Kehilangan MH370 Ketentuan Ilahi

Malaysia Airlines Flight 370. Kehilangan MH370 pesawat Malaysian Airlines sejak 8 Mac sampai ke hari ni dipandang penuh misteri tak kurang juga pelbagai teori dan cerita konspirasi.

berita terkini kehilangan mh370
Adakah benar MH370 terbang sampai ke Lautan Hindi?

Kenapa kehilangan MH370 dianggap misteri?

Misteri kerana seolah-olah hilang punca. Nak atau tak, manusia sentiasa mencari sesuatu untuk diletakkan sebagai sebab atas satu-satu kejadian. Manusia yang hanya percayakan bukti sains dan teknologi semata pasti lebih tertekan dan boleh jadi terganggu hidupnya dalam tempoh yang lama.

Bagi kita yang yakin kepada ketentuan Allah, pasti akhirnya mampu memujuk diri bahawa semuanya adalah milik DIA. Kita harus teruskan kehidupan dengan lebih tabah dan positif. Dalam khutbah Jumaat penuh bertenaga oleh PU Ustaz Shahul Hamid semalam jelas antara intipatinya ialah kepercayaan dan ikitikad kita sepenuhnya kepada qada’ qadar Allah SWT.

Kita kadang-kadang selalu sangat guna perkataan “KALAU.” Contohnya, ‘Kalau aku tak bagi dia pergi Beijing hari tu, mesti dia masih ada hari ni.’ Ayat ni wajib dielakkan sebab boleh mengganggu akidah kita seolah-olah tak percaya dan menidakkan ketentuan yang Allah tetapkan ianya telah berlaku. Jika belum berlaku…itu lain cerita.

Kehilangan MH370 memang perit tapi yakinlah bahawa Allah pasti lebih sayangkan mereka. Kehilangan orang tersayang memang memedihkan dan cukup membuatkan hati membuak-buak kerinduan. Namun, belum pasti lagi MH370 hilang dalam dakapan tenang Lautan Hindi. Aku masih menyimpan impian untuk melihat MH370 kembali mendarat dengan selamat.

Misteri kehilangan MH370 hanyalah ‘misteri’ di mata kita tapi tidak kepada Allah pemilik seluruh alam daratan, lautan dan seluruh antara keduanya dan sekelilingnya.

Ayuh kembali kepada Allah sebenar-benar kembali. Tragedi MH370 harus menyedarkan kita tentang banyak perkara. Apakah kita masih mahu terus menerus bergelumang dengan noda dan dosa. Ujian berupa peringatan dan tarbiyyah Allah tidak hanya kena kepada kita yang buat dosa tetapi juga kepada mereka yang tidak berdosa!

Ya Allah. Ampunkanlanlah dosa-dosa kami. Astaghfirullahal’azim.

Nota: Aku pernah dan banyak kali tak mampu mengubat kerinduan kepada arwah Abah. Sebak dada tiap kali teringatkan arwah. Sungguh, percayalah…yakinlah bahawa Allah lebih sayangkan mereka kerana kita semua adalah milikNYA. Tiada yang boleh kita bekalkan kepada mereka selain doa seorang anak soleh. Kehilangan mereka hanya mampu diubati dengan mendekatkan diri kepada pemilik seluruh alam ni.

@hafizmd – Berakhirnya sesuatu boleh jadi petanda untuk sesuatu….