lagi ni cikgu
Semoga berjaya dan berjaya dalam contest SirapLimau ni.
Sirap Limau 1 platform yang bagus untuk sesiapa sahaja.
InsyaAllah ada masa terluang saya join .
Terima kasih bro Asyrof Asri.
Jomlah bro. Sempat lagi hantar entri
Tinggal beberapa ari lagi je kan contest ni. Kawe masih blur dan tiada idea ehhhh… Apa-apa pun good luck bro. Moga-moga berjaya.
Ambe pun main tulis jer..nak tunggu duduk fikir lama2, mmg tak keluar entri ni..hehe
terima kasih bro!
Sirap limau gua ingat dulu blog masakan hehe
hoho…boleh salah faham jugak ni…
Gud luck..emm mak cik-mak cik hot pun akan ke laman tu gak..kan?hahaha
Tu sudah pasti…hahaha
Wah.. macam ni sila kita bukak page baru untuk aduan hati kaum lelaki pulak ye..
Haha niche yang baik. Domain yang sesuai sirapbandung.com
Manisssss je..
tahniah bro.. dapat grandprize ! 🙂
terima kasih bro farzli!
tahniah!!! masyukk tu bolehla ajak fieza blanje saya hahahaha
kita menumpang ikhsan ye.. hahaha.. bila nak jumpa?hahaha..
@fieza, hehe…rezeki utk awak n anak2 juga…bila ek…kita lunch sekali ramai nak?
heheeh…boleh ajer..tp tunggu duit masuk bank dulu.. =)
jomlah kita setting lunch ramai2 sekali…nak?
bro terbaik..kerana berjaya menjadi pemenang!
terima kasih bro hanafi…
ambe biasa2 jer bro…rezeki anak2 isteri…