Petua Mudah Hamil Edisi Khas untuk Suami!
Petua mudah hamil untuk isteri..Ingin hamil anak pertama perlukan kesihatan suami isteri yang baik. Baca petua mudah hamil jom!
Iyolah bang. Hamil mahupun mengandung ni kan urusan usahasama. Takkan nak biarkan isteri ajer yang bersungguh-sungguh makan itu ini, urut sana sini tapi suami tak buat apa-apa usaha. Mana aci. Betul tak? Suami isteri, dua-dua kena usaha disamping sentiasalah berdoa pada yang Maha Pemberi Rezeki.
Petua mudah hamil edisi untuk Suami!
Edisi khas ni bakal menampilkan 4 petua mudah hamil untuk suami amalkan dalam usaha meningkatkan kualiti dan keaktifan sperma korang. Jadi, takde alasan dah suami tak nak buat. Ala, nak anak kenalah usaha. Tak usaha, mana nak dapatkan?
Usah sembang panjang sangat, suami semua dah tak nyabor nak beramal yer? Sabor….jangan gelojoh sangat! hahaha….
1. Makan makanan yang kaya vitamin C. Sayur dan buah. Makan buah dulu sebelum korang hadap nasi. Nasi jangan lupa ambil sayur-sayuran hijau sekali. Kalau korang seorang perokok, keperluan antioksida (vitamin C) lagi tinggi. Ada yang cakap, “eh..aku dah 20 tahun hisap rokok…elok jer subur.” Ok fine… Bersyukurlah kepadaNYA.
2. Makan zat besi banyak-banyak. Contohnya seafood, telur kuning, daging dan lain-lain sumber. Barulah kuat macam besi! hohoho…
3. Tambah sumber vitamin D dan kalsium dalam menu korang. Contohnya sayur hijau brokoli. Brokoli tinggi sumber kalsiumnya selain susu.
4. Makan makanan tinggi sumber protein untuk tingkatkan penghasilan hormon, baiki sel tisu rosak, penambahan sel darah merah. 3 benda ni penting woo! Udang dan soya antara sumber protein yang bagus untuk seorang suami. Kalau suka susu soya, boleh cuba susu soya hitam Yeo’s!
Sekian dulu 4 petua mudah hamil edisi khas untuk suami. Lepas ni, bolehlah beramal dan jangan lupa juga amal doa Nabi Zakaria di atas. Doa pastinya senjata utama kita mengharapkan apa jua daripada Allah swt.
Masih bujang? Boleh juga beramal. Jiran ambe pesan, “Sediakan payung sebelum hujan, tajamkan ilmu sebelum berperang!”
@hafizmd – Selamat membaca, selamat beramal. Moga entri ni ada kebaikan untuk mereka yang masih berusaha mendapatkan cahayamata yang pertama. Jangan lupa untuk baca enti ni: Adab Hubungan Suami Isteri. Ameen.
Kawe anak dah 5 ehhh.. Ada petua susah hamil ke bro? 😀
keh3…terlampau subur..apa petua abang ismail? hehe =)
Haha..memang terbaik bro Ismail N..
selamat mencuba, tak susah tu, bukannya nak berdiet, semuanya sedap-sedap…
semuanya mmg sedap2..kalau diet cara biasa…boleh makan tpi kena beringat..
kalau diet atkins..semua ni boleh tgk jerlah..hehe
Betul tu.. jangan nak serahkan bulat-bulat pada isteri je kan.. dah nama anak hasil kasih sayang ibu DAN bapa.. kikiki
hehe..betul tu..sama2lah kena usaha…
zat besi memang aku suka makan…. nak nak lagi kuning telur….
kuning telur mmg sedap..tp ada had juga tu..hoho
alhamdulillah perkongsian yang baik utk mereka yang menginginkannya. Buat masa ni ambe cukup 3 orang ni hehehe
buat masa ini..ok…hehe
okehh..kena baca la nanti.
sila amalkan sekarang..nak2 hang yg sampai nak pasang 4…hehehehe
Selain itu, si ayah juga perlu mengekalkan kecergasan di tahap optimum supaya dapat mengekalkan momentum… Err.. Haha.. Paham-paham sendiri la yer.
Apa pun, bersenam itu memang bagus terutamanya waktu tengah malam dan sebelum Subuh.
kalau tak faham jugak..tak tahulah…hohoho
Semoga membantu kpd mereka yg memerlukan… aamiin..
ameen..itulah objektifnya
Info bagus ni, dah lama tak jaga baby
bau baby wangikan?
boleh pinjam entri nie untuk dikongsikan bersama pembaca di blog TPK nie..mohon kebenaran admin ye…
Silakanlah. Moga ada kebaikan utk pasangan yg masih berusaha utk hamil =)
Dah setahun jugak kami berusaha nih.. belum ada rezeki lagi
Moga tahun ni ada berita baik..ameen
Terima kasih kongsikan..leh la tambah ilmu bab ni..hehe
sila tambah dan berkongsi juga…hehe
Hahahaha agak kurang sesuai untuk aku fahami.. apa pun nice tips.. orang bujang lagi ni, hoho
masih bujang lagi ke bro?
ayoha jom kita kerja kuat eh..kekeke…:) usaha dan rezeki semua itu perlu ada. terima kasih bro
usaha mesti ada
amboiii…jom amalkan yer…betul kata suri kene keje kuat..ececcece
keh3..usaha mesti kuat =)
Petua yang amat mudah diamalkan buat para suami yang mendambakan cahaya mata. Terima kasih atas perkongsian ini.
Ameen. InsyaAllah hasilnya ada.
Ikut kajian.. Masalah kesuburan lelaki dan wanita sama tinggi.
Lelaki 33%
Wanita 33%
Selebihnya faktor luaran. Sama sama usaha untuk dapat zuriat 🙂
Banyak info menarik.
Baru saya tahu soya hitam tu elok untuk kesuburan.
Kalau jaga pemakanan.. Memang lebih mudah dapat zuriat. Lebih lebih lagi makanan segera.
Kena jauhkan
Setuju tu. Asal byk penyakit berpunca dri perut.
Boleh amalkan doa Nabi Zakaria untuk dapat zuriat
Setuju. Doa yg mujarab. InsyaAllah mudah dapat anak.
Adakah petua untuk perempaun.
Bagus amalkan tips ni
edisi untuk isteri bila nk kluar tu?:)
Heheheh..
Senang sangat nak diamalkan nie..
Bukan susah pun..
Nak lagi senang ambik je suplement utk bantu mana yang kurang dlm makanan kan..
Huhuhu..
Kena bagitau suami suruh makan nutren secukupnya macam yang disarankan ni…
Ye betul Supplemen byk skrg..dapat yg organik lagi bagus utk hamil isteri ni..
Betul ke soya menambahkqn protein?? Apsal ada info mengatakan soya ni blh menyebabkan kemandulan khusus utk lelaki ye? Cer terangkan sikit tuan.
Setakat yg saya tahu, soya tak memandulkan lelaki. Ianya sumber protein. Apa2 yg diambil berlebihan boleh memudaratkan.