Lelaki Super Mesti Solat Jumaat!
Assalamua’laikum.
Lelaki Super Mesti Solat Jumaat! Hari Jumaat, penghulu segala hari. Banyak keistimewaan dan kelebihan yang Allah kurniakan pada hari Jumaat. Antaranya ialah kewajipan (fardhu ain) solat Jumaat kepada muslim lelaki. Jom kita ulangkaji beberapa perkara penting tentang solat Jumaat antaranya syarat wajib solat Jumaat, syarat sah Jumaat dan fardhu Jumaat serta perkara sunat yang seorang lelaki super patut lakukan setiap hari malam Jumaat.
1. 7 Syarat wajib solat Jumaat
- Islam
- Baligh (jangan nak ngelat yer)
- Berakal
- Merdeka (hamba tak wajib solat Jumaat)
- Lelaki (perempuan dan khunsa tak wajib)
- Sihat (orang sakit dimaafkan)
- Bermastautin (tetap kediamannya)
2. 4 syarat sah Jumaat
- Hendaklah didirikan dalam sebuah kampung/bandar
- Cukup 40 orang termasuk Imam, mulai awal khutbah hingga selesai solat Jumaat – Pasti ada kelebihan buat 40 orang pertama. Betul tak?
- Didirikan solat Jumaat dalam waktu Zohor.
- Tidak berlaku 2 solat Jumaat dalam satu kawasan – Sedih sekali, kampung ambe sudah berpuluh tahun ada 2 Jumaat dalam satu kampung.
3. 10 perkara sunat yang patut dilakukan pada hari Jumaat
- Mandi bagi kita yang nak tunaikan solat Jumaat.
- Potong kuku, rambut jika panjang, cabut bulu ketiak, gunting misai dan cukur bulu ari-ari – Dah buat belum?
- Pakai minyak wangi dan pakaian yang bersih – “Butang baju abang mana Pah?” Tetiba ingat dialog ni.
- Sunat untuk diam masa khatib baca khutbah – Kalau dah baligh pun masih bising, rendam dalam kolah masjid!
- Makruh langkah tengkuk/bahu orang semata-mata nak ke saf depan – Nak jugak pergi? Pandai-pandailah minta laluan secara sopan.
- Sunat baca surah al-Kahfi dan Yaasin pada siang dan malam Jumaat.
- Banyakkan berdoa siang dan malam.
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah.
- Sunat kita perbanyakkan amalan sedekah.
- Perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
- Dirikan solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun khatib sedang baca khutbah. Solat sunat Tahiyatul Masjid mendahului solat sunat sebelum solat Jumaat.
5. Apa nak buat jika lewat sampai untuk solat Jumaat?
- Jika kita sempat satu rakaat bersama Imam, maka sah solat Jumaat kita – Maksudnya, kita hanya perlu tambah satu rakaat lagi.
- Jika kita sampai, Imam sudah dalam tahiyat akhir, maka kita mestilah niat solat Jumaat tapi melaksanakan solat zohor 4 rakaat.
Maka, sama-sama kita rebut peluang yang Allah berikan untuk kita. Andai kita boleh datang awal ke ceramah politik, kenapa tidak datang awal juga ke masjid untuk solat Jumaat?
*Lepas solat Jumaat, pekena cendol dulu semangkuk…fuh!*
@hafizmd – Lelaki super mesti solat Jumaat & beramal dengan kelebihan hari Jumaat! Dah baca kisah pemuda yang tidur 309 tahun? Jom baca di entri ini –> Kisah Pemuda Ashabul Kahfi
mesti buat kalu tak rugi bukan susah pun dpt pahal lagi bila solat kita ikut imam
Nak buat baik ni susah walau hakikatnya mudah kecuali kepada orang yang beriman 🙂
@IF, nak buat jahat mmg senang…
Ganjaran berjemaah pun berlipat kali ganda
jadi jangan cuba tinggalkannya
ha ini kalau lupa cpt2 notekan kt favorites bar heee
betul tu, kena ingat selalu
selamat menunaikan solat jumaat ya
alhamdulillah…hari ni dah hari sabtu
seminggu sekali je kan..kalo malas jugak tkthu lah..huhu
Ada jugak yg malas mrs fiza…pelik jugak tuh
ada benda melekat kat ats kepala dah kena hasut syaitan tu
haa..sape tak gi tadiii..baik ngaku..
Hehehe… Siapa la kan yang tak pegi tu 🙂
@IF, tak yah ngakulah, jgn lupe pergi minggu depan…hehe
@titan, sape sape? hoho
terima kasih tuan…perkongsian yang menarik
Kalau cukup syarat tidak sepatutnya berlaku. 🙂
Betul tu, tp ada jugak yg tak pergi
wahai lelaki jgn coba buat malu kalau tak der sebab2 tertentu huu..
Pendek kata, selamat beramal 🙂
Panjng kata, selamat beramal juga…hehe
Sembahyang kalau tak nak kena bakar hidup – hidup
hohoho…itulah kesannya
masa aku budak2 dulu
selalu gak tengok ada seorang mak aji turut sama solat jumaat
hehe..bukan tak boleh, cuma tak wajib…
boleh tak salah cuma tak di galakkan heee…buat tak mengapa tak der sapa naik hantu punya
suka ayat ni bro “Andai kita boleh datang awal ke ceramah politik, kenapa tidak datang awal juga ke masjid untuk solat Jumaat?”…ingat memperingati tanggujaawb bersama.
Sama2 kita peringat diri sendri =)
ada majikan cuma benarkan pergi solat jumaat 1 kali setiap 2 minggu…ada jugak yang langsung tak bagi keluar…macam mana tu boh?
Solat adalah wajib, tapi manusia malah mengabaikannya.
jangan tertipi mesti wajib buat
Alhamdulillah, mudah2an ramai lelaki super di luar sana..
ada cuma ramai diam2 ubi
Perkara sunat yang biasa saya lakukan adalah potong kuku..yang lain akan diusahakan..terima kasih kongsikan..
pakai minyak wangi skit2 heee
kita sering kata buat itu maka wajib jadi jangan buat bayk soalan
selamat menunaikan solat ya
yang penting jangan tidur or bercakap masa khatib baca khutbah
itu paling penting..kalau tak, sia2lah pahala jumaat =)
Senang cerita la,
Orang lelaki yang ada dua biji telur WAJIB pergi solat jumaat.
Bukan itu saja, setiap solat fardhu MESTI tunaikan. 🙂
WAJIB jadi imam.
Pedas tapi tepat!
hehe