Nak Kuruskan Badan? Kacang Hitam Super Bantu Kurangkan Berat Badan

khasiat kacang hitam kuruskan badan kempiskan perut tanpa ubat

Assalamua’laikum.

Nak Kuruskan Badan? Kacang Hitam Super Kurangkan Berat Badan. Kita kalau bab makan, memang tak pernah tolak. Kata orang, ‘rezki jangan ditolak, musuh jangan dicari.” Oleh sebab tu jugalah, kita selalu gagal dalam misi kuruskan badan, kurangkan berat dan kempiskan perut sendiri. Ambe bukan kata kat orang lain, tapi kata pada diri sendiri. Nak kuruskan badan bukan senang, tapi tak mustahil jika kita tahu petua yang betul untuk kurangkan berat badan. Jom ambe kongsikan kebaikan kacang hitam.

Nilai Nutrisi Kacang Hitam

Dapatkan Panduan Rahsia Teknik Bakar Lemak Dengan Pantas

khasiat kacang hitam kuruskan badan Kenapa ambe tulis, kacang hitam super? Dalam banyak-banyak sumber makanan, kacang hitam (sejenis kekacang) adalah satu gabungan hebat protein & fiber. Ibarat lebih kurang bila Kapten Monkey D. Luffy bergabung dengan Roronoa Zoro dalam anime, One Piece.

Tengok saja nilai peratus keperluan harian yang mampu kita dapat bila kita makan secawan kacang hitam yang dimasak. Prestasinya cukup cemerlang!

khasiat kacang hitam kuruskan badan

Khasiat kacang hitam dalam membantu kuruskan badan

  • Kandungan protein + fiber yang cukup super dalam satu hidangan membekalkan kita dengan sumber yang baik. Tak perlu susah payah makan macam-macam pil vitamin untuk mendapatkan bekalan protein dan fiber dalam satu suapan.
  • Kacang hitam ni juga sumber protein yang lebih baik berbanding daging merah!
  • Secawan hidangannya = 15 gram fiber (dah lebih separuh keperluan harian kita) & 15 gram protein (1/3 keperluan harian dan hampir sama dengan 60 gram daging ayam).
  • Fiber + protein yang tinggi mampu buatkan kita kenyang dengan cara yang lebih betul. Dah kenyang, takkan nak makan lagi, kan?

Apalagi khasiat lain makanan super, kacang hitam ni?

  • Membantu merendahkan risiko kanser kolon (usus besar).
  • Mencegah penyakit diabetes jenis 2.
  • Membantu dalam sistem kardiovaskular – Merendahkah tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan risiko sakit jantung koronari dan serangan sakit jantung.
  • Dipercayai membantu dalam kanser payudara dan kanser hati.

Cukup menarik. Memang benarlah, andai kita bijak memilih makanan, tak mustahil untuk lebih sihat dan semestinya tampil lebih kurus selepas berjaya kurangkan berat badan. Dengan prestasi khasiat kacang soya hitam yang super hebat ni, tak mustahil untuk kita mencegah beberapa penyakit serius seperti sakit jantung, kencing manis dan kanser usus besar. InshaAllah.

Dapatkan Panduan Rahsia Teknik Bakar Lemak Dengan Pantas

@hafizmd – Nak Kuruskan Badan? Kacang Hitam Super Kurangkan Berat Badan. Kacang hitam ni juga terkenal dengan nama “Kacang Penyu