Kesihatan Archives

"tip ubat cegah sakit perut buang air kecil"Dalam duk kusyuk baca entri blogger yang terkentut di Blog Khairolghani, terus jer dapat idea nak tulis entri ni. Mana tahu, ada blogger yang masuk acara kendalian Bro Ijad ni, masih lagi dalam keadaan trauma dek kerana ‘kekincitan’ dan ‘kekentutan’ yang tidak disengajakan mahupun disengajakan. Jadinya, entri ni khas untuk mereka-mereka yang masih lagi mencari tips dan cara untuk elak ke tandas dengan kadar kekerapan yang tinggi.

Ingat yer..tips ini hanya sah jika anda masih lagi dalam keadaan terkawal. Andaikata sudah dalam keadaan di luar kawalan, sila ambil mana-mana tips yang berkaitan sahaja. 9 tips ini juga sesuai buat sesiapa saja yang sering ke tandas kerana ada masalah buang air kecil.

Read the rest of this entry

Buah mahkota dewa..

Lama rasanya saya tak berbicara bab-bab kesihatan ni. Selepas entri kami sayang Abah, terniat juga berkongsi serba sedikit perihal kesihatan ini. Terutamanya melibatkan sakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, kandungan gula darah. Semuanya berkait rapat dengan satu organ yang cukup penting iaitu jantung.

Saya bukanlah seorang doktor, jauh sekali pakar sakit jantung. Namun, yang pasti saya ada jantung..hehe. Maka, sedikit pengalaman yang dikongsi Abah dalam mendepani sakit jantungnya, darah tingginya..kolesterolnya..dan sedikit pembacaan, saya rasa  perkongsian ini mampu membantu sesiapa saja yang mahu mencuba ubatan alternatif.

Kalau bercerita pasal ubat jantung (yang diambil di IJN), hati saya cukup pilu bila terkenangkan Abah yang terpaksa telan juga ubat-ubat ini. Bukan satu jenis, tapi kalau tak silap..ada dalam 6 atau 7 jenis ubat yang perlu diambil 3 kali sehari.

Oklah. Pernah dengar nama buah mahkota dewa?

Read the rest of this entry

Snek berkhasiat untuk kita..

Lama juga saya tidak coretkan entri berkaitan kesihatan. Asyik cerita pasal bola saja. Bola dan bola. Tak bosankah? hehehe…

Jadi kali ini, saya cuba kongsikan tip kesihatan tentang snek yang berkhasiat. Maklumlah, bila musim bola ni..(bola lagi..hohoho), kita selalunya sentiasa ada snek di sisi. Paling kurang mungkin cekedis@jajan. Tips ini sangat sesuai diamalkan oleh mereka-mereka yang ada diabetes.  Sebabnya, sementara nak tunggu “makan berat”, mulut rasa nak makan, perut dah menyanyi minta diisikan, tapi kalau makan benda-benda manis..tak pasal-pasal kandungan gula dalam darah naik. Jadi, saya kongsikan sedikit penyelesaiannya. Kalau takda diabetes pun, okay juga..boleh saja amalkan snek ni yer.

Perlu juga kita tahu, pilihan snek yang berkhasiat perlulah ada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Antara snek berkhasiat yang boleh kita amalkan;

Read the rest of this entry

Pisang dan Piala Dunia

"gambar khasiat pisang"Masih ramai lagi yang rasa tertekan dek kerna Robert Green gagal menangkap kemas bola? Atau ada lagi yang rasa sedikit kuciwa dengan aksi Messi yang kurang ummphh? Ataupun aksi pasukan Itali yang kurang menjadi?

Barangkali kamu peminat Korea Selatan dan Japan, patutlah tak berapa tertekan seperti peminat England, Itali mahupun England..opss..kenapa aku tertulis England dua kali?

Walau apapun keadaannya sekarang, masih awal lagi nak perkatakan pasukan mana yang akan ke peringkat kalah mati nanti.

Baiklah, berbalik ke tajuk entri ni. Apa kaitan pisang dengan Piala Dunia? Apakah player hebat seperti Cristiano Ronaldo, Messi, Rooney, Torres, Robben dan yang lain seorang penggemar pisang? Oh! tidak, akupun tak tahu apa kaitan pisang dengan mereka ini. Apa yang aku tahu ialah berkenaan fakta-fakta ini.

Read the rest of this entry

Aku trauma?

Bila saja kena ’stay overnight’ atau ’shift’ malam, macam malam ni (saat tengah tulis post ini ), saya memang terasa semacam. Bukannya takut pada makhluk halus tapi saya rasa gelisah, tak berapa selesa. Nak lelap mata sekejap pun susah, biasanya pantang jumpa bantal mesti terus lena tanpa sebarang alasan dan paksaan. Lagi-lagi kalau ada bunyi pelik sikit, mulalah bangun melilau cari punca.

Rasanya ni bukan kali pertama. Setiap kali bila kena ‘overnight’. Mesti rasa yang sama. Walaupun mengantuk lepas ‘kena belasah’ masa ‘production’, makin cuba nak tidur, makin bulat membujur mataku yang dah macam mata orang jawa ni. Bila saya tanyakan pada isteri, dia kata “Abang trauma kot?”. Trauma apa ke bendanya?

Read the rest of this entry

 Page 1 of 3  1  2  3 »