Bluefin-21 Jentera Selam Operasi Kehilangan MH370
Assalamua’laikum. Bluefin-21 kenderaan dalam air autonomi (AUV) yang digunakan dalam misi kehilangan MH370 setakat ini masih belum mencatat imej kapal terbang milik Malaysia Airline MH370. Penggunaan jentera selam ni yang boleh diibaratkan seperti ‘kapal selam mini’ sedikit sebanyak menarik minat aku untuk menelaah disebalik teknologi Bluefin-21.
Bluefin-21 robot penyelam
1. Teknologi Bluefin-21 adalah antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat Bluefin Robotic Corporation yang beroperasi di USA.
2. Bluefin-21 yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat kehilangan MH370 adalah milik Tentera Laut Amerika Syarikat.
3. Bluefin-21 boleh menyelam sedalam 4,500 meter dan didakwa dron jentera selaman yang paling sesuai digunakan dalam operasi kehilangan MH370.
4. Setiap kali Bluefin-21 melakukan operasi, 24 jam diperlukan untuk 1 misi lengkap. 2 jam menyelam, 16 jam menjalankan operasi, 2 jam menyelam naik dan 4 jam untuk muat turun data.
5. Sehingga hari ini, Bluefin-21 sudah melengkapakan operasi selaman sebanyak 7 kali meliputi 2/3 kawasan yang telah difokuskan.
Operasi SAR MH370
1. Sejak hilang 8 mac 2014, penerbangan MH370 KL-Beijing terus menjadi misteri disulami pelbagai teori yang bisa meletihkan dan menyesak fikiran keluarga mangsa khasnya.
2. Setakat hari ke 45, tiada sebarang petanda kukuh mahupun bukti yang diperolehi oleh pasukan SAR untuk membuktikan MH370 benar-benar “berakhir perjalanannya” di Lautan Hindi.
3. Atas sebab inilah, ada keluarga mangsa yang menolak sebarang tawaran pampasan, tuntutan insurans mahupun penawaran sijil kematian ahli keluarga. Sungguh berat mata memandang, berat lagi bahu keluarga mangsa yang menanggungnya.
4. Selagi tiada penemuan sahih MH370, selagi itulah harapan dan doa kita panjatkan semoga ada berita positif buat seluruh penumpang dan keluarga MH370. Tiada sebarang serpihan yang sepatutnya timbul (ikut hukum akal manusia) masih tidak dijumpai. Sebab itu, ianya dianggap penuh misteri oleh seluruh dunia!
Semuanya adalah ketentuan Allah jua. Kepada DIA kita berserah dan mohon petunjuk dan pertolongan. Ameen.
@hafizmd – Bertimpa-timpa musibah berupa ujian demi ujian di dalam Malaysia mahupun di luar negara tanda peringatan untuk kita!
Masih juga tertanya- tanya sendiri benar-benarkah perjalanan mereka berakhir di lautan bagai didakwa. Sesungguhnya apa yg kita ketahui itu sedikit sahaja berbanding rahsia Allah tentang apa sebenarnya yg berlaku … Apa sekalipun, ia info yg baik untuk dikongsi
semoga misteri ini cepas terungkai..supaya emosi para waris boleh kembali stabil!
Harap berjaya jumpa kotak hitam secepat mungkin dan banyak teka teki mungkin terungkap.
Bukan calang-calang bluefin ni. Kos di pun boleh tahan juga.
banyak ilmu penerbangan dan kejuruteraan laut yang mula orang awam tahu lepas jadinya tragedi ini
Setuju. Satu perkara positif juge
Negara barat masih lagi menerajui teknologi canggih sebegini 🙁
Huhu…itulah hakikatnye…mungkin iran sikit mase lagi mampu punyai teknologi secanggih ini..
Malaysia perlu lahirkan lebih rmai saintis dlm bidang kejuruteraan pertahanan
Hi-tech Bluefin ni. Bukan calang-calang teknologi nak selam kedalaman lebih 2,000 meter ni. Silap perkiraan, boleh pecah equipment sebab tak tahan deep water pressure.
Betul tu. Bluefin 21 antara teknologi termoden yg usa ade. bateri litium yg dipasang pada bluefin 21 juga tahan deep pressure
masih susah nak percaya pesawat ni ada di lautan hindi. huhuhuhu
Sekarang..itu yg ade utk kite pegang..
Semoga dipermudahkanlah segala usaha pencarian.. mudah2an teknologinya dpt dimanfaatkan sebaiknya…
Ameen. Moga terungkai misteri mh370
bluefin memang canggih…
namun kecanggihan teknologi manusia juga ada batasnya.
sama-sama kita nantikan keputusannya.
Negara islam patut ada jentera penyelam seperti bluefin ini, bagi membantu negara islam yang lain
Kat mana nih?? Kalau tak jumpa jugak??? Yang penting dah berusahalah kan
kita usaha dan bertawakal sahaja zik lain kerja Tuhan Maha Ketahui
kembalilah wahai mh370… kami sedia menanti dan mendoakan. moga akan di temui kembali.
Memang canggih alat ni..harapan saya semoga dapat jumpa apa yang dicarinya..aminnn..