Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini Berkualiti
Assalamua’laikum.
Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini Berkualiti. Bagi seseorang yang rabun jauh mahupun dekat, cermin mata boleh diibaratkan seperti pepatah ‘aur dengan tebing’ dan ‘isi dan kuku.’ Berpisah tiada. Ada yang pakai cermin mata hampir 24 jam. Hanya yang memakai cermin mata tahu betapa ‘tertekan’ dan terasa ‘kekurangan’ bila cermin mata rosak atau patah. Kedai cermin mata yang menawarkan reka bentuk bingkai terkini, berbaloi murah harga kantanya, tahan lasak dan berkualiti terus menjadi agenda utama. Namun, membeli cermin mata bukanlah semudah yang disangka. Serius, memilih cermin mata baru tanpa memakai cermin mata terkadang mengelirukan =)
Pilihan kedai bentuk cermin mata terkini dan murah
Pengalaman pertama ke kedai cermin mata EyeMag Culture di Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam hari Ahad lalu memang cukup menggembirakan. Andai anda seorang pemakai cermin mata, antara perkara yang kita selalu buat semasa survey untuk membeli cermin mata baru ialah;
- bingkai/rekabentuk cermin mata yang terkini
- layanan awal pembantu kedai cermin mata
- pilihan kanta cermin mata
- harga cermin mata samada berbaloi (murah atau mahal)
Bagi saya, jika anda mencari keempat-empat ciri di atas, kedai cermin mata EyeMag Culture di Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam memang wajar menjadi antara tempat pertama yang wajib dikunjungi. Memang rasa amat santai dan rileks sewaktu memilih deretan bingkai cermin mata terkini. Satu yang saya amat pasti, walaupun cawangan Fokus Point ini tidaklah besar, tetapi pilihan bingkai cermin mata yang ditawarkan tak mengecewakan. Tengok saja antara gambar pilihan bingkai cermin mata yang ada.
Kalau diikutkan pengalaman saya ke kedai cermin mata untuk buat cermin mata sendiri mahupun sekadar temankan isteri, kedai cermin mata yang tidak terlalu besar biasanya menawarkan bingkai cermin mata yang outdated dan tidak banyak pilihan terkini. Namun, di EyeMag Culture cawangan Fokus Point di Bukit Rimau ni memang cukup puas hati.
Harga diskaun beli cermin mata baru
Menariknya, sekarang ada diskaun antara 30%-40% untuk sepasang cermin mata baru. Cermin mata hitam juga ada diskaun yang menarik. Kalau tak kerana saya ni rabun jauh, pasti dah sambar sepasang cermin mata hitam baru. Apakan daya, tak dapat bergaya dengan cermin mata hitam.
Tetapi, jika nak juga kanta hitam bagi mereka yang rabun jauh, kanta jenis photogray (bertukar menjadi hitam dibawah sinaran matahari) pasti cukup melegakan. Rasa redupnya pandangan bila musim panas seperti sekarang. Harga dan kualiti yang ditawarkan memang cukup terbaik. Memang kenalah sangat dengan moto kedai cermin mata Fokus Point, “No Fakes, Only Originals”
Kelebihan lain membeli cermin mata baru di EyeMag Culture di Aeon Big Bukit Rimau
Pengalaman selama 10 tahun pemilik kedai yang juga seorang Optician memang cukup terbaik. En. Yusrizal yang pada awal kariernya menimba pengalaman di England Optical selama hampir 6 tahun sebelum membuka cawangan Fokus Point sendiri di Bukit Rimau, Shah Alam iaitu EyeMag Culture Sdn. Bhd. Fokus Point ni adalah rangkaian kedai cermin mata terbesar di Malaysia. Kira memang jaguh sebenar =)
Paling menarik ialah selebriti terkenal juga pernah buat cermin mata baru dengan beliau. Antaranya ialah selebriti Sharifah Amani dan keluarganya. Boleh baca pengalaman menarik beliau di sini –> Selebriti buat cermin mata baru
Kanta lekap juga ada dijual di sini antaranya jenis Acuvue tu. Memang berbaloi untuk penggemar kanta lekap.
Ingat, jika anda berada berhampiran Shah Alam, rasanya memang tak rugi untuk berkunjung ke kedai cermin mata EyeMag Culture ni. Terus saja ke tingkat 1 Aeon Big Bukit Rimau tu. InshaAllah, puas hati dan pastinya cermin mata baru anda adalah berkualiti.
@hafizmd – Oh! Cermin Mata:Kedai Cermin Mata Terkini Berkualiti. Buat cermin mata baru ni, memang akan belanja dalam RM300 ke atas. Jadi, lebih baik kita ke kedai cermin mata yang memang nyata jaguh dalam bidang ni. Betul tak? “Alah beli, menang memakai”
Canteeekkk lahh!! memng nak tukar spec sebab power makin bertambah, uhuk2 makin tua den..
canteklah wan…kalau dekat2 shah alam…gi kedai bro yus (blogger papamifz), mana tahu dapat lagi tambah diskaun…hehe
hehe..samalah kita, tp tua2 takpe maki hensem…hahahha
nasib baik perasan dah tua.. hahah
@DT…hahahaha..tua takpe, janji hensem…keh3
satu je gua nak tanya korang bersihkan cermin mata guna apa weh guna sabun ke atau just cuci dengan air
ambe guna pencuci yg diberi…namanya lens spray…ambe dapat masa buat spek dulu
kalau boleh elakkan guna sabun sebab akan menyebabkan kanta cermin mata cepat rosak , gunakan lens spray cleaner sudah memadai…:)
spek mata 3D ade jual x???
kihkih
maaf takdo lah…hehe
bro cermin mata hitam pun masih boleh dibuat power , so bro pun boleh pakai…namun bukan semua , bingkai yang terlalu besar ataupun terlalu curve tidak sesuai takut pening apabila dipakai…
ilmu baru…thanks bro..tp rasanya mmg pening..
jd yg jenis photogray mmg pilihan utama
betul…yang penting selesa sbb beli benda yang kita memang wajib pakai..
betul, janji selesa dan kena dgn harga
cantik dan kemas kedai PM…siap ada promotion tue mmg berbaloi2…
mmg berbaloi2 cik tom..silalah singgah
spek-spek gua masih ok. Jadi, tak nak beli yang baru.
kalau nak beli baru, sila gi kdai papa mifz
hal mata ni memang mesti pilih yang elok
alah membeli menang memakai
kan?
betul tu cikgu..alang2 beli..beli yg ok
selalu beli kat focus point. diorg pon dah tau detail pasal mata saya..and boleh guna bonuslink 🙂
bab bonuslink tu best.. 😛
sokong pendapat MK layanan puas hati juga
Kalau dekat memang akan buat cermin mata di Papa Mifz.
jauh carilah mana2 kedai yang berhampiran
@suri, mana yg senang dan berbaloi
@AB, mana tahu, kalau terlajak..2 in 1
yang ada skrg ok dri yg seblum2nya sb masa mula2 pakai mmg tak amik tahu dh skrg 3 cermin mata tahu skit2 nak pilih cam ner heee
haaa…kat kedai ni, yg bestnya pekerja dia siap tolong pilihkan mana cermin mata yg sesuai dgn rupabentuk wajah kita..hehe
review berbayar ke bro..cukup cantik dia punya penjelasan
taklah…
entri ni khas utk blogger papa mifz atas menghargai hadiah kemenangan dr papa mifz
ambe belum pandai buat review lagi,hihi
sapa yang cakap..kalau penaja tahu mereka akan suruh review produk mereka dan bayar..Insya Allah.
@KB, erm…camne ek nak kasi mereka tahu? =)
sekarang target nak buat goggle yang ada power.. berenang berenang tak nampak. selalu langgar orang. heee
wah! ni satu benda baru ni
jauhnya kedai ini. saye beli di kedai berhampiran pejabat je. senang.. 🙂
dekat lagi senang…tp jauh sikit berbaloi…ok jugak
kalau nak cermin mata murah…kena kenal dan baik dengan taukeh kedai… he he he
hehehehe…betul jugak tu
menarik tawaran kat kedai tu…
menarik..murah jugak tuk bingkainya
alhamdulillah aku tak pakai cermin mata ni. ramai kawan yang pakai. memang nampak macam susah.
ada kawan sorang tu dulu, baru je beli bingkai baru. pastu ada orang terpijak masa letak kat depan dia bersolat. tak ada rezeki
hoooo…time spek kena pijak..mmg berapi tuh
Emm menarik bunyinya cerita ni..hehe..saya alhamdulillah tak pakai cermin mata lagi…
alhamdulillah…moga tak pakai cermin matalah
saya belum pakai kaca mata… tak taulah nanti.
moga2 kekal tak pakai cermin mata
Cantik bingkai cantiklah duitnya.
betul tu..tp janji puas hati dan tahan lama
macam kenal je awek kedai cermin mata tu hahah larik tajuk tak?
hohohoho.nanti bro Pm cuba jawab…hahaa
cermin mata saya baru je patah bahagian dalamnya.. yg bahagian penahan kat hidung tu. skrg masih pakai lagi walaupun senget sikit.. aduhai.. habis lagi duit saya. nak kena balik jb nie ke kedai cermin mata optometrist . hu.hu.hu..
tu kalau tak betulkan cepat, mau pening kepala tu bro hairul
kalau bahagian penahan hidung tu (yg plastik jer) takpe…murah jer..kalau patah semua, mungkin mmg kena beli baru
Assalamu’alaikum Hafiz…
Memang benar, kalau nak membeli barang baik biarlah alah membeli menang memakai….jangan nak cantik dan lawa je…tapi mata masih kelabu…kan Hafiz.. 🙂
Waa’laikumussalam Ummi
Betul tu. Mata nak kena jaga, kalau tak..boleh jadi makin kabur
Wahhh lamanya blog bercuti..tak sabar rasa nak baca kisah2 menarik sepanjang percutian tuh..hehe
akan cuba diupdate secepat mungkin…thanks boh selalu singgah sini
Saya tak pernah pakai cermin mata..tak tahu bagaimana rasanya bila memakai cermin mata ni..
cuba pakai rayban sepanjang hari..hihi
tengah survey kedai nak tukar cermin mata ni, dah lama sgt 🙂
kalau dekat, pasti ambe rekomen kedai papa mifz ni
aku belum pakai kacamata lagi Alhamdulillah
alhamdulillah..moga kekal sihat
Kena pandai pilih jgk skrg ni… taku rosak pulak mata nanti huhu
betul tu bro..bahaya jugak
pergi ke kedai mata yang bertauliah
baru jer beli spek rabun dekat….lepas nie nak beli rabun silau lak…huhu
ngmlah…janji terang jelas =)
kenapa tak buang sekali harung ya dalams atu cermin mata itu?
Memang rugilah jika tak pergi kedai Cermin Mata PapaMifz. Blogger tu! 🙂
Terknal sekejap, mana tahu Papamifz ambil gambar masuk blog beliau. 🙂
hahah lagi Artis! .. 🙂
””””””””””””””””””””””
Customer Services tu dia sepatutnya senyum bukan masam.
Jatuh lah bisnes PapaMifz. 🙂
Klo saudara Hafiz nak pakai cermin mata gelap boleh.
Pakai lah kanta lekap. 🙂
””””””””””””””””””””””””
hehe..mmg tak rugi dapat harga spesel lagi =)
betul tu, tp mata ni geli nak pakai kanta lekap…hehe
kedai mana yg harga kanta mata photogray jual murah tapi quality..saya ada frame spek mata hitam nak digantikan kanta mata yg power diantara 100-130.
Bro boleh try mana2 kedai fokus point, tp memang nak kata mahal sangat, taklah tp mmg confirm kualitinya bagus.
kalau pergi kedai2 optik biasa, ada photogray bawah 200 tapi tak dapat dipastikan kualitinya
nak tanya la..saya tngok tv dekat nampak. Bila tngok jauh dlm 5 meter nampak juga tapi nak baca synopsis kat tv mcm tak berapa nampak, kena kelip2 mata, gosok2 baru nampak jelas. Ni kira rabun ke? Lagi satu saya nak beli cermin mata mgkin rabun saya ni rendah je, agak2 zaman skrg mahal tak cermin sekali dgn bingkai? Kalo saya dapat yg paling murah pun tak apa la asalkn ada cermin mata.. Dalam Rm150 je boleh dapat tak?
Kalau camtu, mungkin rabun jauh tapi masih rendah tahap rabunnya. Ada eloknya adik buat pemeriksaan dan pakai cermin mata…insyaAllah, mungkin boleh turun tahap rabunnya.
RM150, rasanya ada kedai yg jual bingkai murah2…yg penting adik selesa bila melihat
Salam sy memerlukan cermin mata brbingkai spt pemain bola Edgars David…memudahkn sy utk main bola…klau dpt beli bingkai pn dh ok
As salam Wan,
Maaf yer. Tak dapat saya berikan jwpn tepat tp mungkin kalau Wan berada sekitar Shah Alam, boleh terus ke Focus Point Bukit Rimau atau mana2 kedai cermin mata berdekatan.
Rasanya ada jenis bingkai yg Wan cari tu… =)
Sy dah check mata di 2 buah kedai.. Mula2 kedai sy pegi dia cakap kiri kanan power rabun jauh dalam 100 lebih, silau 25. Keesokan hari sy pegi check kat kedai lain dalam shoping komplek, dia cakap kanan 200 lebih, kiri 100 lebih, silau kurang.. Kemudian dia suruh buat cermin mata.. Pastu masuk kat satu bilik ada huruf2 kat depan dan kna pakai cermin mata pelik yg berlapis2 cermin dia letak pastu dia tanya mana yg ok. Stiap lapisan cermin yg dia masukkan sy rasa ok je..nampak je.. Utk apa yg cermin tu? Sbenarnya tanpa pakai cermin tu pun sy bleh nampak huruf2 kat depan dgn jelas.. Kemudian dia check power mata sy semula, dia cakap rabun jauh kurang, silau lebih.. Entah la mana yg betul ye, asal check je berubah2 keputusannya. Mungkin masa check tu sy x fokus btul2 pada gambar belon tu ke? Nak tanya la masa check tu penglihatan mata kita kena kasi tajam fokus btul2 kat belon ke? Atau mcm mana..apa yg mata kita kena lakukan bila tngah check kat mesin tu? Sy ni x la rabun smpai x nampak..cuma nak baca synopsis kat tv jauh2 je rasa mcm bayang2.. Tapi benda lain yg jauh2 sy nampak, macam muka orang pun nampak cuma kadang2 je kena gosok2 mata nk tngok muka org yg jauh dgn jelas.. Tapi sy buat juga la spek tu. Jenama tom & jerry harga rm230 tapi sebab nak cermin yg bagus jadi rm280.. Berbaloi ke????
Saya nak jawab lebih2 pun tak dapat sbb saya bukan optometris. Tpi berdasarkan pengalaman sendiri yg juga buat apa yg adik buat ni. masa kita check mata tu, mmg dia letakkan cermin yg lapis2 tu satu demi satu. Ada yg nk check rabun, ada yg nak check silau.
Jadi,mana yg terang dan tak silau….itulah sebenarnya power rabun dan silau kita.
Kalau belum buat cermin, boleh cuba di kedai cermin mata yg benar2 bagus sprti focus point (contohnya) sbb optometris mereka mmg benar2 bertauliah. Yg kedai lain, sya tak pasti.
Kalau cermin mata tu selesa, dan selapas 2-3 hari rasa dah tak pening, oklah =)
Berbaloi? tak berani saya nak jawab…maaf yer dik =)
Adik boleh tujukan sekali lagi soalan ni pada kawan saya di sini –> http://www.papamifz.com
budget mesti 300 ke bawah ini
Cdgn sy..baik prg jmpa pakar dkt hospitl bhgian optometrist
Salam,,sy nk buat cermin mata untk ank,umur 11th,,dia pakai cermin mata sdh tiga kali tukar,,,pernah buat yg kedua kena rm800,,,pakai xbrapa lama mcm2 masaalah,,,,rasa trtipu jee,,,
Skrg sy nk buat yg baru,,,ni masok yg ke empat lah,,,xtau nk buat dkt mana sbb takut trtipu lg,,,
Powernya mmng tinggi,,,
Sy risau,,,sbb powernya setiap pegi check makin brtmbah,,atau kedai tu tipu sy,,
Apa patut sy buat,,?
Terima kasih,,,
Assalam.
Kalau takut rasa ditipu..saya sarankan mungkin akak boleh ke klinik/hospital kerajaan yg ada bahagian optometris. Dan dapatkan bacaan yg sebenarnya. Dulu2, masa saya student ada dapat bantuan utk buat spek dr jbtn pendidikan.
Akak boleh pilih kedai2 spek mata yg ada nama seperti focus point. Alhamdulillah puas hati.
Sekadar pandangan saya yg sedikit.