Tau Fu Fah Greenwood Super Sedap!

Assalamua’laikum.

Tau Fu Fah Greenwood Super Sedap! Ambe tak pasti, berapa ramai yang kenal apa itu tau fu fah. Yang pasti, ambe memang suka bebenor dengan tau fu fah ni. Apa yang anda bayang tentang makanan ‘tau fu fah’? Apakah macam kuew tiew? Macam tauhu? Atau macam mana? Untuk entri santai hari Ahad, ambe persembahkan tau fu fah Greenwood yang memang super sedap! Apa resepi taufufah sedap yer?

Oh! Tau fu fah

Dapatkan Resepi Taufufah Sedap

resepi taufufah gula melaka sedap mudah murah

Tau fu fah ni gabungan beberapa bahan antaranya kacang soya, tepung jagung dan perisa yang ambe suka iaitu air gula merah. Ambe tau, macam-macam perasa dan rasa yang boleh dicipta untuk tau fu fah. Ada tau fu fah jagung, taufufah jelly strawberi dan macam-macam rasa lagi. Kalau nak resepi asas tau fu fah, boleh baca resepi tau fuh fah sedap di sini –> Resepi tau fu fah sedap & mudah

Ok. Entri ni jugak ambe tujukan khas buat kawan blogger kita, Bro Yusri mungkin masih tertanya-tanya apa itu tau fu fah. Ambe rasalah, kalau bro Yusri rasa sekali, pasti nak lagi dan lagi. Mungkin juga boleh mengigau di siang hari terbayangkan kegebuan dan kelembutan teksturnya. Jangan salahkan ambe jika ada yang sukar tidur malam selepas menikmati kesedapan super power tau fu fah ni.

Dapatkan Pelbagai Resepi Taufufah Sedap

@hafizmd – Tau Fu Fah Greenwood Super Sedap! Kalau ada yang nak cuba tau fu fah Greenwood (Gombak), sila ke pasar pagi hari Ahad. Cuba sendiri kegebuannya!