Bluefin-21 Jentera Selam Operasi Kehilangan MH370

Assalamua’laikum. Bluefin-21 kenderaan dalam air autonomi (AUV) yang digunakan dalam misi kehilangan MH370 setakat ini masih belum mencatat imej kapal terbang milik Malaysia Airline MH370. Penggunaan jentera selam ni yang boleh diibaratkan seperti ‘kapal selam mini’ sedikit sebanyak menarik minat aku untuk menelaah disebalik teknologi Bluefin-21.

Bluefin-21 operasi kehilangan MH370
Bluefin-21 seperti inilah yang digunakan dalam SAR MH370

Bluefin-21 robot penyelam

1. Teknologi Bluefin-21 adalah antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat Bluefin Robotic Corporation yang beroperasi di USA.

gambar bluefin 21 mh370
Bluefin-21: Diameter 53 cm | Panjang 493 cm | Berat 750 kg | Kelajuan 8.3 km/jam | Komunikasi sonar akustik, iridium & RF | Ketahanan selaman selama 25 jam pada kedalaman 4,500 meter

2. Bluefin-21 yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat kehilangan MH370 adalah milik Tentera Laut Amerika Syarikat.

3. Bluefin-21 boleh menyelam sedalam 4,500 meter dan didakwa dron jentera selaman yang paling sesuai digunakan dalam operasi kehilangan MH370.

4. Setiap kali Bluefin-21 melakukan operasi, 24 jam diperlukan untuk 1 misi lengkap. 2 jam menyelam, 16 jam menjalankan operasi, 2 jam menyelam naik dan 4 jam untuk muat turun data.

5. Sehingga hari ini, Bluefin-21 sudah melengkapakan operasi selaman sebanyak 7 kali meliputi 2/3 kawasan yang telah difokuskan.

Operasi SAR MH370

1. Sejak hilang 8 mac 2014, penerbangan MH370 KL-Beijing terus menjadi misteri disulami pelbagai teori yang bisa meletihkan dan menyesak fikiran keluarga mangsa khasnya.

2. Setakat hari ke 45,  tiada sebarang petanda kukuh mahupun bukti yang diperolehi oleh pasukan SAR untuk membuktikan MH370 benar-benar “berakhir perjalanannya” di Lautan Hindi.

3. Atas sebab inilah,  ada keluarga mangsa yang menolak sebarang tawaran pampasan, tuntutan insurans mahupun penawaran sijil kematian ahli keluarga. Sungguh berat mata memandang, berat lagi bahu keluarga mangsa yang menanggungnya.

4. Selagi tiada penemuan sahih MH370, selagi itulah harapan dan doa kita panjatkan semoga ada berita positif buat seluruh penumpang dan keluarga MH370.  Tiada sebarang serpihan yang sepatutnya timbul (ikut hukum akal manusia) masih tidak dijumpai. Sebab itu, ianya dianggap penuh misteri oleh seluruh dunia!

Semuanya adalah ketentuan Allah jua. Kepada DIA kita berserah dan mohon petunjuk dan pertolongan. Ameen.

@hafizmd – Bertimpa-timpa musibah berupa ujian demi ujian di dalam Malaysia mahupun di luar negara tanda peringatan untuk kita!