Suka Khasiat Bawang Putih Tak?

- 18 March 2014. Updated 5 November 2014Kesihatan

Khasiat Bawang Putih? Tahu tak apa khasiat dan kebaikan makan bawang putih? Kalau tak tahu khasiatnya, jom baca khasiat bawang!

4 khasiat bawang putih!

Saya tulis seringkas mungkin khasiat bawang putih. Moga-moga ada kebaikan untuk kita. InsyaAllah.

1. Membantu mencegah jangkitan saluran kencing (UTI) – Jangkitan disebabkan oleh kuman (bakteria). Bawang putih bersifat antimikrob. Nota: UTI (urinary tract infection) lebih tinggi risikonya berlaku kepada wanita.

khasiat bawang putih

Suka bawang putih tak? (kredit: Istock Photo)

2. Khasiat bawang putih: Cegah kanser – Dengan adanya sulfur yang boleh lawan kanser menjadikan bawang putih wajar menjadi pilihan alternatif mencegah kanser.

3. Ubat kaki gatal – Adakalanya kaki kita rasa gatal sebab aktif bersukan ataupun sebab terlalu lama pakai stoking. Boleh guna air rebusan bawang putih. Mudah jer nak buat. Ambil beberapa ulas bawang putih (jangan ketuk). Rebus. Sejukkan air rebusan. Suam-suam kuku gitu. Kemudian, rendamlah kaki anda. Bawang putih ni bersifat antifungi. Selamat mencuba!

4. Khasiat bawang putih: Cegah demam selsema – Komposisi sulfur bawang putih boleh membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan jangkitan kuman. Cara beramal mudah sangat. Ambil 2 ulas bawang putih. Buang kulit. Panaskan lebih kurang 25 saat. Kemudian makan. Selamat beramal!

Dah makan bawang putih. Jangan lupa gosok gigi dan minum air kosong banyak-banyak yer.

Ini adalah perkongsian ilmu kesihatan bersumberkan alam yang Allah ciptakan. Di dalam bumi ni, penuh sejuta hikmah yang Allah jadikan untuk kegunaan kita, manusia. Apa saja yang Allah kurniakan, ia hanyalah asbab sahaja.

Kesembuhan semuanya dari Allah jua. Yang penting, kita kenalah berusaha, usaha dan usaha. Jangan kita putus dengan rahmat Allah Yang Maha Penyayang!

@ hafizmd – Misi MH370 masih belum selesai. Sama-sama kita teruskan berdoa dan sentiasa dekat kepada Allah dengan perbanyakkan zikir. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar!

{ 50 comments… read them below or add one }

akubiomed March 18, 2014 at 1:39 pm

Bawang putih ada khasiatnya boleh buah angin kata orang tua. :-)

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:27 pm

Betul jugak tu..thanks bro

Reply

profhariz March 18, 2014 at 2:22 pm

Bawang putih saya kurang gemar. InshaAllah demi kesihatan kena makan ni :)

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:27 pm

Boleh ambil supplemen garlic…lg mudah

Reply

maza March 18, 2014 at 2:39 pm

katanya antara khasiat bawang putih untuk lelaki ialah memekatkan air mani.. tapi entahlah.. kalau pekat sangat karang, lain pula jadinya..

ahaks…
maza nyorok!

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:26 pm

Ooooooo…ni ilmu baru ni..hehehehe

Reply

KiD March 18, 2014 at 2:45 pm

ermmm.. banyak juga kegunaan bawang putih. ingatkan untuk masak je.. hehehehe

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:26 pm

Sila bakar roti..sapu bwg putih…sdpnye

Reply

yusri June 18, 2014 at 12:19 am

Sama jugak dengan kelapa. Banyak kegunaannya.

Reply

Myra Jay March 18, 2014 at 3:08 pm

Teringat dulu MJ kena makan 7biji bawang putih bakar..
Ayarkkk terpaksa telan.. tak ingat nak rawat sakit apa..hehee

tp skrg senang je, klau rasa perut sebu ambik telan Garlic Complex Shaklee..heheee

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:25 pm

Kolesterol tinggi ke?

Apapun..skrg mdh mcm yg sis myra ckp

Reply

Myra Jay May 12, 2014 at 8:38 am

Rasanya macam bukan sebab kolesterol.
Samada gastrik / masalah dalaman.. entah memang tak ingat.

Reply

Mohd Azrin Abu Bakar March 18, 2014 at 4:11 pm

Assalamualaikum bro.
Bawang putih dicampur dengan minyak masak boleh buat minyat urut badan bro

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:24 pm

Waalaikumussalam
Terima kasih bro.dpt ilmu baru

Reply

Denaihati March 18, 2014 at 4:13 pm

sos chili bawang putih sedap cecah dengan cucur udang/jemput-jemput , kira ada khasiat juga lah…

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:23 pm

Sos cili thai ada bwg putih…sedapnye!

Reply

hafiz March 18, 2014 at 4:31 pm

Patutlah org cina suka makan bawang putih ni

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:23 pm

Mereka mmg suka msk pkai bwg putih ek?

Reply

Anak Askar Pencen March 18, 2014 at 4:34 pm

Bawang putih ni pada sesetengah orang tak suka dengan bau dia. Tapi, kalau memasak takda bawang putih, memang tak lengkap resipi masakan jadinya.

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:22 pm

Byk sgt..mmg boleh pening..pengambilan dlm kadar sederhana insyaAllah ada manfaatnya

Reply

munir ardi March 18, 2014 at 4:50 pm

bole redakan hipertensi juga saya pernah amalkan tapi tak tahan baunya baru konsumsi satu minggu lalu berhenti, terimakasih doanya Sahabat

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 5:21 pm

Baunye mmg agak kuat…tp ubat selalunya mmg pahit

Moga bang munir diberi kshtan yg baik

Reply

titan March 18, 2014 at 10:10 pm

drakula pun takut bawang. haha..

Reply

Hafizmd March 18, 2014 at 10:14 pm

Hahahaha…jd kena simpan bwg dlm poket….haha

Reply

suri March 19, 2014 at 3:58 pm

isi dalam beg plastik jugalah. banyak manfaat kelmari batuk dan bakar bawang putih serius mujarab hee

Reply

Hafizul March 19, 2014 at 11:11 am

EMm bawang putih kalau tak silap mak cakap leh kuatkan gigi gak..suka makan bawang putih..terutama sekali dalam singgang ikan..hehe

Reply

Hafizmd March 19, 2014 at 1:04 pm

Owos…dlm ikan singgang…mmg feveret tu boh…ade pulok budu….aaaarggh..kacau jiwa

Reply

suri March 19, 2014 at 3:55 pm

bagi letak banyak ok juga pk dan hafizmd rumah mak mertua mereka suka bubuh banyak heee…tapi masih kekalkan rasanya enak

Reply

suri March 19, 2014 at 3:54 pm

saya suka apa menu saya masuk heeee..salah satu best lawan antibodi badan manusia

Reply

cyza March 21, 2014 at 1:04 pm

Salam…thanks atas perkongsian…tapi cara pemakanan bawang putih yang terbaik macam mana? Yang ditulis byk kepada khasiat.

Thanks bro

Reply

Alynn March 23, 2014 at 9:22 am

bawang putih memang banyak khasiatnya kan…nak hilangkan selsema pun boleh..nak cuci tumit kaki pecah pun boleh..haaa

Reply

Hafiz Rahim March 25, 2014 at 2:36 pm

Baru gua tau bro..bawang putih ubat kaki gatal. hehehe

Reply

tutyrahiza May 12, 2014 at 9:11 am

salam kenalan,

bawang putih memang terbaik. Dah besar baru tahu khasiatnya. Masa saya sakit gigi haritu, saya makan bawang putih untuk hilangkan sakit gigi. Memang terbaiklah.

Nak kurus pun boleh ambil bawang putih. Nyah segala kolestrol jahat itu.

Reply

Wafa May 28, 2014 at 3:00 pm

Bawang putih memang banyak manfaatnya. Merupakan anti-oxidan yang mujarab.

Reply

yusri June 18, 2014 at 12:18 am

Eeeeww aku fobia dengan bawang.

Reply

Ezlaila July 17, 2014 at 12:43 pm

Memang terbukti secara saintifik. Bawang putih memang banyak khasiatnya.

Reply

mai has August 9, 2014 at 7:18 pm

sukeeee sangat bawang putih!saya suka bawang putih jgn dibuah kulit nya, hanya potong sikit bahagian atas, tuang minyak zaitul, lada hitam, garam.kemudian bakar!uuuu…sedapnye!

Reply

Mummy Dina August 12, 2014 at 8:46 am

saya suka makan bawang putih jeruk dengan nasi kerabu..mengandung kali ni dok mengidam nasi kerabu + bawang putih jeruk je..hehe

Tapi untuk antibiotik semulajadi saya telan Garlic Plus Shaklee je..senang tak yah susah2 nak kunyah bawang putih segar yang rasanya boleh tahan ‘sedap’ tu..;)

Reply

Aishah Ahmad August 14, 2014 at 8:53 pm

AA guna bawang putih utk legakan batuk2 anak comel.

Tumbuk2 skit bawang putih, letak kt tapak kaki anak. AA ikat kain utk kekalkan bawang putih kt tapak kaki.

Nk lebih mudah,pakaikan stoking je.

Org putih pggl garlic socks, kot

Reply

nur razali October 25, 2014 at 3:54 pm

bawang putih mmg byk khasiatnye..antibiotik semulajadi yg terbaik :)

Reply

tutyrahiza October 28, 2014 at 11:17 pm

saya dah makin jatuh cinta dengan bawang putih ni..awesome untuk masalah parut jerawat saya tau..

Reply

Noriza Rahman October 31, 2014 at 3:19 pm

saya suka bawang putih versi tablet :)

Reply

Dr Salwa November 3, 2014 at 3:13 pm

Assalamualaykum,
Just for info,bahan aktif garlic atau allium sativum iaitu allicin masih menjadi tanda soal dalam komuniti saintis dunia disebabkan oleh kesukaran untuk menghadamnya, sehingga kini kajian yang dilakukan oleh uni california mendapati seseorang yang makan sehingga 10 biji pun masih tidak dapat dikesan keberadaan allicin.Ramai yg makan mungkin mendapat efek plasebo seperti yang saya tuliskan dlm artikel yg lalu.

Reply

Hafizmd November 5, 2014 at 9:24 pm

Waa’laikumussalam Dr Salwa.

Terima kasih Dr utk informasi terkini ttg bahan aktif dlm bawang putih. Place effect mmg sentiasa ada kan dr?

Reply

Noriza Rahman November 5, 2014 at 4:28 pm

Bawang putih ni banyak sangat manfaatnya

Reply

Hafizmd November 5, 2014 at 9:29 pm

Setiap yg Allah jadikan pasti ada hikmahnya. Betul tak Noriza?

Reply

niza yusof December 19, 2014 at 7:28 pm

Bawang putih elok utk kulit berjerawat. Jom detoxx!!

Reply

Azeni Ahmad January 9, 2015 at 4:50 am

Saya sangat suka dengan bawang putih.
Sebab boleh kuatkan sistem pertahanan badan. Kalau selalu demam selalu la ambik garlic kan.
Dan sangat bagus untuk dalaman wanita.

Reply

Noriza Rahman April 7, 2015 at 6:24 pm

Suka sangat bawang putih, buat nasi goreng cina memang sedap…

Reply

Dewi Kemala February 29, 2016 at 7:28 pm

Assalamu’alaikum
Sangat besar rupanya ya si bawang putih ini manfaatnya
Yang saya masih ingin tau detailnya, ini cara nya diapakan ya, dimakan aja, apa dicampur dg syur sebagai rempah?
Jazakallah :)

Reply

Leave a Comment