Jangan Baca Blog AhmadFaizal.com!

Assalamua’laikum.

Jangan Baca Blog AhmadFaizal.com! Iya. Jangan baca! Ingat aku main-main ke? Bukan aku yang suruh jangan baca, tuan tanah sendiri yang buat permohonan tak rasmi. Tak caya? Nah tengok sendiri….

lifestyle blog terbaik 2014
Nampak tak permainan ayat power Encik Titan?

‘Cinta pandang pertama’

Seingat aku, aku mula kenal nama Titan ni dengan blog earncent.com tu. Blog tu memang sempoi habis. Banyak ilmu dan eksperimen cara buat duit dengan blog yang dia kongsi kat blog tu. Aku dulu-dulu, macam korang jugaklah….rasa macam nak ketuk-ketuk jer kepala sendiri tiap kali Titan tayang bukti duit online dah masuk.

Itu dulu. Berkat aku baca dan fahamkan apa yang dia tulis di blog tu dan terkini di blog ahmadfaizal.com, Alhamdulillah dapatlah jugak aku merasa sekupang dua hasil menulis di blog ni. Memang masih jauh yang amat nak bandingkan pencapaian aku dengan Encik Titan ni…tapi..

Tapi ingat….nak dapat hasil macam Titan dapat tu, berapa banyak duit dia dah lebur dan labur. Berapa banyak masa dia dah korbankan. Masa yang sepatutnya dia layan gadis-gadis comel yang sentiasa mengekori dia (entah betul ke tak..aku tak tau…hahhaha), dia buat kerja betul-betul. Antara hasil yang menakjubkan bagi aku ialah bila dia dapat settlekan hutang PTPTN dia. Korang boleh baca kat sini (baca: Macam mana Titan boleh terhabis bayar hutang PTPTN?) untuk kasi naik semangat masing-masing.

Aku juga pernah jumpa face to face dengan Titan ni. Senang citer, dia ni memang peramah orangnya. Tak lokek ilmu, janji korang belanja dia cendol…hahaha. Korang boleh baca entri khas yang aku tulis, saat manis kami membaham cendol di Banting! (baca: Bila 2 jejaka kacak lagi hensem makan cendol!).

Habis tu, kenapa jangan baca blog Titan???

Takde sebab selain jangan baca sekadar baca yang biasa-biasa jer, baca dengan mata hati dan sungguh-sungguh. Titan pun makan nasi, kita pun makan nasi. Cuma mungkin dia makan cendol lebih sikit. Tu bukan alasan untuk kita tak boleh capai paling kurang 10% kejayaan dia dalam arena blogging!

Kalau kita jenis baca blog Titan, tapi masih cari sejuta alasan dan tanya macam-macam cara nak buat duit dengan blog, sedangkan dalam blog Titan tu, aku kira boleh tahan banyak dia cerita segala benda yang dia buat.

Kalau entri dalam blog Titan tu dibuat buku fizikal, mahu boleh jual ratus ribu salinan!

Jadi, jomlah kita baca blog Encik Titan ramai-ramai. Lagi ramai, lagi bagus!

@hafizmd – Entri ini khas buat TOP 10 Blogger 2013. Baru siap cover 3 blogger. Ada lagi 7 orang!