Petua Mudah Hamil Edisi Khas untuk Suami!

Petua mudah hamil untuk isteri..Ingin hamil anak pertama perlukan kesihatan suami isteri yang baik. Baca petua mudah hamil jom!

doa mudah hamil nabi zakaria Iyolah bang. Hamil mahupun mengandung ni kan urusan usahasama. Takkan nak biarkan isteri ajer yang bersungguh-sungguh makan itu ini, urut sana sini tapi suami tak buat apa-apa usaha. Mana aci. Betul tak? Suami isteri, dua-dua kena usaha disamping sentiasalah berdoa pada yang Maha Pemberi Rezeki.

Petua mudah hamil edisi untuk Suami!

Edisi khas ni bakal menampilkan 4 petua mudah hamil untuk suami amalkan dalam usaha meningkatkan kualiti dan keaktifan sperma korang. Jadi, takde alasan dah suami tak nak buat. Ala, nak anak kenalah usaha. Tak usaha, mana nak dapatkan?

Usah sembang panjang sangat, suami semua dah tak nyabor nak beramal yer? Sabor….jangan gelojoh sangat! hahaha….

1. Makan makanan yang kaya vitamin C. Sayur dan buah. Makan buah dulu sebelum korang hadap nasi. Nasi jangan lupa ambil sayur-sayuran hijau sekali. Kalau korang seorang perokok, keperluan antioksida (vitamin C) lagi tinggi. Ada yang cakap, “eh..aku dah 20 tahun hisap rokok…elok jer subur.” Ok fine… Bersyukurlah kepadaNYA.

2. Makan zat besi banyak-banyak. Contohnya seafood, telur kuning, daging dan lain-lain sumber. Barulah kuat macam besi! hohoho…

3. Tambah sumber vitamin D dan kalsium dalam menu korang. Contohnya sayur hijau brokoli. Brokoli tinggi sumber kalsiumnya selain susu.

4. Makan makanan tinggi sumber protein untuk tingkatkan penghasilan hormon, baiki sel tisu rosak, penambahan sel darah merah. 3 benda ni penting woo! Udang dan soya antara sumber protein yang bagus untuk seorang suami. Kalau suka susu soya, boleh cuba susu soya hitam Yeo’s!

Sekian dulu 4 petua mudah hamil edisi khas untuk suami. Lepas ni, bolehlah beramal dan jangan lupa juga amal doa Nabi Zakaria di atas. Doa pastinya senjata utama kita mengharapkan apa jua daripada Allah swt.

Masih bujang? Boleh juga beramal. Jiran ambe pesan, “Sediakan payung sebelum hujan, tajamkan ilmu sebelum berperang!”

@hafizmd – Selamat membaca, selamat beramal. Moga entri ni ada kebaikan untuk mereka yang masih berusaha mendapatkan cahayamata yang pertama. Jangan lupa untuk baca enti ni: Adab Hubungan Suami Isteri. Ameen.