Kehilangan MH370 Ketentuan Ilahi
Malaysia Airlines Flight 370. Kehilangan MH370 pesawat Malaysian Airlines sejak 8 Mac sampai ke hari ni dipandang penuh misteri tak kurang juga pelbagai teori dan cerita konspirasi.

Kenapa kehilangan MH370 dianggap misteri?
Misteri kerana seolah-olah hilang punca. Nak atau tak, manusia sentiasa mencari sesuatu untuk diletakkan sebagai sebab atas satu-satu kejadian. Manusia yang hanya percayakan bukti sains dan teknologi semata pasti lebih tertekan dan boleh jadi terganggu hidupnya dalam tempoh yang lama.
Bagi kita yang yakin kepada ketentuan Allah, pasti akhirnya mampu memujuk diri bahawa semuanya adalah milik DIA. Kita harus teruskan kehidupan dengan lebih tabah dan positif. Dalam khutbah Jumaat penuh bertenaga oleh PU Ustaz Shahul Hamid semalam jelas antara intipatinya ialah kepercayaan dan ikitikad kita sepenuhnya kepada qada’ qadar Allah SWT.
Kita kadang-kadang selalu sangat guna perkataan “KALAU.” Contohnya, ‘Kalau aku tak bagi dia pergi Beijing hari tu, mesti dia masih ada hari ni.’ Ayat ni wajib dielakkan sebab boleh mengganggu akidah kita seolah-olah tak percaya dan menidakkan ketentuan yang Allah tetapkan ianya telah berlaku. Jika belum berlaku…itu lain cerita.
Kehilangan MH370 memang perit tapi yakinlah bahawa Allah pasti lebih sayangkan mereka. Kehilangan orang tersayang memang memedihkan dan cukup membuatkan hati membuak-buak kerinduan. Namun, belum pasti lagi MH370 hilang dalam dakapan tenang Lautan Hindi. Aku masih menyimpan impian untuk melihat MH370 kembali mendarat dengan selamat.
Misteri kehilangan MH370 hanyalah ‘misteri’ di mata kita tapi tidak kepada Allah pemilik seluruh alam daratan, lautan dan seluruh antara keduanya dan sekelilingnya.
Ayuh kembali kepada Allah sebenar-benar kembali. Tragedi MH370 harus menyedarkan kita tentang banyak perkara. Apakah kita masih mahu terus menerus bergelumang dengan noda dan dosa. Ujian berupa peringatan dan tarbiyyah Allah tidak hanya kena kepada kita yang buat dosa tetapi juga kepada mereka yang tidak berdosa!
Ya Allah. Ampunkanlanlah dosa-dosa kami. Astaghfirullahal’azim.
Nota: Aku pernah dan banyak kali tak mampu mengubat kerinduan kepada arwah Abah. Sebak dada tiap kali teringatkan arwah. Sungguh, percayalah…yakinlah bahawa Allah lebih sayangkan mereka kerana kita semua adalah milikNYA. Tiada yang boleh kita bekalkan kepada mereka selain doa seorang anak soleh. Kehilangan mereka hanya mampu diubati dengan mendekatkan diri kepada pemilik seluruh alam ni.
@hafizmd – Berakhirnya sesuatu boleh jadi petanda untuk sesuatu….
aku pun leh sebak bile teringat arwah abah aku..
samalah kita bro…al-fatihah buat mereka..moga damai di sana
Allahuakbar… semoga kita semua sentiasa mengingati Allah dlm setiap perkara & setiap masa… aamiin…
Ameen. itulah sebaik-baik amal dan zikir kepada Allah..ameen
Misteri yang terus menimbulkan tanda tanya tu adalah kenapa dia berpatah balik tu. Kalau terus menghala ke arah China dan hilang mungkin kurang sikit spekulasinya. Tapi bila patah balik straight ke Lautan Hindi tu memang boleh jadi pelik. Ibarat kata nak gerak dari KL ke Penang, alih-alih orang jumpa kat JB.
Tapi, apa pun didoakan segala yang terbaik buat pasukan SAR dalam misi menyelamat MH370. Amin.
itu yg macam2 timbul teori demi teori. Ada teori yg menyakitkan hati keluarga mangsa.
Genap sebulan hari ni. semua ini ketentuanNya, Allah maha mengetahui, mudahan ditunjukkan jalan merungkai semuanya ini.
Ameen. Semuanya ditentukan Allah jua. Moga jumpa pesawat ni…ameen
Memang sangat misteri kehilangan MH370 dan banyak menelan berjuta-juta untuk mencari MH370 ni. Semoga pencarian dipermudahkan.
ameen. moga2 dipermudahkan urusan SAR ni..
Emm kena pandang dari sudut yang positif..barulah boelh terima dengan hati yang redha..
Betul tu boh. kita kena sentiasa bersangka baik dengan Allah. Ini semua ujian Allah utk mereka dan pengajaran utk kita
Kekuatan orang islam adalah rukun iman yang ke 6 mempercayai Qada dan Qadar.
Itulah kekuatan kita. Redha kepada ketentuan Allah
Kita memang selayaknya diuji oleh Allah dan pasti banyak kesilapan yang telah kita lakukan. Sebakkan Hafiz, Ustazah juga telah kehilangan suami tercinta 4 tahun yang lalu dan redha adalah jalan terbaik kerana Allah amat menyayanginya- Al Fatehah untuk arwah ayah Hafiz dan arwah suami ustazah..
Betul tu ustazah. Terima kasih utk ingatan dan nasihat ni.
Allah lebih menyayangi mereka. Al-fatihah buat suami ustazah dan arwah abah saya juga..moga damai abadi di sana
Kuasa Allah tiada tandingan, secanggih mana teknoloogi digunakan, tapi semua adalah dengan izin dari Nya kan..
Semuanya pasti dalam genggaman kuasa Allah.
Semestinya dalam apa jua keadaaan dan caranya letakkan Allah SWT tempat wahid (utama)…
sekarang pun maza sedang berlatih. Semoga sukses.
Sama2 kita usahakan bang maza…ameen
Mudahan-mudahan jumpalah kotak hitam tu dan terungkai segala misteri.
ameen…makin hampir dengarnya berita terkini kehilangan mh370 ni…
Bila sesuatu kejadian itu berlaku, manusia sering buat tidak endah….itu orang lain bukan aku. Kejadian kehilangan ini adalah ingatan daripada Allah yang sesiapa pun tidak akan terlepas dari ujian.
Menerima ketentuan memang susah. Nak bersabar di atas musibah yang menimpa pun susah. Sokongan dari orang sekeliling tu penting. Kita sebagai blogger mungkin boleh membantu dengan tidak buat sebarang spekulasi melampau agar pihak yang terima musibah tidak bertambah kecewa.
Setuju tu cikgu. Bila yg ada peluang menulis spt blogger ni menulis percaya bulat2 dan terus sebarkan di blog tanpa bukti kukuh..mmg tak wajar sgt2.
Sabar. Sebab tu agaknya sabar separuh dr iman..manisnya sabar..Allahuakbar!
tunggu dan lihat aje isu ni dengan sabar.
Duk tunggu dan sabar je apa yang berlaku.. banyak mitos yang semakin hampir, banyak juga yang tidak.. Tapi kejadian ini benar-benar membuka mata dunia..
btw : cantik thesis ni aum! patut lah Shah Daniel buat.. memang superb!
moge ade miracle yang berlaku~ kuasa Allah.. Al fatihah 🙁
http://www.nadiasecreto.com
Misteri. Sampai hari ni pun belum jumpa lagi.