Teknik Kuruskan Jari & Kuruskan Badan Sepanjang Zaman

cara petua kuruskan jari rehatkan minda

Assalamua’laikum.

Teknik Kuruskan Jari & Kuruskan Badan Sepanjang Zaman. Teknik kuruskan badan yang jarang disedari dan dihujung entri nanti teknik kuruskan jari yang mungkin pernah dan sedang anda lakukan. Teknik kuruskan badan yang nak dikongsikan ni percuma, mudah dan ada yang berisiko tinggi dan ada yang tak boleh dilakukan tanpa pengawasan penjaga!

Cara nak kuruskan badan berkesan mudah tanpa ubat

Memang tak perlu pakai ubat apa-apapun. Tak perlu susu (tapi kalau nak minum, bagus juga). Caranya mudah saja iaitu dengan buatkan korang rasa berdebar-debar!

Betul ke ni? Betul. Cuba tengok perangai manusia di bawah untuk faham teknik ni;

  1. Manusia yang sodang dilamun cinta! Makan tak konyang, tidur tak berapo nak basoh. Lagu mano nak gemuk? Dilamun cinto, eleh…takkan korang tak tahu. Tipulah Haaa…tengok, ambe baru cakap sikit, dah mulo senyum sorang-sorang. Dalam hati ado tamanlah tu! Berdebor hati tiap kali bermesej. Padahal mesej tanya pasal dah makan ke belum jer pun….kan? Itu pun dah angau 4 malam! Maunya tak kurus? Makan meggi pun raso pizza!
  2. Manusia yang sedang resah jiwanya. Ini serius. Ada yang jadi murung atas sebab tertentu. Bila murung, apa pun tak lalu nak buat. Betul tak? Berapa ramai yang kita tengok susut/kurang berat badannya sebab murung. Yang ni, ambe memang tak rekomen.
  3. Manusia yang mudah ‘terpesona’ dengan awek-awek bertudung yang comel. Iya. Bila mato sudah memandang mahupun terpandang, dado jadi sebak, jadi lomah! Jantung berdegup kencang macam baru lepas lari pecut 100 meter lawan Usain Bolt. Yang ni pun ambe tak rekomen demi menjaga iman masing-masing 😛
  4. Manusia yang sudah beristeri. Ambe tahu, pasti ada yang cakap ia berlawanan dengan situasi sebonar. Memanglah jang. Sebelum kahwin, perut rata jer. Lepas kahwin, perut dah ada ‘airbag’. Tapi, itu luaran jer tuh. Setiap kali suami tengok isterinya dengan penuh kasih sayang, jantung suami mesti berdegup lebih kencang dari biasa. Mata mengecil mengembang tak tentu hala. Nafas lebih kencang macam jugak baru lepas baru regangan nak main bola. Eh, malas nak sambung ayat berikutnya…wohaaa!

Itu barulah teknik kuruskan badan sepanjang zaman yang pastinya pernah korang buat masa muda-muda dulu. Mana-mana yang masih muda, korang mesti tengah senyum sorang-sorang. Ingat,ada teknik yang patut kita halang, sebab kuruskan iman dengan sengaja memang dilarang!

Kalau nak tahu lagi cara senaman kardiovaskular (lajukan detak jantung dan tingkatkan metabolisma badan), boleh rujuk panduan di bawah;

Cara Nak Bakar Lemak dengan Pantas dan Berkesan

Akhir sekali, inilah teknik kuruskan jari jemari. Bukan setakat jari, malah boleh jugak bakar kalori tanpa kita sedari. Inilah dia…..

cara mudah bakar kalori kuruskan badan

@hafizmd – Teknik Kuruskan Jari & Kuruskan Badan Sepanjang Zaman. Gian woo nak main ping pong. Dapat pegang bat ping pong yang ni pun jadilah.