Iklan Kerja Kosong Kerajaan April 2014

Assalamua’laikum. Iklan kerja kosong kerajaan April 2014. 286 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam. Isi borang SPA8i untuk kerja kerajaan! Entri ni sekadar berkongsi apa yang sempat aku baca tadi. Kalau berminat atau ada saudara mara, kawan-kawan yang minat. Boleh cuba mohon yer.

iklan jawatan kosong kerja kerajaan april 2014
Iklan kerja kosong kerajaan. Mohon isi laju-laju!

Iklan kerja kosong kerajaan April 2014

Ramai sangat yang nak masuk kerja dalam perkhidmatan awam ni. Aku yang dah tak berapa muda ni pun, masih juga berusaha. Maka, buat pencari-pencari kerja kosong di luar sana…jomlah laju-laju isi borang SPA8i bagi yang belum isi lagi. Terus ke pautan di bawah untuk buat daftar baru atau terus login untuk kemaskini permohonan korang.

Ingat, tarikh tutup untuk 286 jawatan kosong kat atas tu ialah 20 APRIL 2014 yer! Jangan tangguh-tangguh isi borang SPA8i kalau nak kerja kerajaan. Bertangguh bukan sifat orang berjaya.

Klik untuk daftar: Daftar baru SPA8i

Sementara nak tunggu keputusan permohonan korang, apakata korang luangkan masa untuk datang ke Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam. SPA sendiri yang anjur. Tips nak masuk kerja kerajaan mesti tip top punya. Korang bolehlah tanya contoh soalan peperiksaan bertulis, ujian PAC mahupun contoh soalan temuduga.

Klik sini jika berminat –> Jadual kursus tips SPA bulan April

Usaha usaha dan teruskan berusaha. Doa doa doa doa doa dan terus berdoa. Semoga Allah merencanakan jalan terbaik untuk kita semua. Ameen.

@hafizmd – Apa pun kerja kita, buatlah sehabis baik.

25 comments

  1. Tak macam sebelum tahun 2000-an, gaji pekerja gomen sudah lumayan. Bahkan lebih lumayan daripada pekerja swasta yang bersyarikat Sdn. Bhd. kecil2an.

  2. Kerajaan dah cari org.. tapi berapa je yang terpilih.. saya ada kawan yang kerja kerajaan. masa tu yang aplly nak dekat berapa ribu ntah.. last2 yang dapat 20 org je. tapi akak kawan sayang ni umur dah 30 lebih.. mungkin zaman dulu la kot. sekarang tak tahu macam mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *