Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang Jerebu

fakta tentang jerebu

Assalamua’laikum.

Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang Jerebu. Jerebu. Secara tiba-tiba, ambe rasa kita dikejutkan dengan keadaan berjerebu. Ada juga suara-suara yang menyalahkan ‘mereka’ atas sebab jerebu ni. Maklumlah, kita rasa kita menjadi mangsa perbuatan mereka. Kita tak berdosa untuk terima ‘hukuman’ ni. Pagi semalam, bau asap akibat jerebu sudah sampai ke tempat ambe. Sebelum ni, hanya melihat gambar perkongsian rakan dari Johor. Jomlah kita ngaji bab jerebu ni. Moga-moga dapat kebaikan dan manfaat bersama. Apakah kita benar-benar ‘tidak berdosa’ atas kejerebuan ini?

Apa itu jerebu?

punca dan kesan gejala jerebu kepada kesihatan kanak-kanak

  • Jerebu ni satu keadaan yang berlaku disebabkan banyak partikel yang tak boleh kita lihat dengan mata kasar terapung-apung di udara.
  • Bila partikel ni semakin banyak terapung dan berkumpul ‘ramai-ramai’, maka cahaya matahari disekat untuk sampai ke bumi.
  • Itu yang kita nampak keadaan ‘berasap’ setiap kali jerebu berlaku.
  • Kadarnya diukur dalam nilai IPU (Indeks Pencemaran Udara). Habuk yang halus dibawah saiz 10 mikron diukur termasuk juga gas yang berbahaya kepada kita iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida.

Apa punca jerebu?

  1. Pembakaran terbuka. Bakar sampah, bakar hutan dan macam-macam lagi yang kita bakar secara terbuka. Punca jerebu sekarang dikaitkan dengan ladang yang ‘dibakar’ dan ‘terbakar’.
  2. Asap kilang. Kilang makin banyak. Tumbuh macam ‘cendawan lepas hujan.’ Kerakusan manusia melampaui segalanya.
  3. Asap kenderaan. Bilangan kereta yang semakin bertambah, asap kereta juga semakin bertambah.

Nampak tak apa puncanya? MANUSIA!

punca jerebu dari segi Islam

Maksudnya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [41] Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik”. [42]

Tanda dan kesan gejala jerebu kepada kesihatan kita?

  1. Rasa gatal-gatal di kerongkong dan batuk-batuk.
  2. Rasa sukar nak bernafas atau sesak nafas.
  3. Mata rasa pedih dan berair – Ini yang paling cepat terasa.
  4. Hidung berair dan kerap pulak bersin.
  5. Kulit badan rasa gatal-gatal –  Bagus juga kalau pakai baju lengan panjang.
  6. Rasa sakit dada.

Ambe terdedah pada jerebu hampir 5 jam (pada waktu malam tanpa ambe sedar yang jerebu sudah sampai ke tempat ambe). Akibatnya rasa mengantuk yang amat dan agak penat secara tiba-tiba. Mungkin sebab kekurangan oksigen.

Apa teknik pencegahan/nasihat kepada orang ramai semasa menghadapi jerebu?

  1. Kalau anda ada sakit mata, sakit lelah atau asma, sakit jantung atau sakit paru-paru yang kronik. Sila cepat-cepat ke klinik/hospital untuk sebarang rawatan susulan.
  2. Mana-mana pesakit dalam kumpulan risiko tinggi seperti pesakit paru-paru, sila makan ubat seperti yang dijadualkan.
  3. Pakai topeng penutup hidup. Naik motosikal, bekerja di lapangan terbuka dan mereka dalam kumpulan berisiko tinggi digalakkan memakai topeng penutup hidung. Boleh dibeli di farmasi. Murah jer.
  4. Merokok di luar rumah. Dah kemaruk sangat nak merokok, silakan merokok di luar rumah terutama jika ada anak kecil dan orang tua. Lagi bagus, jangan merokok buat masa sekarang!
  5. Berkurung dalam rumah. Demi keselamatan dan kesihatan keluarga, kenalah berkurung dalam rumah. Kurangkan aktiviti outdoor dan kenalah banyakkan aktiviti indoor. Nak buat apa? Pandai-pandailah =)
  6. Basuh muka dan anggota badan. Senang cerita, banyakkan mandi. Paling best, banyakkan ambil wudu’.
  7. Buka aircond. Ada penghawa dingin, jangan kedekut waktu-waktu kecemasan macam ni.
  8. Minum air masak banyak-banyak. Inilah waktunya untuk praktis kuruskan badan, tapi agak payah sebab kena berkurung dalam rumah. Makanan banyak dalam rumah =)
  9. Perokok berhenti merokok bila IPU melebihi nilai 100.
  10. Jika terpaksa, bercutilah ke kawasan yang kurang berjerebu demi kesihatan keluarga.

Apa tindakan kita? Sewajarnya kita ambillah langkah berjaga-jaga demi kesihatan bersama. Amar wajar untuk kita sama-sama melakukan solat mohon hujan (solat istisqa akan diadakan pada hari Selasa selepas solat Zohor di Masjid Negara), berdoa selepas setiap kali solat. Boleh rujuk laman ini –> Doa minta hujan

Anggaplah asap jerebu ini adalah ‘tentera Allah’ berupa dugaan kepada kita dan juga sebagai amaran atas kemaksiatan dan kerosakan yang telah kita sumbangkan untuk bumi ini.

@hafizmd – Oh! Jerebu. Jom Ngaji Tentang Jerebu. Jerebu sudah sempai ke Pantai Timur.

Rujukan: www.jkr.gov.my & Kredit gambar: Sinar Harian