10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi’

Assalamua’laikum.

10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi’.Β Alhamdulillah. Ambe ditunjukkan jalan olehNYA untuk berada berada dalam geng blogger yang rata-rata bagi ambe, cukup ramah, beretika dan paling utama kenal batas blogging dengan baik. Kali ni, ambe bakal tunjukkan 10 blog Melayu terbaik di Malaysia dalam edisi ‘tepung kena ragi.’ Pernah dengar tak peribahasa ‘tepung kena ragi?”

10 Blog Melayu Malaysia Terbaik

1. Blog Yusri.Entri santai berisi. Cuba baca entri terkini Bro Yusri tentang ‘Disebalik kejadian Nabi Adam.’ Mengingatkan kita tentang amanah kita sebagai khalifah bumi.

2. Blog Suri. ‘Doktor Cinta.’ Mungkin ini antara yang sesuai ambe tulis untuk Suri. Entrinya pasti ada soal hati dan cinta. Paling best, jawapan bagi setiap soalan pasti disandarkan padaNYA. Barulah best!

3. Blog Ahmad Faizal. Sisi utama blog ni pastinya tentang cara buat duit, tapi ambe melihat blog dan pemilik blog ni lebih dari itu. Banyak entrinya mendidik pembaca bagaimana nak berjaya dalam apa jua bidang. Betul tak?

4. Blog Hafizul. Blog penuh cerita menarik untuk disembangkan. Tengok saja potensi yang ditunjukkan Bro Hafizul dalam masa 6 bulan kebelakangan ni. Dia berusaha dan semakin berjaya. Ambe tahu, dia tahu apa yang dia nak.

5. Blog Fiezaradzi. Blog santai berinformasi. Paling menarik pasti perkongsian tentang review buku dan tips keluarga. Moga impian memiliki kedai buku sendiri bakal menjadi kenyataan. Ameen.

6. Blog Hairulafiz. Jika anda peminat pasukan Johor DT. Inilah tempat paling menarik untuk berkongsi minat. Ambe lihat, blog ni juga antara blog yang punya potensi besar. Kita tengok lagi 2 bulan. Pasti Alexanya makin cun!

7. Blog Akubiomed. Teknik penulisan dengan deretan gambar-gambar yang cukup menarik. Memang punya daya tarikan tersendiri. Memang tak kecewa setiap kali singgah di sini. Tak percaya? Cubalah singgah sekali, pasti ketagih!

8. Blog Datin Tyka. Nak tips terbaik cara kurangkan berat badan? Inilah antara blog yang wajib singgah. Dia sendiri sudah berjaya kurangkan berat badan dengan begitu berjaya. Nak tau macam mana? Kenalah singgah di sana!

9. Blog Denaihati. Apa lagi yang mampu ambe cerita tentang Sifu kita ni selain berbangga dengan setiap usaha yang diusahakan. Peluang cukup besar disediakannya untuk rakan blogger untuk sama-sama merasai manisnya hidup seorang blogger. Ruang sudah ada, tinggal nak rebut saja!

10. Blog Onlajer. Satu lagi blog yang berinformasi santai. Tak sampai sebulan, Alexa blognya sudah di bawah 200k. Apa lagi yang blog onlajer bakal tunjukkan tahun ni? Ambe yakin, pasti lebih menyengat terutamanya dalam kontest yang disertainya!

Fuh! Mencabar sungguh nak siapkan edisi ‘tepung kena ragi’ untul 10 blog Melayu terbaik Malaysia. Terima kasih kerana terus sokong penulisan dan sentiasa tinggalkan respons menarik di setiap entri.

Apa maksud ‘tepung kena ragi?’ Maksudnya ialah suatu pertemuan yang sangat mesra. Jadi teramat sesuai dengan ukhwah yang dibina dalam arena blogging ni? Betul tak?

@hafizmd – 10 Blog Melayu Terbaik Edisi ‘Tepung Kena Ragi.’ InshaAllah 10 blog di atas akan direview di Alexa sebagai tanda terima kasih ambe pada anda semua.