Payah Sangat Nak Kuruskan Badan? Mai Baca 5 Cara Mudah Bakar 200 Kalori!

cara mudah bakar kalori kuruskan badan

Assalamua’laikum.

Payah sangat nak kasi kurang berat badan? Mai baca 5 cara mudah bakar 200 kalori! Memang payah kalau kita tak tahu cara betul nak bakar kalori. Lagi payah bila kita mula ‘membela rasa malas’ dalam diri. Bukan anda saja yang malas, ramai lagi yang tak berapa rajin. Mungkin tak tahu cara mudah nak bakar kalori. Lagi banyak kalori dibakar, lagi banyak lemak akan hilang. Jadi, makin cepat kita kurus dan kuranglah berat badan kita.

5 Cara Mudah Bakar 200 Kalori

1. Main badminton. Iya, main badminton 40 minit boleh bakar lebih kurang 200 kalori. Ajaklah sesapa main badminton. Tak reti main badminton? Hentam sajalah main sapu rumah 40 minit tanpa henti! (Dengar kata, Geng Blogger ada nak buat friendly badminton? Betul ke?)

2. Cat rumah. Patutlah tukang cat rumah kurus-kurus jer. Rupanya tangan kita yang rolling batang cat tu mampu bakar 204 kalori sejam! Apa kata, pakat cat rumah, lagipun raya dah nak dekat. Tak cukup rumah sendiri, rumah ambe pun boleh! hehehe

cara mudah bakar kalori kuruskan badan3. Pergi pasar. Rupanya mereka yang suka shopping tu senang-senang jer boleh bakar dalam 200 kalori sejam. Macam mana nak bakar kalori masa shopping? Sila parking kereta jauh-jauh. Kemudian ambil troli. Tolak troli (nak lagi best, letak bapak anak kecil dalam troli untuk tambah berat). Pusing-pusing dalam pasar sebelum beli barang. Letak barang, ambil barang. Tolak troli yang penuh ke kereta yang jauh. Masukkan barang-barang dalam kereta. Rehat sekejap dalam kereta. Minum air masak banyak-banyak. Bakar lebih 200 kalori tu! Jadi, bersyukurlah bila isteri ajak teman p shopping, ada hikmahnya! hehehee

4. Berkebun. Cabut rumput/potong rumput selama 25 minit boleh bakar 127 kalori.Dah siap potong rumput, tanah dah cantik, tanam benih baru. Yang ni boleh bakar lagi 77 kalori jika kita buat dalam 15 minit. Senangkan nak bakar 204 kalori?

5. Basuh kereta. Basuh kereta selama 40 minit boleh bakar 204 kalori. Ketuk-ketuk karpet dalam kereta. Wax kereta bior berkilat. Nak lagi bagus, ajak sekali anak isteri basuh kereta sekali. Sama-sama pakat bakar kalori. Takde kereta? P basuh kereta jiran anda! hehehe

Amacam? Senangkan nak bakar kalori? Senang saja nak kurangkan berat badan ni jika kita tahu cara yang betul dan berkesan. Cuma nak kena kekal konsisten dan banyakkan minum air masak. Kurangkan minum air manis tu. Baru cepat turun berat badan. InshaAllah.

@hafizmd – Payah Sangat Nak Kuruskan Badan? Mai Baca 5 Cara Mudah Bakar 200 Kalori! Memang kena minum air masak banyak-banyak (4L lebih sehari untuk boostkan metabolisma).