3 Blog Pilihan Ranking Alexa Cun!

Assalamua’laikum.

3 Blog Pilihan Ranking Alexa Cun! 3 blog yang bakal ambe kongsikan ni adalah antara blog yang menjadi sumber motivasi dan antara blog terawal yang ambe kenal dalam lapangan blogging. 3 blog ni juga telah menunjukkan keupayaan masing-masing dengan niche yang berbeza. Bagi ambe mereka antara bukti blogger terbaik yang pernah ambe kenal di alam maya!

Oh! Alexa

Malam tadi sempat ambe baca ‘keluhan’ seorang rakan blogger kita tentang ranking Alexa salah satu blognya yang makin ‘gemuk’ tapi sebenarnya taklah ‘gemuk’ mana. Ambe yakin, blogger ni memang ada sasaran tersendiri untuk setiap blognya. Rupanya banyak juga kelebihan yang kita dapat jika ranking Alexa kita cun! Nanti ambe kongsikan link blog kawan kita ni. Kita cerita pasal 3 blog pilihan ambe dulu.

#1 Blog Tehramuan.com

blog cikgu pantun terbaik

  • Kalau anda biasa ke sana, pasti dah tahu niche unik blog ni. Entri blognya cukup-cukup unik. Berbekalkan senjata klasik tapi cukup menikam jiwa. Apa lagi kalau bukan PANTUN.
  • Tak perlu entri gosip artis mahupun entri politik melampau, ambe tengok dari dulu lagi, blog Cikgu Tehramuan mampu berdiri bergaya dengan cukup unik.

#2 Blog Akubiomed.com

blog akubiomed blog gadget

  • Ramai dah kenal dengan jenama ‘Abang Koning’. Sebut saja ‘abang koning’, dah pasti blog Bro Akubiomed.
  • Nyata tindakan beliau untuk keluar aktif dalam komuniti blogger menjadikan siapa beliau sekarang.
  • Pernah jumpa sekali dengan beliau di Majlis #SBB2013. Memang tinggi lampai orangnya, macam model =)

#3 Blog Wanwidget.com

  • Antara paling menarik tentang Bro Juan bila beliau beli plugin Seopressor untuk optimize SEO blog beliau. Cukup terbaik!
  • Entri beliau sentiasa segar dengan isu semasa. Ruang komen entrinya cukup menarik untuk dijadikan laman bersembang dan meluah idea tanpa rasa segan.

Pages Indexed in Google

  • Ranking Alexa 3 blog ni sudah mencapai ranking yang cukup cun. Bawah 100k. Yang menariknya ialah entri-entri mereka. “King is content”
  • Pages indexed in Google untuk blog mereka juga begitu cun dan pasti lebih super selepas ni. Ambe belum capai angka seribu pun lagi.

Seperti dijanjikan, sila baca entri kawan kita ni tentang kebaikan ranking Alexa yang ‘tak terkalah’ <– Ayat ni mengingatkan anda pada siapa?

Ini antara blog yang sempat ambe pilih. Banyak lagi blog terbaik termasuk blog anda sendiri. Apa tunggu lagi, sila terjah 3 blog pilihan ambe ni. Mana tau, ada sesuatu yang anda cari, bakal dijumpai di sana nanti.

@hafizmd – 3 Blog Pilihan Ranking Alexa Cun! 3 blogger lelaki, mereka sah tak cun, tapi hensem!