Menang RM100.00 Dari Giveaway Hairulazni.my

Assalamua’laikum.

Menang RM100.00 Dari Giveaway Hairulazni.my. Ok. Ambe ulang ayat keramat ni, “ambe belum menang.” Ambe tau, ramai yang keliru dengan tajuk GA bro Hairulazni ni. Takpe, tajuk mesti positif. Giveaway antara kontest ringkas yang semakin glamer sekarang. Ambe bukanlah kaki kontest, jauh sekali kaki dvd *tetiba*. Jadi, bila ambe masuk GA bro Hairulazni, ambe nak juga tengok beberapa perkara.

Kebaikan Giveaway Hairulazni.my versi Alexa

  • Semua orang tahu, malah mungkin jiran ambe juga tahu. Bila makin ramai yang masuk GA macam ni, blog kita akan lebih kelihatan super hensem di mata enjin carian terutama Google. Orang blog panggil ‘backlink’.
  • Lebih super hensem bila blogger yang masuk tu blogger wanted macam blogger INI dan INI. Kenapa? Sudah pasti sebab limpahan jus PR mereka dan traffik mereka yang meroket!
  • Pasti juga di mata Alexa, profile blog penganjur akan kelihatan lebih bergaya. Cuba bandingkan profile blog kita dengan profile blog Denaihati.com (sebagai contoh). Tak jeles ke? Tak? Tak jeles, sudahlah…hehehe
  • Ada yang kata, lebih banyak review, ranking Alexa blog kita juga akan cepat mengecil angkanya. Ini yang ambe nak perhatikan. Sekarang, ranking Alexa blog Hairulazni.my ialah 437,976 dan 1,849 (Malaysia). Kita tengok, betul ke teori ni?
  • Ini juga bukti blogger Hairulazni memang serius dalam bidang blogging. Walaupun Bro Hairul kata modal ciput, bagi ambe RM50 sudah cukup besar. Kalah nilai komisen jual sebuah ebook!

Apa pula kebaikan buat peserta Giveaway Alexa?

  • Ambe kira, kontest ala-ala review antara yang paling “sukar” mendapat sambutan jika tak kena gaya. Macam-macam kita beri alasan. Tak pandai nak buat review dan lain-lain.
  • Bagi ambe, kalau tak pandai, kenalah asah. Belakang parang diasah lagi tajam, inikan pula bakat terpendam korang dalam bidang penulisan. Tak cuba tak tahu, dah cuba baru tahu!
  • Anda akan di’cop’ sebagai blogger yang suka review. Mana tau, ada pengiklan yang tengah perhatikan prestasi blog anda. Tak mustahil, kan?

Tak dapat rebut semua, dapat rebut satu peluang pun sudah memadai. Untuk sahut cabaran review ni, anda ada masa lebih kurang 8 jam untuk turut serta memeriahkan GA ini. Klik saja link giveaway ini –> Menang RM100 Dari Giveaway Hairulazni.my

*Review Alexa ambe untuk blog Hairulazni.my masih belum menampakkan tanda-tanda untuk diluluskan*

@hafizmd – Menang RM100.00 Dari Giveaway Hairulazni.my. Apa tunggu lagi? Cepatlah tulis…hehehe

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.