Payah Sangat Nak Kuruskan Badan? Mai Baca 5 Cara Mudah Bakar 200 Kalori!

- 11 June 2013. Updated 24 September 2013Kesihatan

Assalamua’laikum.

Payah sangat nak kasi kurang berat badan? Mai baca 5 cara mudah bakar 200 kalori! Memang payah kalau kita tak tahu cara betul nak bakar kalori. Lagi payah bila kita mula ‘membela rasa malas’ dalam diri. Bukan anda saja yang malas, ramai lagi yang tak berapa rajin. Mungkin tak tahu cara mudah nak bakar kalori. Lagi banyak kalori dibakar, lagi banyak lemak akan hilang. Jadi, makin cepat kita kurus dan kuranglah berat badan kita.

5 Cara Mudah Bakar 200 Kalori

1. Main badminton. Iya, main badminton 40 minit boleh bakar lebih kurang 200 kalori. Ajaklah sesapa main badminton. Tak reti main badminton? Hentam sajalah main sapu rumah 40 minit tanpa henti! (Dengar kata, Geng Blogger ada nak buat friendly badminton? Betul ke?)

2. Cat rumah. Patutlah tukang cat rumah kurus-kurus jer. Rupanya tangan kita yang rolling batang cat tu mampu bakar 204 kalori sejam! Apa kata, pakat cat rumah, lagipun raya dah nak dekat. Tak cukup rumah sendiri, rumah ambe pun boleh! hehehe

cara mudah bakar kalori kuruskan badan 3. Pergi pasar. Rupanya mereka yang suka shopping tu senang-senang jer boleh bakar dalam 200 kalori sejam. Macam mana nak bakar kalori masa shopping? Sila parking kereta jauh-jauh. Kemudian ambil troli. Tolak troli (nak lagi best, letak bapak anak kecil dalam troli untuk tambah berat). Pusing-pusing dalam pasar sebelum beli barang. Letak barang, ambil barang. Tolak troli yang penuh ke kereta yang jauh. Masukkan barang-barang dalam kereta. Rehat sekejap dalam kereta. Minum air masak banyak-banyak. Bakar lebih 200 kalori tu! Jadi, bersyukurlah bila isteri ajak teman p shopping, ada hikmahnya! hehehee

4. Berkebun. Cabut rumput/potong rumput selama 25 minit boleh bakar 127 kalori.Dah siap potong rumput, tanah dah cantik, tanam benih baru. Yang ni boleh bakar lagi 77 kalori jika kita buat dalam 15 minit. Senangkan nak bakar 204 kalori?

5. Basuh kereta. Basuh kereta selama 40 minit boleh bakar 204 kalori. Ketuk-ketuk karpet dalam kereta. Wax kereta bior berkilat. Nak lagi bagus, ajak sekali anak isteri basuh kereta sekali. Sama-sama pakat bakar kalori. Takde kereta? P basuh kereta jiran anda! hehehe

Amacam? Senangkan nak bakar kalori? Senang saja nak kurangkan berat badan ni jika kita tahu cara yang betul dan berkesan. Cuma nak kena kekal konsisten dan banyakkan minum air masak. Kurangkan minum air manis tu. Baru cepat turun berat badan. InshaAllah.

@hafizmd – Payah Sangat Nak Kuruskan Badan? Mai Baca 5 Cara Mudah Bakar 200 Kalori! Memang kena minum air masak banyak-banyak (4L lebih sehari untuk boostkan metabolisma).

{ 50 comments… read them below or add one }

TehR June 11, 2013 at 3:51 pm

hehe molek sangat
gerak2an anggota badan keluarkan peluh
jangan hanya gerak mulut kunyah makanan je
tak sihat tu

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 10:07 am

betul tu cikgu, paling penting bergerak =)

Reply

papa mifz June 11, 2013 at 4:00 pm

baru jer lepas cat rumah tadi, harap lepas nih kurus la…haha

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 10:06 am

hahaha…kang kalau rasa nak ngecat lagi, rumah ambe ada lagi..haaha

Reply

Hafizul June 11, 2013 at 4:25 pm

Emm memang betul tu..biasanya petang2 saya ngn anak akan menyapu sampah di halaman rumah..hehe..keluar peluh dan badan rasa sihat..hehe..nanti anak besar, boleh la ajak bermain badminton pulak…hehe

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 10:06 am

canteklah bro…mmg berpeluh tu..nak2 sapu sampah kat kampung..daun banyak nak kena bersih..hehe

Reply

Hafizul June 12, 2013 at 3:33 pm

Emm tu la..hari ni sapu, esok ada balik daun2 kering..hehe

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 3:36 pm

Sama macam manusia, ye dok? hari ni ada, esok takdok..ada takdok..ada takdok…lumrah alam =)

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:14 pm

@hafizul, betul tu..tiap2 hari boleh bersenam kuruskan badan

Reply

akubiomed June 11, 2013 at 5:06 pm

Skipping bagus untuk pembakaran kalori dan kardiovaskular.

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 10:05 am

betul tu bro..nak cecah 5 minit skipping pun sesak juga..hehe

Reply

chii June 12, 2013 at 4:46 pm

wat jumping star pun lebih kurng gak kan..:)

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:14 pm

@chii, jumping star tu kalau buat 5 minit mau berpeluh jugak

Reply

onlajer June 11, 2013 at 7:33 pm

malam karang nak basuh kereta lagi lah haha

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 10:00 am

haus body kereta tu kang? hahaha

Reply

jebat June 11, 2013 at 8:45 pm

cara yang bagus untuk mengurangkan berat badan ni.. boleh diikuti ni

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 9:59 am

mmg boleh berjaya =)

Reply

Padin June 11, 2013 at 9:56 pm

hehehe kalau jiran ade anak perempuan, lagi cun….

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 9:59 am

hahahaa..nak peneman basuh kereta ke? hahahaa

Reply

chii June 12, 2013 at 4:47 pm

sambil cuci kereta…bleh gak cuci mata kan..ehehe

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:13 pm

@chii, hahahhaa..

Reply

Hairul Hissam June 12, 2013 at 12:33 am

tahu2 je bro saya nak cat rumah minggu nie.. heee

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 9:58 am

hehe..selamat mengecat rumah!

Reply

hafiz June 12, 2013 at 12:39 am

no 1 dan no 5 tu selalu aku buat…

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 9:57 am

patutlah nampak slim jer

Reply

saimi June 12, 2013 at 12:44 am

Kerana inilah menyebabkan aku suka main badminton dua kali seminggu. Walhal badan aku tak gemuk pun.hehehe

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 9:55 am

kalau 2 kali seminggu, mmg maitain kacaklah bro! =)

Reply

Izzuddin Fauzi June 12, 2013 at 8:56 am

Memang ramai yang rjin tapi gua still tak kurus nie… -_-

Reply

hafizmd June 12, 2013 at 9:48 am

Lu nak kurus lagi? Bior betul ni bro? hehe

Reply

Zida June 12, 2013 at 10:14 am

hanya satu benda je yang boleh dibuat kat Mesir ni, yakni pegi shopping dan ke pasar, tapi setakat sejam je rasa macam tak letih pun. Tu yang tak sabar nak balik Malaysia nak buat macam-macam benda!!

(orang kata duduk di luar negara makin kurus, kitorang satu rumah tengok macam makin membesar je -.-)

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:18 pm

keh3…biasanya camtulah…ahahhahaa

Reply

auc June 12, 2013 at 10:31 am

basuh kereta tu je biasa buat, tu pun kalu rajin heheheh

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:18 pm

hahhaa…mmg basuh kalau rajin, kalau tak, p hantar kedai jer…hehehe

Reply

nazra June 12, 2013 at 11:19 am

orang malaysia ni banyak toksin dalam badan. sebab banyak makan, pastu takda banyak sukan. banyak dok dalam aircond, takda berpeluh. camna lah nk kurus. termasuk lah cheq tu. tp sek baik cheq metabolisme tinggi, nk gemuk pun susah hehehehhehe.

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:18 pm

betul jugak tu nazra..makanan segera byk rosakkan manusia…

untunglah metabolisma nazra tinggi, leh makan byk2…hehe

Reply

fyna June 12, 2013 at 11:24 am

yang no 2 tue mmg tak. hehehe. yang lain2 tue ye. sebab aktiviti harian kita je dah boleh membantu kita untuk membakar kalori kan. kalau malas, makan je, duk tgk tv je mmg tak terbakar lah kalori tue.

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:16 pm

hehe..betul tu..kalau bergerak banyak, banyaklah kaloru yg kena bakar

Reply

cikgu naman June 12, 2013 at 3:59 pm

patutlah badan bro hafiz slim je..hehe

bab air masak tu memang sangat penting bukan saja untuk kuruskan badan kan..

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:14 pm

hahahaha…slimlah sangat ambe ni..haha

Reply

chii June 12, 2013 at 4:50 pm

chii slalu main kejar2 satu umah ngn budak2 kecik je selain mengemas dan melakukan keje2 umah…fuhh..mmg rasanya byk kalori da terbakar

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:13 pm

oooo…mesti slim :P

Reply

ajumohit June 12, 2013 at 8:04 pm

mudah je nak bajar lemak kan, terpulang pada kita nak lakukannya ;)

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:12 pm

betul tu aju..tinggal rajin atau tak rajin

Reply

titan June 12, 2013 at 10:34 pm

hoho..terbaiklah.

Reply

hafizmd June 14, 2013 at 11:12 pm

hehehe…thanks bro

Reply

Denaihati June 16, 2013 at 10:37 pm

orang pompuan mesti suka baca ni, shopping pun boleh bakar banyak kalori. lagi berat troli lagi bagus

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:30 am

hohoho…bagus jugak utk suami…hhehehe

Reply

cheq eem June 17, 2013 at 3:31 pm

orang prmpn selalu bakar kalori masa mengemas rumah, mop lantai, masak, lap2 habuk lah… heheh…. tapi tak kurus pon.. janji dpt keluarkan peluh kan..

Reply

hafizmd June 18, 2013 at 9:22 am

hehe..sbb lepas tu, masak sodap2…makan byk2…hehehe

tp tak kisahlah, sbb seorang isteri/ibu mmg terbaik!

Reply

arigetas August 3, 2015 at 10:15 pm

Yup. setuju saya.. Bermain badminton, bakar kalori banyak banyak.. langsinglah perut saya.. hahahha

Salam kenal.. :)

Reply

Leave a Comment

{ 5 trackbacks }