Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini Berkualiti

Assalamua’laikum.

Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini Berkualiti. Bagi seseorang yang rabun jauh mahupun dekat, cermin mata boleh diibaratkan seperti pepatah ‘aur dengan tebing’ dan ‘isi dan kuku.’ Berpisah tiada. Ada yang pakai cermin mata hampir 24 jam. Hanya yang memakai cermin mata tahu betapa ‘tertekan’ dan terasa ‘kekurangan’ bila cermin mata rosak atau patah. Kedai cermin mata yang menawarkan reka bentuk bingkai terkini, berbaloi murah harga kantanya, tahan lasak dan berkualiti terus menjadi agenda utama. Namun, membeli cermin mata bukanlah semudah yang disangka. Serius, memilih cermin mata baru tanpa memakai cermin mata terkadang mengelirukan =)

Pilihan kedai bentuk cermin mata terkini dan murah

Pengalaman pertama ke kedai cermin mata EyeMag Culture di Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam hari Ahad lalu memang cukup menggembirakan. Andai anda seorang pemakai cermin mata, antara perkara yang kita selalu buat semasa survey untuk membeli cermin mata baru ialah;

  • bingkai/rekabentuk cermin mata yang terkini
  • layanan awal pembantu kedai cermin mata
  • pilihan kanta cermin mata
  • harga cermin mata samada berbaloi (murah atau mahal)

kedai cermin mata murah

Bagi saya, jika anda mencari keempat-empat ciri di atas, kedai cermin mata EyeMag Culture di Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam memang wajar menjadi antara tempat pertama yang wajib dikunjungi. Memang rasa amat santai dan rileks sewaktu memilih deretan bingkai cermin mata terkini. Satu yang saya amat pasti, walaupun cawangan Fokus Point ini tidaklah besar, tetapi pilihan bingkai cermin mata yang ditawarkan tak mengecewakan. Tengok saja antara gambar pilihan bingkai cermin mata yang ada.

kedai cermin mata murah terkini

bingkai cermin mata terkini 2013

Kalau diikutkan pengalaman saya ke kedai cermin mata untuk buat cermin mata sendiri mahupun sekadar temankan isteri, kedai cermin mata yang tidak terlalu besar biasanya menawarkan bingkai cermin mata yang outdated dan tidak banyak pilihan terkini. Namun, di EyeMag Culture cawangan Fokus Point di Bukit Rimau ni memang cukup puas hati.

Harga diskaun beli cermin mata baru

Menariknya, sekarang ada diskaun antara 30%-40% untuk sepasang cermin mata baru. Cermin mata hitam juga ada diskaun yang menarik. Kalau tak kerana saya ni rabun jauh, pasti dah sambar sepasang cermin mata hitam baru. Apakan daya, tak dapat bergaya dengan cermin mata hitam.

kedai cermin mata hitam murah
kedai cermin mata hitam murah

Tetapi, jika nak juga kanta hitam bagi mereka yang rabun jauh, kanta jenis photogray (bertukar menjadi hitam dibawah sinaran matahari) pasti cukup melegakan. Rasa redupnya pandangan bila musim panas seperti sekarang. Harga dan kualiti yang ditawarkan memang cukup terbaik. Memang kenalah sangat dengan moto kedai cermin mata Fokus Point, “No Fakes, Only Originals”

Kelebihan lain membeli cermin mata baru di EyeMag Culture di Aeon Big Bukit Rimau

Pengalaman selama 10 tahun pemilik kedai yang juga seorang Optician memang cukup terbaik. En. Yusrizal yang pada awal kariernya menimba pengalaman di England Optical selama hampir 6 tahun sebelum membuka cawangan Fokus Point sendiri di Bukit Rimau, Shah Alam iaitu EyeMag Culture Sdn. Bhd. Fokus Point ni adalah rangkaian kedai cermin mata terbesar di Malaysia. Kira memang jaguh sebenar =)

Paling menarik ialah selebriti terkenal juga pernah buat cermin mata baru dengan beliau. Antaranya ialah selebriti Sharifah Amani dan keluarganya. Boleh baca pengalaman menarik beliau di sini –> Selebriti buat cermin mata baru

Kanta lekap juga ada dijual di sini antaranya jenis Acuvue tu. Memang berbaloi untuk penggemar kanta lekap.

Ingat, jika anda berada berhampiran Shah Alam, rasanya memang tak rugi untuk berkunjung ke kedai cermin mata EyeMag Culture ni. Terus saja ke tingkat 1 Aeon Big Bukit Rimau tu. InshaAllah, puas hati dan pastinya cermin mata baru anda adalah berkualiti.

@hafizmd – Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini Berkualiti. Buat cermin mata baru ni, memang akan belanja dalam RM300 ke atas. Jadi, lebih baik kita ke kedai cermin mata yang memang nyata jaguh dalam bidang ni. Betul tak? “Alah beli, menang memakai”