Seloka Edisi Mei:Top 10 Blogger Pilihan

Assalamua’laikum.

Seloka Edisi Mei:Top 10 Blogger Pilihan. Balik kampung seronok berjalan, sampai terlambat seloka untuk kawan. Bukan ambe lupa jasa korang, singgah sini bila ada masa lapang. Ambe baru saja pulang, bawa anak isteri pusing-pusing kat Pahang. Saja berseloka nak tambah mood yang macam kurang, mana tahu dapat lagi tulis entri berkajang-kajang. Terima kasih daun semambu, jangan lupa datang lagi selalu =)

Top 10 blogger pilihan bulan Mei

Semangat waja berhati setia
Datin Tyka ditempat pertama

Pandai menjahit doktor cinta
No 2 disambar Suri cahayacinta

Semangat blogging tak pernah padam
No 3 Blogger Hafizul ayatnya tajam menikam

Cuti sekolah sudahlah tamat
Cikgu Tehramuan di tempat ke-4

Buat duit semakin tersohor
No 5 Blogger Hafiz dari Johor

Cendol Ain Maisarah Maikel tagline dia
Ce teka ce teka siapa dia

Ratu affiliate rajin memasak
No 7 Cik Tom sempat mengelak

Semakin segak mencari wang
No 8 Blogger Akubiomed dari Rawang

Balik SBBdB semakin hebat
Blogger Khairul Zamri sempat melekat

Walau terakhir dalam senarai ni
No 1 di hati my gwiyomi Fiezaradzi

Sekian dulu seloka ambe buat buat kawan-kawan. Terima kasih sebesor stadium Old Trafford ambe ucapkan. Jangan serik jangan segan singgah sini tulis komen. Sekejap jer lagi dah nak masuk hari Isnin.

Berkawan bersahabat lahir dari hati, jom sama-sama terbang tinggi!

blog melayu boleh terbaik 2013

@hafizmd – Seloka Edisi Mei:Top 10 Blogger Pilihan. Memang best blogging ni kan?