Dah Baca Buku Denaihati?

Dah baca buku denaihati.com? Ibarat manuskrip kehidupan & perkongsian tips blogging dalam buku denaihati. Tak baca buku ni, rugi!

buku denaihati
Ada dijual ke?

Sepintas lalu, buku denaihati ini dibahagikan kepada 3 bahagian isi utama iaitu;

  1. Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s (Contest)
  2. Hidup Untuk Memberi
  3. Blogging
  4. Kisah Keluarga
  5. Kembara Dunia
  6. Berani Gagal
  7. Aktiviti

Buku ini adalah cetakan kompilasi entri yang ada di dalam blog denaihati.com. Walaupun aku dah baca, tak semestinya aku ingat dan aku hayati isi kandungannya. Membaca dan menghayati adalah 2 perkara yang berbeza! Untuk itu, aku memberikan kredit yang amat besar untuk Denaihati Network yang bersungguh-sungguh menerbitkan Buku Denaihati.com versi cetakan ini.

Buku Denaihati Wajar Dimiliki oleh Setiap Blogger!

1. Memang kemasan fizikal buku cukup bagus. Siap gambar berwarna lagi. Paling menarik pastinya segmen Kembara Dunia. Gembira dapat melihat ‘sendiri’ suasana negara orang. Nak sampai ke sana, belum ada rezeki. Terima kasih Tuan Amir sudi berkongsi cerita. Ni kalau dijual di kedai buku, senang-senang jer boleh cecah RM20 ke atas, TETAPI….

2. Buat peserta SBB2014 hari tu, semuanya diberikan percuma! Apakah barang percuma wajar dipandang mudah? SAHIH, tidak bagi buku denaihati.com ni.

3. Bagi aku, ianya ibarat manuskrip sebuah perjalanan berliku yang Tuan Amir persembahkan untuk kita sama-sama hayati dan pelajari. Aku dapat rasa, tujuan Tuan Amir dan team Denaihati Network membukukan entri-entri ni tak lain tak bukan adalah untuk MELAHIRKAN LEBIH RAMAI BLOGGER yang benar-benar BERJAYA!

4. Baca entri di buku dan di komputer, tablet mahupun telefon pintar…bagi aku lain ‘feel’nya. Kalau di tablet, ada masanya aku terkejar-kejar untuk blogwalking ke blog-blog lain. Nak kena fikir untuk tulis komen lagi. FOKUS mudah hilang, tetapi jarang berlaku bila baca buku sebegini.

5. FOKUSnya hanya pada isi buku yang ada di tangan. Apa yang cuba disampaikan dalam setiap tajuk? Ianya lebih rasa santai dan mudah dihadam. Memang kenalah sangat dengan teknik yang diajar dalam buku “Makan Katak Itu.”

Tajuk Pilihan dalam Buku Denaihati?

Aku belum habis baca semuanya lagi, tapi antara perkara yang menarik perhatian ialah;

1. Pengurusan Laman Blog

webmaster tools pengurusan laman web buku denaihati.com
Pengurusan laman blog. Apa yang nak diuruskan???
  • Ditekankan keperluan ilmu blogging yang lebih mendalam tentang keselamatan dan pengurusan blog. Antara yang wajar diberi perhatian ialah akaun Google Webmaster Tools blog kita.
teknik google webmaster tools
Google webmaster tools. Baru belajar buka…

2. Tenang walaupun Ditahan Polis

pengalaman kena tahan polis luar negara
Tenang kunci utama menghadapi situasi mendebarkan!
  • Antara yang aku suka bila berkunjung ke blog denaihati ialah perkongsian pengalaman kembara mereka. Macam pengalaman kena tahan dengan polis ni, memang kena bertenang dan jangan gabra. Kalau tak, lagi panjang kes kita nanti dibuatnya. Betul-betul entrinya rasa dekat dengan diri.

3. Cerita Berani Gagal?

berani untuk gagal
BERANI GAGAL?
  • Nak tahu apa yang ada dalam koleksi ni, kenalah dapatkan buku denaihati ni. Banyak perkongsian menarik untuk kita. Kalau nak berjaya, kita kena ikut jalan mereka yang berjaya! Betul tak?

Akhirnya, soal salah ejaan, gambar mungkin ada yang kabur dan kurang jelas. Kekurangan ni boleh diperbaiki kemudian. Bagi aku apa yang lebih penting ialah ISI yang cuba disampaikan. Itu lebih wajar untuk aku berikan perhatian. Banyak yang perlu aku belajar dalam dunia blogging ni.

Sungguh aku rasa beruntung kerana ditemukan dengan komuniti Denaihati Network yang aktif berkongsi tips blogging dan cara meningkatkan skil blogging dengan betul. Tinggalnya, aku nak atau tak? Itu sahaja.

Tahniah Denaihati.com dan pasukan Denaihati Network! Jika anda seorang blogger, dan masih belum turut serta dalam komuniti ini, jom terjah mereka di bawah;

@hafizmd – Ini sekadar review ringkas khas untuk buku denaihati.com. Setiap kita ada pandangan berbeza. Tunggu apa lagi, korang pun tulislah satu entri =)