Cukup 100!

Assalamua’laikum.

Cukup 1oo! Serius, dah lama ambe tak capai angka ni kat mana-mana. Entah macam mana boleh sampai angka 100. Memang boleh tahan kuat penangannya. Nak kata ambe rajin, taklah rajin mana sebab ada lagi yang boleh capai angka 351, 298, 233. Bagi ambe memang ngam-ngam 100, tapi belum cukup hensem untuk menawan hati dia. Apa bendanya 100 ni? Layan jerlah ambe merepek petang tak berapa petang ni. Santai…..

Angka 100 sebulan

Korang tengok sendiri gambar kat bawah. Dahsyat sungguh 5 homosapiens ni. Ada yang boleh cecah 400 bila-bila masa jer. Ini semua memang penangan yang memang super ohsem!

komen terbaik blog melayu boleh
Paling jarang dijumpai ialah kehebatan tuan tanah dalam membalas komen pengunjung. Tengok saja jumlah komen tuan tanahnya. Jarang ambe jumpa tuan blog serajin mamat ni, walaupun dia asyik cakap dia MALAS, sebaliknya dia hanya buat KERJA.

Pandai-pandailah kita tafsir sendiri apa tuan tanah ni selalu tulis. Ambil mana-mana yang baik, humban dalam tong mana yang korang rasa tak baik. Tapi ingat, ada benda yang kita rasa tak baik lalu kita humban dalam tong, bakal menjadi ‘rezeki’ orang lain. Ok tak?

100. Memang tak cukup untuk ambe menang pengomen paling tak terkalah, tapi cukup untuk ‘menambah rasa seronok’ dalam blogging ni. Ada yang kata, blogger itu ini sombong tak jenguk blog dia, tapi kita lupa pasal satu perkara. Ada tak kita jenguk blog orang lain? Ke kita syok sangat update blog? Takkan asyik nak memberi jer, kenalah jugak menerima. Dok gitu?

Eh, malam ni jangan lupa tengok Pahang vs Johor DT di Astro Arena 801 dan RTM1. Harap sangat takde mana-mana penyokong yang tetiba buat ‘gila’. Tolonglah!

*Saja tak sebut blog mana, tapi korang mesti tahu blog siapa, kan? hehehe*

@hafizmd – Cukup 100! Nak kena KERJA betul-betul kalau nak buat duit dengan blog =)

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.