Jadual Temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia 2020 – Panduan Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

cara mudah lulus temuduga spa

Anda masih menunggu panggilan temuduga Perkhidmatan Awam Malaysia? Jika sudah menerima emel panggilan, tahniah saya ucapkan. Bukan kaleng-kaleng bila anda dipanggil ke sesi temuduga kerja kerajaan. Dah bersedia untuk lulus temuduga kerja kerajaan?

Hanya yang melepasi peperiksaan online dan benar-benar melepasi syarat sahaja yang dipanggil untuk sesi temuduga untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Jadual Temuduga SPA Terkini – Jom Kerja Kerajaan

Semenjak arahan PKP dilaksanakan bermula 18 Mac 2020, semua urusan temuduga telah ditangguhkan oleh pihak SPA. Sebaik sahaja PKPP diumumkan, pihak SPA telah mula mengeluarkan jadual sesi temuduga yang tertangguh dan juga termasuk temuduga yang baharu.

Berikut adalah jadual sesi temuduga. Jom semak, mana tahu sesi temuduga kerja kerajaan anda dah hampir!

  • Pegawai Syariah Gred LS41
    (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 21 Julai 2020 – 29 Julai 2020 ]
  • Jurutera Gred J41 (Elektrik)
    (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 21 Julai 2020 – 07 Ogos 2020 ]
  • Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Gred S29
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
    [ Tarikh Temu Duga: 20 Julai 2020 – 23 Julai 2020 ]
  • Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
    [ Tarikh Temu Duga: 17 Ogos 2020 – 19 Ogos 2020 ]
  • Setiausaha Pejabat Gred N29
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
    [ Tarikh Temu Duga: 03 Ogos 2020 – 04 Ogos 2020 ]
  • Pegawai Geosains Gred C41 (Kimia)
    (Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 21 Julai 2020 – 05 Ogos 2020 ]
  • Penolong Jurutera Gred JA29 (Awam)
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
    [ Tarikh Temu Duga: 20 Julai 2020 – 22 Julai 2020 ]
  • Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41
    (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 21 Julai 2020 – 05 Ogos 2020 ]
  • Latihan Jururawat
    (Daripada Jururawat Masyarakat (PSL))
    (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 20 Julai 2020 – 24 Julai 2020 ]
  • Pembantu Awam Gred H11
    (Sabah)
    (Kementerian Kesihatan Malaysia Serta Pelbagai Kementerian Jabatan)
    [ Tarikh Temu Duga: 12 Julai 2020 – 17 Julai 2020 ]
  • Pembantu Awam Gred H11
    (Sarawak)
    (Kementerian Kesihatan Malaysia Serta Pelbagai Kementerian Jabatan)
    [ Tarikh Temu Duga: 12 Julai 2020 – 17 Julai 2020 ]
  • Pembantu Awam Gred H11
    (Semenanjung)
    (Kementerian Kesihatan Malaysia Serta Pelbagai Kementerian Jabatan)
    [ Tarikh Temu Duga: 12 Julai 2020 – 17 Julai 2020 ]
  • Perangkawan Gred E41
    (Jabatan Perangkaan Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 07 Julai 2020 – 15 Julai 2020 ]
  • Jururawat Gred U41
    (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 07 Julai 2020 – 15 Julai 2020 ]
  • Penolong Pegawai Undang-undang L29
    [ Tarikh Temu Duga: 3 Ogos 2020 – 14 Ogos 2020]
  • {Sumber: SPA}

Garis Panduan (SOP) Sesi Temuduga SPA – Temuduga Kerja Kerajaan

Berikut adalah SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak SPA sendiri. Sebagai calon, anda wajib mematuhi setiap SOP yang telah dikeluarkan.

Jangan nanti, belum masuk temuduga, anda dah tunjukkan sikap yang tidak baik kepada urusetia pada hari temudaga kelak.

SOP temuduga dalam tempoh PKPP ialah seperti berikut:

  • Muat turun aplikasi MySejahtera
  • Pakai face mask dan guna hand sanitizer
  • Ambil suhu di pusat temuduga – jangan gelojoh. Kalau berpeluh atas panas, anda berehat sebentar untuk redakan kepanasan badan.
  • Amalkan penjarakan sosial – 1 meter yer.
  • Pemeriksaan suhu dan gejala akan dibuat di pusat temuduga nanti – Maka, berusahalah untuk amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat menjelang sesi temuduga anda nanti.
  • Calon dari kumpulan Person Under Investigation (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) atau mempunyai gejala COVID-19 seperti batuk, sakit tekak, selesema atau suhu badan melebihi 37.5 darjah selsius dilarang sama sekali hadir ke sesi temuduga – sila kuarantin diri di rumah yer.
  • Bagi calom PUI/PUS – salinan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Jangkitan Penyakit COVID-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]hendaklah dikemukakan kepada urus setia di alamat e-mel pgtd@spa.gov.my
  • Terus beredar sebaik sahaja selesai sesi temuduga – jangan nak bersembang tak tentu pasal.

Tips Temuduga Kerja Kerajaan Dalam Tempoh PKP

Baiklah. Bagaimana agaknya sesi temuduga akan dijalankan semasa tempoh PKPP yer?

  • Bawa alat tulis sendiri
  • Download dan lengkapkan applikasi MySejahtera ke dalam smartphone anda – Jangan pada hari temuduga, baru nak sibuk download. Berpeluh nanti. Calon temuduga lain dah ready, kita baru nak download. Oh kemon!
  • Bersedia untuk diarah untuk membuka penutup muka.
  • Sesi temuduga akan berlangsung tidak lebih 30 minit bagi setiap calon – lama juga tu 30 minit untuk sesi temuduga. Agaknyalah, apa yang akan disoal, ditanya oleh panel penemuduga? Soalan apa yang mereka akan tanya? Tentang COVID-19? Tentang peranan anda sebagai masyarakat? Apa yang anda akan lakukan jika anda salah seorang frontliner?

TIPS TEMUDUGA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) – JOM LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN!

#1 Tips Lulus Temuduga: Lakukan kajian mengenai jawatan yang anda pohon. Penting untuk tahu skop tugasan supaya jawapan anda tidak terlalu menyimpang dari skop jawatan yang dipohon.

#2 Tips Lulus Temuduga: Anda mungkin akan ditanya tentang beberapa soalan yang memerlukan anda memberi jawapan yang panel ingin dengar.

Contoh soalan yang sering ditanya ialah:

  • Bagaimanakah anda dapat memberi manfaat kepada pasukan?
  • Terangkan kaedah anda untuk mengatasi cabaran di tempat kerja.

#3 Tips lulus temuduga: Jika ditanya tentang kelebihan atau kemahiran yang anda miliki, anda haruslah mendedahkan kualiti atau kemahiran yang benar-benar anda miliki. Jangan cuba menipu atau berlebih-lebihan seoalah-olah anda serba tahu! Jika ditanya tentang kelemahan atau keburukan, anda juga harus bercerita dengan jujur namun haruslah disertakan sekali dengan tambahan bahawa setiap kelemahan anda mampu ditukar menjadi kelebihan dan dapat diatasi dengan baik dan positif.

#4 Tips lulus temuduga: Anda juga akan diberi peluang untuk bertanya. Biasanya di hujung sesi temuduga. Jangan takut untuk bertanya. Anda perlu bertanya sesuatu yang menampakkan anda benar-benar serius ingin dipilih dan lulus temuduga. Anda perlu libatkan diri dalam perbualan dengan panel penemuduga! Yakin dalam memberi pandangan akan memberi markah lebih untuk anda.

#5 Tips lulus temuduga kerja kerajaan: Pastikan anda tahu apa yang anda tulis dalam resume! Resume antara perkara penting yang akan diteliti oleh panel penemuduga. Selain susunan resume yang kemas dan mengikut aturan yang dikehendaki, isi resume juga biasanya menjadi bahan pertanyaan panel. Contohnya, jika anda menyatakan di dalam resume bahawa anda mahir tentang sesuatu alat, pastikan anda ingat dan bersedia untuk ditanya. Lebih bijak, jika anda menerangkannya dengan bahasa yang mudah difahami (maknanya jangan terlalu teknikal). Gunakan laras bahasa yang mudah supaya layman pun boleh faham. Ok tak?

#6 Tips lulus temuduga kerja kerajaan: Sentiasa bersedia dengan soalan seperti mengapa anda memohon jawatan ini? Mengapa anda ingin berkhidmat di Kementerian ini? Apa istimewanya kementerian/jabatan ini? Ini sangat penting. Macam mana nak jawab? Baca balik tips lulus temuduga #1. Fahami skop dan studi lebih sikit laman web yang berkaitan.

PERLUKAN PANDUAN UNTUK LULUS TEMUDUGA KERJA KERAJAAN? – JOM TEMPAH SEKARANG!

Anda memang boleh Gooogle sahaja tips dan panduan, cara bagaimana nak lulus temuduga kerja kerajaan. Betul tak?

Tapi, nak tak saya kongsikan kepada anda proven tips untuk lulus temuduga kerja kerajaan yang telah membantu ribuan calon temuduga untuk benar-benar bersedia dan paling penting, BERKEYAKINAN bila melangkah ke bilik temuduga?

Takkan anda nak biarkan ratusan, ribuan calon lain bersedia lebih dari anda?

Takkan nak biar mereka sahaja yang ada cara bagaimana nak lulus temuduga?

Takkan mereka sahaja yang bersungguh-sungguh nak kerja kerajaan yang ada macam-macam kebaikan dan kelebihan? Tak perlu saya ceritakan akan kelebihan kerja kerajaan ni. Semua orang tahu. Betul tak?

Dan…takkan kita nak SIA-SIAKAN PELUANG TEMUDUGA yang ada ni dengan tidak bersedia sehabis mungkin?

JIKA JAWAPAN ANDA IALAH ANDA NAK BETUL-BETUL BERSEDIA, SAYA SARANKAN ANDA DAPATKANLAH PANDUAN DI BAWAH.

Jom kita bersedia sebaik dan selengkap mungkin untuk sesi temuduga kali ini.

panduan lulus temuduga kerja kerajaan

Jangan biarkan banyak persoalan bermain di fikiran anda! Tekan butang DOWNLOAD tempahan di atas.

Nota: Jangan risau. Buang segala keraguan tu. Kerana ada jaminan pulangan wang 100% jika anda rasa pelaburan anda dapatkan ilmu ini tidak berbaloi dengan harganya.