Belum Cukup 5 Entri Affiliate tapi…

Assalamua’laikum.

Belum cukup 5 entri buat duit dengan affiliate yang ambe tulis, alhamdulillah dah mula nampak hasilnya. Tak banyak, tapi cukup untuk belanja my gwiyomi, kakak dan adik makan cendol Acu Sup Utara. Kalau terlajak ke Banting, boleh lagi belanja ketua cendol sedunia, semangkuk dua cendol, mangkuk ketiga bayar sendiri…hehehe. Serius,Β  untuk dapatkan hasilnya, bukan setakat tulis pagi tadi petang dah dapat duit. Tak semudah tu, tapi….

Rahsia mudah buat duit dengan blog?

Titan rasanya dah naik sengal jari-jemari dia yang tak terkalah tu duk cerita pasal cara nak buat duit dengan blog. Tak cukup dia tulis, dia merepek lagi di Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 hari tu. Dia pesan kat hangpa dan kita semua, lebih kurang begini;

Buat 5 entri untuk 1 affiliate kalau nak merasa duit online

Kenapa 5? Malas ambe nak tulis balik. Gi baca kat sini (baca habis dulu entri ambe ni…hahaha) –> Kenapa mesti 5 artikel?

Ambe tak pasti tentang teknik lain, tapi kalau anda ada blog (tak kira pakai platform apa samada blogspot atau selfhosting wordpress atau platform lain) jalan untuk buat duit dengan affiliate memang kena tulis entri. Berapa banyak nak tulis, terpulang. Kalau guna platform selfhosting, memang peluangnya lebih cerah. Betul, tak tipu punya =)

buat duit online dengan affiliate

Kadang-kadang tak perlu sampai 5 entri untuk 1 affiliate kalau 1 entri tu cukup rempah, cukup garam cukup segala bagainya. Ingat tu, ambe tulis kadang-kadang, bukan selalu. Lagi bagus, kalau anda pandai bab-bab nak tackle pakcik google tu. Tahu sikit-sikit bab cara nak buat entri SEO. Kalau tahu banyak, lagilah bagus. Boleh dapat komisen berganda macam blogger INI dan INI. Ambe agak lomah bab-bab tu. Malas tak habis-habis.

Jadi, mulakan langkah anda sekarang. Cuba karang dulu 1 entri untuk 1 affiliate. Tak reti? Mustahil. Hentam sajalah. Kalau tak mula tulis 1 entri, macam mana nak dapat 2 entri dan mana nak dapat hasil dari affiliate, kan? Nak makan laksa Penang pun kena nganga dulu, baru masuk laksanya. Dok gitu?

@hafizmd – Belum Cukup 5 Entri Affiliate tapi… duit ni masuk masa ambe tengah bercuti kat kampung…bestnya kalau tiap-tiap hari masuk 4-5 sales camni….oh! indahnya……