7 Teknik Super Bijak Kurangkan Gula dalam Menu Harian Kita!

- 28 March 2014. Updated 24 August 2016Kesihatan

Assalamua’laikum.

Gula. Nak cara kuruskan badan? Rendahkan risiko penyakit kencing manis? Antara caranya ialah kurangkan gula dalam menu harian anda!

cara kuruskan badan tak makan gula

sukrosa & fruktosa – gula

Kalau nak kuruskan badan, salah satu cara terbaik ialah kurangkan pengambilan gula dalam menu harian kita. Bagaimana caranya? Saya kongsikan 7 langkah terbaik untuk kurangkan pengambilan gula kita. Jom baca, sama-sama kita fikir dan beramal untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang lebih baik. InsyaAllah.

7 teknik kurangkan gula dalam menu harian!

Teknik ni tak payah mana pun. Yang payahnya ialah kita yang suka cari alasan dan bertangguh untuk berubah ke arah kebaikan. Semua orang tahu. Budak-budak tak masuk tadika lagi pun tahu. Gula tu manis. Semut pun tahu. Gula tu manis. Benda manis, mesti orang suka. Wanita berwajah manis pun, orang sukakan?

1. Minum air kosong – Zero kalori. Paling senang tapi ramai juga yang culas. . Banyak bagusnya minum air kosong ni. Saya ada cerita di entri ini (baca: 879 sebab kenapa air kosong bagus untuk kesihatan). Gi baca yer…

2. Buat undang-undang! – Undang-undangnya senang jer. Secawan teh, kopi, nescafe dan yang sama waktu dengannya hanya boleh masukkan 1 SUDU TEH gula/susu pekat/krimer manis. Boleh? Ini pun cara kuruskan badan tau.

3. Biar kurang manis – Senang cerita, kurangkan gula dalam masakan. Pesan kat isteri, kalau sayangkan abang…mohon kurangkan gula dalam masakan yer. Air pun kasi kurang manis. Order kat kedai pun kurang manis! Janji isteri senyum manis, suami mesti senyum jer tidurnya…hohoho

4. Kurangkan makan snek – Ramai suka makan snek, jajan atau yang sama waktu dengannnya. Kurangkan sebab makanan jenis ni banyak ditaruk gula untuk sedapkan lidah dan anak tekak kita. Elakkan terutama sebelum kita tidur.

5. Ganti dengan buah – Ketagih sangat nak makan benda manis? Makanlah buah. Banyak buah-buahan tempatan yang ada.

6. Jadi pengguna yang bijak – Bila pilih makanan siap, kita baca label dulu. Boleh buat perbandingan kandungan gula berapa kilo dalam makanan tu. Pilih yang kurang kandungan gula.

7. Pilih yang kurang manis – Pilihlah yang kurang gula. Boleh tengok label di bungkusan makanan tu. Minuman pulak, pilih yang kurang manis macam Yeo’s susu soya kurang manis!

Sekian dulu 7 teknik super untuk kurangkan gula dalam menu harian. Semuanya mudah dan tak perlu keluar modal beribu-ribu untuk berubah ke arah kebaikan!

Perlukan supplemen untuk tingkatkan metabolisma badan dan turunkan berat badan? Ini untuk anda!

cara nak beli 6tropin murah online

Semuanya bermula dengan kita terutamanya kita yang bergelar ibubapa. Kita buat, kemudian kita semaikan budaya kurangkan gula dalam kehidupan keluarga kita.

Tanpa gula, kita masih lagi boleh hidup ceria dan gembira! Sebab kita punya senyuman yang manis seindah suria!

@hafizmd – Maklumat digarap hasil Infosihat Kementerian Kesihatan.

{ 36 comments… read them below or add one }

Anak Askar Pencen March 28, 2014 at 4:10 pm

Pokok pangkalnya terletak pada kawalan kendiri untuk mengurangkan pengambilan gula pada tiap-tiap hari.
Baca entri terkini Blogger Anak Askar Pencen´s: Duit Pencen dan Faedah Terbitan

Reply

Hafizmd March 28, 2014 at 4:26 pm

Btul tu bro. Penting adanya disiplin diri

Reply

Nadot March 29, 2014 at 12:37 am

Tanak kurangkaann.. gula sedap.. hehehe
Minum air masak, makan buah, minum yeo’s kurang manis buat, tapi makan chocolate hari-hari pun buat juga… hehe

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:48 pm

Cokelat sedap sgtkan?? Hehee

Reply

Hafiz Rahim March 29, 2014 at 7:53 am

Aku tengah cuba nak kurangkan makan benda yang manis..family aku ada gen kencing manis kot..horror tu..hohoho
Baca entri terkini Blogger Hafiz Rahim´s: Tips Percutian Dalam Malaysia

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:48 pm

Ooooo..lagi nak kena jaga betul2

Reply

farzli March 29, 2014 at 12:33 pm

aku mmg tak minat gula… minum air pun letak sikit je..
Baca entri terkini Blogger farzli´s: Sudah bosan berblog ?

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:48 pm

Baguslah bro..terbaik

Reply

Melastik Bintang March 29, 2014 at 1:48 pm

kurangkan gula tambahkan senyuman…. =)
Baca entri terkini Blogger Melastik Bintang´s: Saluran Filem Melayu Pertama Di Hyyp TV

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:47 pm

Senyuman manis mcm bro mlstik bintang myk bhya woòo

Reply

Pendekar Berkuda March 29, 2014 at 4:25 pm

Teknik ni kena bagi kat blogger diet kita. profhariz hehehe
Baca entri terkini Blogger Pendekar Berkuda´s: MH370, Boikot dan Balik Kampung

Reply

profhariz March 29, 2014 at 5:26 pm

Hahaha. Ada-ada ja hang ni
Baca entri terkini Blogger profhariz´s: Diet Atkins : Peringkat 1 Induction

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:46 pm

Betul tuh..ambe setju

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:47 pm

@pb…betul gak tu

Reply

profhariz March 29, 2014 at 5:27 pm

Terbaik bro boleh praktikkan lepas ni.
Baca entri terkini Blogger profhariz´s: Diet Atkins : Peringkat 1 Induction

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:46 pm

Bro dah pakar

Reply

Khir Khalid March 30, 2014 at 4:37 am

Mmg akan sentiasa cuma elakkan makan & minum yg manis2.. T kasih atas peringatan & perkongsian ini Hafiz.. :)
Baca entri terkini Blogger Khir Khalid´s: Singgah-singgah Di Tanjung Emas, Muar, Johor.

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:45 pm

Sama2 kite beringat…trima kasih kmbli

Reply

akubiomed March 30, 2014 at 1:31 pm

Banyak yang boleh diamalkan dan ia perkara mudah dilakukan.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Kisah cuak keciciran Lens Hood Sigma di Teluk Kemang

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:42 pm

Disiplin tonggak kejayaan..

Reply

zik March 30, 2014 at 2:41 pm

minum air kosong dalam 2 botol sehari… tapi hari tak kerja… minum air sejuk sokmo..huhu
Baca entri terkini Blogger zik´s: Keputusan epl/bpl 29 dan 30 mac 2014

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:41 pm

Org kate..air sejuj takpe..jgn air ada ais batu…sejuk kosong yer

Reply

Hafizul March 31, 2014 at 11:27 pm

Emm memang teknik super ni kena amalkan..tapi tu la..bila tak beringat, memang lupa terus tips ni..hehe..terima kasih bro kongsikan..
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Jiwa Kacau

Reply

Hafizmd March 31, 2014 at 11:36 pm

Meme super boh..ambe jer doj wape nok super power lagi..hihi

Reply

Denaihati April 1, 2014 at 11:56 am

tak susah nak kurangkan gula, bila dah biasa makan/minum kurang gula, automatik sangat sensitif dengan lebih manis.
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: Formula 1 Sepang sentiasa panas

Reply

Hafizmd April 2, 2014 at 3:52 pm

Setuju sgt tuan. Mmg mudah tp nak kena kuatkan hati..kalau tak…mau teh tarik tiap2 hari..hehe

Reply

yusri April 12, 2014 at 1:12 pm

Bila umur semakin meningkat semakin tinggi kandungan gula dalam darah. Kena buat pemeriksaan darah (kandungan gula) di hospital berhampiran.
Baca entri terkini Blogger yusri´s: Do Laxatives Help You Lose Weight? – A Quick Review

Reply

Alynn April 16, 2014 at 3:24 pm

haa…ni yang takut ni kalau gula tinggi dalam darah ni…baik pegi cek awal-awl…boleh kawal gula awal-awal..kan
Baca entri terkini Blogger Alynn´s: Elakkan Gangguan Semasa Tidur

Reply

Hafizmd April 16, 2014 at 9:23 pm

betul tu Alynn. Mmg nak kena check. Nak2 umur lebih 30 tahun..huhu

Reply

tutyrahiza May 23, 2014 at 3:55 pm

Mudah je sebenarnya nak kurangkan amik gula ni.. Teknik minum air kosong tu memang saya sokong sesangat. Lagi mantap, amalkan minum air suam/panas kosong. Bukan gula je kurang, berat badan pun kurang. Cer try..
Baca entri terkini Blogger tutyrahiza´s: [ Testimoni ] Mealshake Untuk Anak Kesayangan Rita Rudaini

Reply

Ezlaila July 17, 2014 at 12:40 pm

Gula berlebihan dalam makanan memang amat merbahaya untuk jangka masa panjang. Memang bijaklah bagi sesiapa yang mengamalkan apa yang disarankan ini.
Baca entri terkini Blogger Ezlaila´s: 5 Tip Mudah Kekal Cantik Cara Islam Yang Mungkin Kita Tidak Sedari

Reply

limie July 23, 2014 at 3:29 pm

bagus info ini

cegah sebelum kena penyakit2 yang berkaitan dengan pengambilan gula berlebihan dan juga karbohidrat

semoga kita sentiasa sihat
Baca entri terkini Blogger limie´s: Bacaan Gula Dalam Darah Turun dari 26.6 ke 6.1 Selepas 1 minggu

Reply

mai has August 12, 2014 at 9:59 am

saya memang mengamalkan order air suam di kedai.kalau boleh elakkan ais kosong sebab minum air sejuk pun x elok untuk digestion.jimat pun jimat pastu boleh kekalkan awet mudaa…aawww…
Baca entri terkini Blogger mai has´s: GLA Complex Shaklee : Apa kelebihannya berbanding Evening Primrose Oil EPO?

Reply

nanang October 7, 2014 at 3:09 pm

No,5 mungkin cukup mudah

Reply

Miracle Vitamins October 29, 2014 at 7:57 am

suka minum teh tanpa gula!
Baca entri terkini Blogger Miracle Vitamins´s: Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Reply

Dr Fattah January 30, 2015 at 12:53 pm

memang kena disiplinkan diri, kalau tak nanti darah manis.
Baca entri terkini Blogger Dr Fattah´s: Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge