7 Teknik Super Bijak Kurangkan Gula dalam Menu Harian Kita!
Assalamua’laikum.
Gula. Nak cara kuruskan badan? Rendahkan risiko penyakit kencing manis? Antara caranya ialah kurangkan gula dalam menu harian anda!
Kalau nak kuruskan badan, salah satu cara terbaik ialah kurangkan pengambilan gula dalam menu harian kita. Bagaimana caranya? Saya kongsikan 7 langkah terbaik untuk kurangkan pengambilan gula kita. Jom baca, sama-sama kita fikir dan beramal untuk mendapatkan kesihatan tubuh badan yang lebih baik. InsyaAllah.
7 teknik kurangkan gula dalam menu harian!
Teknik ni tak payah mana pun. Yang payahnya ialah kita yang suka cari alasan dan bertangguh untuk berubah ke arah kebaikan. Semua orang tahu. Budak-budak tak masuk tadika lagi pun tahu. Gula tu manis. Semut pun tahu. Gula tu manis. Benda manis, mesti orang suka. Wanita berwajah manis pun, orang sukakan?
1. Minum air kosong – Zero kalori. Paling senang tapi ramai juga yang culas. . Banyak bagusnya minum air kosong ni. Saya ada cerita di entri ini (baca: 879 sebab kenapa air kosong bagus untuk kesihatan). Gi baca yer…
2. Buat undang-undang! – Undang-undangnya senang jer. Secawan teh, kopi, nescafe dan yang sama waktu dengannya hanya boleh masukkan 1 SUDU TEH gula/susu pekat/krimer manis. Boleh? Ini pun cara kuruskan badan tau.
3. Biar kurang manis – Senang cerita, kurangkan gula dalam masakan. Pesan kat isteri, kalau sayangkan abang…mohon kurangkan gula dalam masakan yer. Air pun kasi kurang manis. Order kat kedai pun kurang manis! Janji isteri senyum manis, suami mesti senyum jer tidurnya…hohoho
4. Kurangkan makan snek – Ramai suka makan snek, jajan atau yang sama waktu dengannnya. Kurangkan sebab makanan jenis ni banyak ditaruk gula untuk sedapkan lidah dan anak tekak kita. Elakkan terutama sebelum kita tidur.
5. Ganti dengan buah – Ketagih sangat nak makan benda manis? Makanlah buah. Banyak buah-buahan tempatan yang ada.
6. Jadi pengguna yang bijak – Bila pilih makanan siap, kita baca label dulu. Boleh buat perbandingan kandungan gula berapa kilo dalam makanan tu. Pilih yang kurang kandungan gula.
7. Pilih yang kurang manis – Pilihlah yang kurang gula. Boleh tengok label di bungkusan makanan tu. Minuman pulak, pilih yang kurang manis macam Yeo’s susu soya kurang manis!
Sekian dulu 7 teknik super untuk kurangkan gula dalam menu harian. Semuanya mudah dan tak perlu keluar modal beribu-ribu untuk berubah ke arah kebaikan!
Semuanya bermula dengan kita terutamanya kita yang bergelar ibubapa. Kita buat, kemudian kita semaikan budaya kurangkan gula dalam kehidupan keluarga kita.
Tanpa gula, kita masih lagi boleh hidup ceria dan gembira! Sebab kita punya senyuman yang manis seindah suria!
@hafizmd – Maklumat digarap hasil Infosihat Kementerian Kesihatan.
Pokok pangkalnya terletak pada kawalan kendiri untuk mengurangkan pengambilan gula pada tiap-tiap hari.
Btul tu bro. Penting adanya disiplin diri
Tanak kurangkaann.. gula sedap.. hehehe
Minum air masak, makan buah, minum yeo’s kurang manis buat, tapi makan chocolate hari-hari pun buat juga… hehe
Cokelat sedap sgtkan?? Hehee
Aku tengah cuba nak kurangkan makan benda yang manis..family aku ada gen kencing manis kot..horror tu..hohoho
Ooooo..lagi nak kena jaga betul2
aku mmg tak minat gula… minum air pun letak sikit je..
Baguslah bro..terbaik
kurangkan gula tambahkan senyuman…. =)
Senyuman manis mcm bro mlstik bintang myk bhya woòo
Teknik ni kena bagi kat blogger diet kita. profhariz hehehe
Hahaha. Ada-ada ja hang ni
Betul tuh..ambe setju
@pb…betul gak tu
Terbaik bro boleh praktikkan lepas ni.
Bro dah pakar
Mmg akan sentiasa cuma elakkan makan & minum yg manis2.. T kasih atas peringatan & perkongsian ini Hafiz.. 🙂
Sama2 kite beringat…trima kasih kmbli
Banyak yang boleh diamalkan dan ia perkara mudah dilakukan.
Disiplin tonggak kejayaan..
minum air kosong dalam 2 botol sehari… tapi hari tak kerja… minum air sejuk sokmo..huhu
Org kate..air sejuj takpe..jgn air ada ais batu…sejuk kosong yer
Emm memang teknik super ni kena amalkan..tapi tu la..bila tak beringat, memang lupa terus tips ni..hehe..terima kasih bro kongsikan..
Meme super boh..ambe jer doj wape nok super power lagi..hihi
tak susah nak kurangkan gula, bila dah biasa makan/minum kurang gula, automatik sangat sensitif dengan lebih manis.
Setuju sgt tuan. Mmg mudah tp nak kena kuatkan hati..kalau tak…mau teh tarik tiap2 hari..hehe
Bila umur semakin meningkat semakin tinggi kandungan gula dalam darah. Kena buat pemeriksaan darah (kandungan gula) di hospital berhampiran.
haa…ni yang takut ni kalau gula tinggi dalam darah ni…baik pegi cek awal-awl…boleh kawal gula awal-awal..kan
betul tu Alynn. Mmg nak kena check. Nak2 umur lebih 30 tahun..huhu
Mudah je sebenarnya nak kurangkan amik gula ni.. Teknik minum air kosong tu memang saya sokong sesangat. Lagi mantap, amalkan minum air suam/panas kosong. Bukan gula je kurang, berat badan pun kurang. Cer try..
Gula berlebihan dalam makanan memang amat merbahaya untuk jangka masa panjang. Memang bijaklah bagi sesiapa yang mengamalkan apa yang disarankan ini.
bagus info ini
cegah sebelum kena penyakit2 yang berkaitan dengan pengambilan gula berlebihan dan juga karbohidrat
semoga kita sentiasa sihat
saya memang mengamalkan order air suam di kedai.kalau boleh elakkan ais kosong sebab minum air sejuk pun x elok untuk digestion.jimat pun jimat pastu boleh kekalkan awet mudaa…aawww…
No,5 mungkin cukup mudah
suka minum teh tanpa gula!
memang kena disiplinkan diri, kalau tak nanti darah manis.