Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan!

- 17 June 2013. Updated 23 September 2013Blogging

Assalamua’laikum.

Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan! Untuk melangsikan Monday Blues korang, silalah baca entri ni sampai ke akhirnya. Ambe ingat, malas nak tulis tapi rasa macam tak best pulak tak selitkan ‘kemanisan cendol tak terkalah’ dalam blog ni. Ambe dengan kacaknya bersama my gwiyomi dan anak-anak turun ke Banting demi menguji sendiri kesedapan cendol Banting yang selalu “digembar-gebukan.” Ceritanya bermula di waktu tengahari yang sungguh aman damai….

Ambe memang dah rancang dari awal lagi nak jumpa dia. Kebetulan ada reunion di Port Dickson. Alang-alang menyeluk saku, biar keluar seringgit lima puluh sen kali empat. Bukannya selalu dapat peluang jumpa blogger hebat macam dia ni. Ambe tahu dia sibuk hari tu, sebab dia ada tulis di FB…hehehe

restoran cendol ibrahim Banting

Mula-mula call, takde orang angkat. Ambe ingat dia tengah tidur Qailulah. Maklumlah, masa tu mungkin tengah pening nak pilih pemenang kontest review tak terkalah. Tak puas hati, ambe hantar sms. Dalam tengah cari parking kat Cendol Ibrahim Banting tu, sekali dia telefon. Tak sampai 5 minit, dia sampai dengan cukup bergaya.

Banyak juga yang dia cerita pasal Banting. Paling best, cara dia perkenalkan Banting memang tak terkalah. Memang genius mamat ni. Serius, walau sekejap sangat ambe sembang-sembang tapi ada benda yang ambe dapat semalam. Ting! Idea dah sampai…. :P

Sedap Cendol Ibrahim Banting?

Sedap & lemak berkrim disukai ramai. Memang sedap! Korang yang belum cuba, tengok sajalah cendol Banting dalam mangkuk special kat bawah ni. Kacangnya cukup, lemaknya cukup, manisnya cukup. Memang serba cukup.

restoran cendol ibrahim Banting

“Gambar cendol dikaburkan untuk tidak mengganggu emosi anda”

restoran cendol ibrahim Banting

Habis semangkuk dibedal, ambe teruskan perjalanan balik ke Gombak. Mata tiba-tiba jadi layu dan kuyu. Kuat betul penangan cendol Banting ni. Terpaksa ambe berhenti untuk serahkan tugasan memandu kepada my gwiyomi.

Dahlah. Jari telunjuk ambe macam memberontak malas nak bergerak. Bukan sebab cendol Banting, tapi mungkin sebab banyak sangat buat ‘latihan jari’ semalam. Nanti ambe cerita lain…hehe

Ambe langsikan gambar terakhir.

blogger titan vs blogger hafizmd

Titan vs Hafizmd:Pemenang makan cendol paling cepat?

@hafizmd – Bila 2 Lelaki Kacak Bercendolan! Rugi tak singgah ambil gambar rumah lagenda badminton negara di Banting!

{ 69 comments… read them below or add one }

akubiomed June 17, 2013 at 11:21 am

Ini tak adil pakat jumpa 2 orang. :-)

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:30 am

hehe..kebetulan bro =)

Reply

KiD June 20, 2013 at 7:15 am

kay.. foineee… tak ajak.. huhuhu

Reply

suri June 21, 2013 at 10:03 am

ini tak adil !!

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:22 pm

@suri, hehe..mmg tak adil…hahhaha

hafizmd June 21, 2013 at 12:46 pm

@kid, hehehe…tak plan bro…main terjah jer…

Reply

Irwan Alessa June 17, 2013 at 11:32 am

Perghh jumpa Titan.. Memang terbaik la bohh.. Tapi yang sedeh tu tak ajak pun.. hahahaha..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:29 am

Mmg terbaik! jgn sedih bro..lain kali ambe ajak..hahaha

Reply

sohoque June 17, 2013 at 11:38 am

Woit mana aci! Bercendolan dop ajok aku. Huhuhu. Jumpa titan pulak tu!

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:29 am

hehe..ambe main terjah jer ni bro..
kebetulan titan ada…hehe

Reply

hafizrahim June 17, 2013 at 12:33 pm

Waa..pegi cendol banting ka..titan belanja tak? Kalau tak belanja, claim balik..hahaha

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:29 am

dia mmg nak belanja, tp ambe dah niat nak belanja sifu titan ni..lain kali dia kena belanja plak..hahaha

Reply

hafiz June 17, 2013 at 1:30 pm

macam abang adiklah…seiras..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:28 am

tu dia…titan lg kacak bro!

Reply

papa mifz June 17, 2013 at 1:48 pm

terima kasih sebab kaburkan gambar cendol tuh…haha

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:28 am

hahaa..berjaya sampai objektif..keh3

Reply

maza June 17, 2013 at 3:15 pm

amvoiiii slurpp dgn cendol ya.. hahaha

nasib baik gambar cendol di blurkan.. kalau tak, kecik hati huma tau.. hahah

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:24 am

hihi..mmg sodap cendol ni bang maza

tu yg kabur tu, takut ada yg kecik hati..hahaha

Reply

Mohd Shubhi June 17, 2013 at 3:26 pm

Insyallah, satu hari nak pekena cendol nih!

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:23 am

inshaAllah…jumpe titan sekali

Reply

Hafizul June 17, 2013 at 3:31 pm

Perghhhh banyak yang dapat korek tuhhh..nanti ceritakan lah apa yang deme buat sampai penat jari tuhhh..hehehe..memang seronok..saya tengok gambar ni, dah terbayang muka saya kat tepi lelaki kacak dari banting tuh…hahahaha..memang dah lama pendam hasrat hati nk berjumpa dengan lelaki kacak dari banting ni..tapi belum ada peluang..memang kalau jumpa, banyak persoalan yang akan memaksa en titan jawabkan..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:23 am

Takdelah bro..tak sempat korek pun…ambe sembang pasal Banting jer…hehe

moga2 ada peluang utk bro jumpe sifu titan ni =)

Reply

Hafizul June 18, 2013 at 12:57 pm

Hehe..aminnn..terima kasih bro..

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:05 pm

@pk, ameen

Reply

Joe June 17, 2013 at 4:46 pm

Haha… Gambar cendol dikaburkan untuk tidak menganggu emosi anda. Besar jugak effect cendol ni ek..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:21 am

keh3..takut ada yg kejar titan kat banting nanti…

Reply

Ummi Hanie June 17, 2013 at 4:52 pm

wah… makan cendol tak ajak org yer.

korang ni kalau kata adik bradik pun ngam ;)

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:21 am

hehe…kebetulan titan ada…kalau tak, kami makan berdua jer…

hooooo…patutlah ada yg salah faham hari tu…hahaa

Reply

TehR June 17, 2013 at 5:06 pm

molek juga dikaburkan gambar cendol tu
sebagai langkah keselamatan kepada yang melihatnya :D

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:20 am

takut ada yg meroyan…keh3

Reply

fiezaradzi June 17, 2013 at 5:07 pm

akhirnya jumpa face to face..

dia bergaya hari tu de makna tu.. hehee..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:20 am

keh3 =)

ada makna tu…hahaha

Reply

chii June 17, 2013 at 6:06 pm

arghh,,,chii yg dok kt klang pun x merasa lg cendol banting….grrr…

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:20 am

hehe…chii nak kena try sekali…

kita pakat gi ramai2?

Reply

munir ardi June 17, 2013 at 6:33 pm

memang sama kacaknya btw siapa nih yang menang makan cendolnya

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:19 am

hehe…titan berjaya menang dgn penuh bergaya

Reply

Nasarudin June 17, 2013 at 7:00 pm

Sedap nampaknya cendol tu.. licin mangkuk tu.. Mmg terkenal ye tempat cendol dibanting tu?

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:19 am

Mmg sedap, tgk mangkuk dah tau kan?

mmg terkenal, tapi titan cakap ada lagi 2-3 tmpat yg sedap

Reply

kakiblog June 17, 2013 at 9:40 pm

padan..sama kacak untuk menikmati cendol yang terbaik.

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:18 am

mmg cendol ni sodap!

Reply

suri June 21, 2013 at 10:08 am

lain tempat mmg berbezakan..cewah..cam ar saya pernah rasa heee

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:21 pm

@suri, sebetulnya mmg macam tu… =)

Reply

mrhanafi June 17, 2013 at 9:41 pm

ada persamaan iaitu dua-dua pakai cermin mata..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:18 am

dan dua2 jugak kacak…hahaha

Reply

suri June 21, 2013 at 10:07 am

jadi ada 4 mata ar

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:21 pm

@suri, lebih dari 4 mata….hehehe

Reply

Datin Tyka June 18, 2013 at 8:39 am

aik titan, mata terbukak plak masa bergambar.. kata da training..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:18 am

hehe..tgh control tu..hehee

Reply

Datin Tyka June 20, 2013 at 4:49 pm

bajet hensem la kot. ahaha

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:40 pm

@DT, hahahhaha…bajet mesti tinggi…hahahhaa

Reply

Norfanil June 18, 2013 at 2:24 pm

persoalan pertama.. dimanakan banting?
tau banting..tapi tak tau arahnya.. hahah
cm jauh je dari KL..

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:01 pm

hahaha..ambe main redah jer pakai gps..sib baik jumpe

Reply

Denaihati June 18, 2013 at 4:23 pm

gambar ni buat ramai yang jeles. bekas cendol ni pun tak terkalah jugak.

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:03 pm

hihi…harap tak ramai yg jeles… =)
bekas dia mmg tak terkalah

Reply

Mohd Helmi June 18, 2013 at 5:44 pm

Kalau dah rapat rasa cendol Banting, lepas ni kenalah rasa satay Banting pula. ;)

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:03 pm

satay banting? nak kena tanya titan, tang mana sedap

bro tau mana port satay banting yg baik punya?

Reply

Hairul Hissam June 18, 2013 at 8:30 pm

titan tu kena cari bini tauke cendol tu.. heee

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 1:04 pm

keh3…kita tunggu jemputan dia =)

Reply

Ismail N June 19, 2013 at 8:48 pm

Woik, layan cendol jer dgn si Titan tu? Mintak lah komisyen affiliate dia yg banyak tu… :D

Reply

suri June 21, 2013 at 10:07 am

bro hafiz klu jumpa setakat cendol mmg rugi tapi klu beri pengeras mmg “kacak”

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:22 pm

@suri, hehe…takde pengeras

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:50 pm

@bro Ismail, tak sempat plak nak paw..hahaha

Reply

ajumohit June 19, 2013 at 8:55 pm

amboi bercendolanlah saangaattt!!! hihi

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:50 pm

hihihihi…mmg cendol jer ni aju =)

Reply

suri June 21, 2013 at 10:06 am

dapat juga jumpa eh memag bercendolan ler dema berdua

Reply

hafizmd June 21, 2013 at 12:22 pm

mmg cendol jadi topik utama

Reply

Rina June 27, 2013 at 7:02 pm

senangnya bisa bertemu kawan dunia maya di dunia nyata sambil makan cendol pula. segarrr… :)

Reply

hafizmd June 29, 2013 at 6:44 am

Mmg cukup seronok

Reply

Melayu Boleh June 28, 2013 at 10:22 am

Salam Perkenalan Melayu Boleh dan Mampu melakukan segalanya kerana Maruah darah Kemelayuan Sejati dalam Diri. Tetapi Mereka ada batasnya, tidak ikat rasa. Bukankah dulu Kaum Melayu Boleh merentasi lautan, hutan rimba dan gunung ganang. Kaum Melayu Boleh bertindak sekarang. Hapuskan Istilah lucah Melayu Boleh di internet. Bersatu teguh, bercerai roboh. Tunjukkan sokongan anda. Maklumat lanjut di Melayu Boleh. Takkan Melayu hilang di dunia

Reply

Leave a Comment

{ 2 trackbacks }