879 Sebab Kenapa Air Kosong Bagus untuk Kesihatan
Assalamua’laikum.
Air kosong. 879 Sebab Kenapa Air Kosong Bagus untuk Kesihatan! Tu dia. Sampai 879 sebab kenapa air masak ni lebih bagus dan terbaik untuk kesihatan kita berbanding air-air lain. Nak tahu? Jom kita mengaji.

Kenapa air kosong bagus untuk kesihatan?
1. Zero kalori! Apa lagi yang lebih bagus berbanding air kosong yang zero kalori. Memang sesuai sangatlah untuk lelaki-lelaki mahupun gadis-gadis termasuklah pakcik makcik yang cuba untuk turunkan berat badan sekilo dua. Tekniknya senang saja. Gantikan air manis yang biasa kita sebat setiap pagi, dengan segelas air masak. Nak lagi power, campur dengan sesudu madu!
2. Air tolong kekalkan keseimbangan cecair dalam badan! 60% badan kita ni komposisinya air. Logik sangatlah kita kena minum air kosong paling kurangpun 2 liter sehari untuk lebihkan power proses penghadaman, proses nak angkut nutrien ke seluruh badan, kawal suhu badan dan macam-macam lagi fungsi. Pendek kata, air liur pun boleh kering kalau kurang minum air!
Itu baru 2 sebab utama kenapa kita jangan culas minum air masak. Teringat kawan-kawan Chinese masa study dulu-dulu. Mesti tak pernah gagal bawa sebalang air setiap kali masuk kelas. Patutlah, otak ligat semacam jer.
Nak baca 877 sebab lagi baru nak rajin minum air masak???
Kalau macam ni gayanya, memang kita akan sentiasa tertinggal kat belakang.
Orang lain dah lama buat, kita masih sibuk cari 1001 macam sebab dan alasan untuk mula ambil tindakan.
@hafizmd – hafizmohd.com tinggalkan entri ni untuk kita semua berfikir….
dalam proses nak minum byk air kosong ni…nak mulakan mmg payah….
air kosong mmg wajib koman2 8 gelas sehari…tapi kita 8 gelas air teh ais..camne lah rakyat malaysia tak kena kencing manis….patut lah harga gula naik..hohohoh
Tiap-tiap pagi selepas bangun tidur, saya memang wajib minum air segelas. Kalau tak, tekak terasa perit.
Memang susah nak minum air kosong ni , tapi kena paksakan diri jugak.
Amalan sihat minum air kosong, kena biasakan, nak best lagi air zam-zam…
🙂 Memang kena banyak minum air kosong ni.. demi kesihatan diri.
cuaca panas galak minum air suam.cuaca sejuk galakkan agar badan tak terhidrat kekeringan heee
minum sahaja bukan susuh nak buang mudah heee
Assalamualaikum bro Hafiz.Apa khabar?Semoga berada dalam keadaan terbaik.
Minum air masak kosong satu kemestian setiap hari .
Banyak minum air masak,banyak mengeluarkan toksin badan melalui pembuangan air.
air kosong memang banyak manfaatnya…tp kalau dah nampak air manis…air kosong tak jadi nak order…hehehe
air kosong la air yang paling sedap untuk menghilangkan dahaga…:D
fuh.. tak terhabis nak baca kalau 879 sebab.. hehehe
kalau sapa xtahu lagi kepepntingan air masak xtau lah… 🙂
Kita patut bangga kerana negara mempunyai air mineral yang mengandungi OSA tinggi di Taiping dapat menghalang penyerapan aluminium didalam makanan dan minum ke dalam badan.
saya pun suka minum air kosong jeee. baik utk kesihatan. Kalau ke kedai, suka order air dari buahan shj..
saya setiap hari pasti sebotol air mineral besar tu habis, dah jadi habit dah
Saya dengan air masak memang tak dapat dipisahkan 🙂
Patut ar kurus
Dulu mengelat jugak nak minum air kosong, tapi sekarang lepas memaksa diri untuk minum, hasilnya dah rajin minum sekarang..hehee
Bila dah biase…mmg jadi tabiat
ada yang pakai terapi air untuk menyembuhkan segala macam penyakit, kena banyak minum sayapun dianjurkan oleh udstaz untuk banyak minum air
Molekul air terutama air zam zam yg dibacakan ayat quran insyaAllah mmpu jd asbab menyembuh…moga bang munir sihat2 ajer
ya, banyak khasiat minum air masak nih..
Sila minum byk2 lpas mkn cendol
Kalau kat rumah, memang tak susah minum air kosong..bila kat tempat kerja memang susah..walaupun dah bawak satu botol air..kadang2 isteri marah gak..bawak air sebotol tapi makan masa nak habiskan..sampai2 tru 3 hari baru habis…hahaha
Hahaha…culas deme ni…hahha..senanh boh..setiap 1jam…deme minum air kosong…8 jam…sehari..konpem habis sebotol tu…hihi
memang bagus..dan menjimatkan poket dikala kekeringan..ehehee
air kosong mmg bagus utk badan…banyak kelebihan die
betul tu..setuju saaaaangat dengan entry ni…saya sehari 2-3 liter sehari air kosong..hehhe…bagus utk kurus tau air masak kosong ni…
Ingat betul2 ada 879 tadi..hehehe..air masak memang gua beli tiap2 pagi bila masuk opis. Eh silap..bukan air masak..air mineral
Air merupakan medium yg pnting utk badan. Semamangya peratusan air dlm tubuh manusia mmg tggi.
Setuju. jadi mmg penting kena minum byk air
sememangnya air putih sgt penting untuk tubuh badan kita..
betul tu syuhada. paling kurang, org cakap 2 liter.fuh
Memang air masak adalah yang terbaik dan paling baik untuk tubuh badan. Banyak2lah meminumnya.
terima kasih atas informasinya pak
sehari sekurang kurangnya minum air masak 3 liter lagi sekrang musim panas kena minum air banyak2 😀
air kosong memang baguih untuk kesihatan
Berapa jumlah air yang harus di minum tiap hari?
ada yg bagitau, Setiap 25 kg berat badan bersamaan 1 Liter air,
maka jika berat kita 50 kg, kita perlu ambil 2 liter air
(^__^)
Kalau tak cukup minum air masak ni memang rasa terhidrat ja badan
Mmg betul mnm air kosong sgt bagus utk bdn kita…sjk konsisten dgn shaklee mmbntu sy utk mnm air 3 liter sehari..kesannya sgt menakjubkn..sblm ni mnm x sampai 2 ltr pun…
Hahahahah menarik tajuk artikel ni. terbuntang mata tengok sampai 800 lebih disebutnya.. hehehehe.. bijak ni bijak.
hehe..saje kasi lain sikit..tak perlukan beratus kebaikan utk mula amalkan minum air kosong..betul tak sis?
Ahahaha…terkelu jap baca 2 poin dah habis… 😛