Oh! Pahang vs Johor DT 8.45 malam

berita sukan bola sepak Malaysia

Assalamua’laikum.

Pahang vs Johor DT 8.45 malam. Malam esok, harapnya semua penyokong dapat masuk stadium dan duduk elok-elok atas kerusi dengan aman dan tenteram. Takde lagi manusia main baling batu sembunyi tangan dan paling penting, takde kucing masuk stadium semata-mata untuk melangsikan padang bola…wooohaaa! Pahang vs Johor DT, 1 Jun 2013. Separuh akhir kedua. Cukup panas dan genting!

1. Siaran langsung dan live streaming

Jangan lupa, pukul 8.45 malam esok. Siaran langsung di Astro Arena 801 dan mungkin juga di RTM1. Live streaming boleh ditonton di sini –> live streaming Pahang vs Johor DT.

2. Lupakan episod duka dan lara di Stadium Darul Makmur 28 Mei hari tu. Harapan ambe sebagai peminat bola sepak Malaysia, janganlah ada yang sengaja datang ke stadium untuk timbulkan kekecohohan. Kalau nak buat juga, sila buat dalam rumah sendiri!

3. Ambe yakin, semua penyokong bola sepak Malaysia sudah matang dan semakin baik disiplin mereka. Insiden 28 Mei tu hanyalah disebabkan ada seorang dua manusia yang kurang kasih sayang, sengaja timbulkan ketegangan antara penyokong.

4. Ambe cukup yakin dan percaya, penyokong Pahang mahupun Johor DT semuanya cukup berdisiplin dan mereka ke stadium demi pasukan masing-masing. Bukan nak cari gaduh.

5. Ambe tak kisah pasukan mana yang menang, janji dapat tengok perlawanan menarik dan banyak gol macam Terengganu vs Kelantan…hehehe

@hafizmd – Oh! Pahang vs Johor DT 8.45 malam. Ambe tertunggu bilalah Nurul Azwan Roya (Awe) dipanggil untuk skuad kebangsaan.