Pemenang Buku Sempena Kontest iPhone 5 Gadget Impian!

Assalamua’laikum.
Selepas kemenangan cukup berharga rakyat Palestin dengan bermulanya genjatan senjata antara Palestin dan zionis Yahudi, seluruh rakyat Palestin sekali lagi menerima suntikan semangat bilamana Palestin diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia PBB. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyifatkan kejayaan ini sebagai satu ‘sijil lahir’ buat Palestin. 143 negara menyokong, 41 negara berkecuali dan 9 menentang pengiktirafan berharga ini (antaranya Israel, Amerika dan Kanada). Ambe yakin, doa sebagai senjata utama umat Islam mula menunjukkan kesan!

Panjang pulak mukaddimah…hehe..Baiklah. Siapakah pemenang buku “Gadis Kecil Di Pinggir Gaza”? sempena memeriahkan kontest iPhone 5 Gadget Impian.
Continue reading “Pemenang Buku Sempena Kontest iPhone 5 Gadget Impian!”

Nama Anda Ada? Peserta Cabutan Bertuah iPhone 5 Gadget Impian

Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua rakan blogger dan pengunjung blog ini yang sudi mengikuti siri perkongsian buku percuma ini. Kalau ada yang masih berminat untuk memiliki buku percuma ni, boleh terus ke entri buku percuma yer. Ambe dengan berbesar hatinya menyenaikan senarai peserta untuk cabutan bertuah buku percuma. Ayuh periksa nama dan nombor cabutan anda sempena kontest iPhone 5 Gadget Impian sekarang!

Continue reading “Nama Anda Ada? Peserta Cabutan Bertuah iPhone 5 Gadget Impian”

Menang Buku Percuma Sekarang!

Assalamua’laikum.

Kali terakhir ambe berikan buku percuma kepada pengunjung blog ialah pada 21 Oktober tahun lepas. Anda boleh baca entri tu di sini: Jurukomen Bertuah yang ke 10,000. Untuk kesekian kalinya, kali ni ambe sekali lagi kembali untuk memberi buku percuma kepada pengunjung yang bertuah. Bagaimana nak menang? Apa syaratnya? Nak kena buat entri ke?

Continue reading “Menang Buku Percuma Sekarang!”

iPhone 5 Gadget Impian

iPhone 5 Gadget Impian

Assalamua’laikum
Pak Din Bolognese makin hari makin tak keruan. Tidur malamnya tidak lagi selena dua tiga bulan yang lepas. Bukan salah bantal busuknya. Jauh sekali salah Mek Nah, arwah isterinya yang sudah tiada disisinya untuk menemani malam-malam sepinya. Mandinya tidak lagi sebasah dulu. Juga bukan salah air telaganya yang sentiasa bersifat basah lagi sejuk dan menyegarkan. Puas Pak Din memikir, bagaimana harus dirungkai ‘ketidak keruanan’ ini penangan iPhone 5 gadget impian.
Continue reading “iPhone 5 Gadget Impian”