10 Carian Terhangat Bulan Mac Doa untuk MH370!

10 carian terhangat Google Malaysia sepanjang bulan Mac. Pastinya kehilangan MH370 menjadi perhatian kita semua. Google Zeitgeist.

terkini kehilangan malaysia mh370
Doa untuk MH370

Kehilangan MH370 antara carian terhangat bulan Mac!

1. Astro Awani. Laman berita paling pantas yang melaporkan sebarang berita terkini tentang kehilangan pesawat MH370. Boleh ikuti juga di twitter @501Awani atau di laman Astro Awani.

2. MH370 latest news/MH370 Australia/Malaysia Airlines Missing. Ini antara 3 katakunci paling paling banyak dicari oleh pengguna enjin carian Google. Kehilangan MH370 sejak 8 Mac menjadikan media sosial antara laman paling panas sepanjang Mac. Cuma yang sedihnya, ada juga manusia yang tak guna akal sebaliknya hanya guna jari untuk sebarkan kontroversi dan saling maki hamun menyalahkan pihak tertentu. Apa maknanya?

3. Hanez Suraya. Kontroversi panas. Aku takde nak cerita panjang tentang isu artis. Paling utama, sama-sama kita sentiasa berdoa semoga Allah kurniakan kebahagiaan dalam rumahtangga yang kita bina. Ameen.

4. Bermuda Triangle/Pulau Perak/Segitiga Bermuda/Hijack. Sah inilah antara katakunci teori kehilangan MH370 termasuklah teori konspirasi yang bertebaran di banyak blog dan media sosial lain. Blogger pun tak terlepas terima tempiasnya!

5. Kajang election. Politik mana boleh ditinggalkan! Pilihanraya kecil Kajang menyaksikan Datin Dr. Wan Azizah yang menggantikan suaminya, DSAI menang dan kekalkan kerusi DUN Kajang

6. Raja Bomoh. Paling mencuri perhatian dengan teknik tersendiri mencari MH370 dengan bubu, tikar terbang dan buah kelapa serta tamparan buaya Raja Bomoh.

PU Ustaz Shahul Hamid dalam khutbah Jumaat tengahari tadi jelas menyatakan bahawa tiada upacara sebegitu pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW. Jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

7. Lautan Hindi. Di sinilah perjalanan MH370 dikatakan berakhir. “Berakhir” yang subjektif. Mungkin juga pelayar enjin carian bakal ‘terkejut’ dengan ‘rahsia Diego Garcia!’

Terkini kehilangan MH370, kapal kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

8. FlightRadar24. Syarikat dari Sweden turut turun padang menawarkan khidmat mengesan waktu sebenar waktu penerbangan melalui laman web dan aplikasi mereka.

9. Indeks pencemaran udara/API Malaysia. Awal tahun 2013, terutama sekitar bulan Februari hinggalah sekarang, Malaysia yang kita cintai masih lagi dilanda jerebu. Alhamdulillah, disebalik catuan air Allah masih sayangkan kita dengan rahmat hujan seminggu dua ni. Ngaji tentang jerebu di sini, “Punca & kesan jerebu kepada kesihatan kita

10. All England 2014. Takde manusia lain selain Datuk Lee Chong Wei yang berjaya rangkul kejuaraan ni buat kali ke-3. Tahniah DLCW! Memang lejen!

Inilah 10 carian tertinggi sepanjang bulan Mac 2014. Ramai blogger yang menulis hampir separuh darinya. Tak salah, janji kita tahu apa yang kita tulis tu biarlah ada kredibiliti. Kalau tak, ada yang cakap bukan-bukan tentang blogger. Sorang blogger buat hal, habis semua blogger dipalit arang yang sama!

“Jawatan baru blogger: penulis teori konspirasi (selepas copy paste). Mereka terlalu yakin pada jari mereka hingga mempercayainya” (Tweet oleh @Hazrey)

@hafizmd – Nampaknya, aku pun perlu lebih kreatif dalam menjadi blogger dan dalam masa yang sama, lebih bijak menulis secara santai tetapi berkait dengan isu terkini yang bermanfaat!