Oh! Laksa Penang Style dan Teh Ais Kak Pah

Assalamua’laikum.

Oh! Laksa Penang Style dan Teh Ais Kak Pah. Bersiaran dari kampung my gwiyomi kali ni. Ambe sefamili baru sampai kampung. Nama kampung my gwiyomi ni, Kg. Sg.Sintok dalam Parlimen Permatang Pauh. Sapa-sapa yang biasa mai pekena mee udang Sungai Dua, mungkin ada nampak papan tanda Kampung Sg. Sintok. ย Aman, tenang, menghijau dengan sawah bendang. Memang cukup menyegorkan!ย 

Cuti-cuti Malaysia 2013

Macam biasa, asal balik kampung my gwiyomi, antara aktiviti wajib pekena laksa Penang style dan teh ais Kak Pah Desa Murni. terbaik dalam Malaysia. Petang ni p pekena sepinggan dua. Tu diaaa, layan tak sedaq dah sapa lalu.

Biasanya, kami pekena laksa tang kedai dekat dengan traffic light pekan Permatang Pauh. Nak cerita kat hangpa semua, dia punya kuah laksa, fuhhhh..sedap….tak cayyaq sangat, tak pekat sangat. Memang ngam-ngam! Taruk pulak cabai potong, tu diaaaa, leleh woo! Belum pernah lagi ambe jumpa laksa sesedap ni di KL atau Selangor. Kat Banting?

Jadi, ambe dalam mood bercuti, jadi faham-faham sajalah blog pasti kurang dikemaskini dan jaranglah ambe lepak kat blog anda. Sebelum balik ke Gombak, ambe inshaAllah singgah bermalam di Cameron Highland. P tengok ladang strawberi sat, makan strawberi cicah coklat.

Akhir kata, anda wajib update blog masing-masing, nanti ambe singgah kasi komen sampai lebam…hehehe

@hafizmd –ย Oh! Laksa Penang Style dan Teh Ais Kak Pah. The best laksa in town!