Oh! Pahang vs Johor DT 8.45 malam

Assalamua’laikum.
Pahang vs Johor DT 8.45 malam. Malam esok, harapnya semua penyokong dapat masuk stadium dan duduk elok-elok atas kerusi dengan aman dan tenteram. Takde lagi manusia main baling batu sembunyi tangan dan paling penting, takde kucing masuk stadium semata-mata untuk melangsikan padang bola…wooohaaa! Pahang vs Johor DT, 1 Jun 2013. Separuh akhir kedua. Cukup panas dan genting!
1. Siaran langsung dan live streaming
Jangan lupa, pukul 8.45 malam esok. Siaran langsung di Astro Arena 801 dan mungkin juga di RTM1. Live streaming boleh ditonton di sini –> live streaming Pahang vs Johor DT.
2. Lupakan episod duka dan lara di Stadium Darul Makmur 28 Mei hari tu. Harapan ambe sebagai peminat bola sepak Malaysia, janganlah ada yang sengaja datang ke stadium untuk timbulkan kekecohohan. Kalau nak buat juga, sila buat dalam rumah sendiri!
3. Ambe yakin, semua penyokong bola sepak Malaysia sudah matang dan semakin baik disiplin mereka. Insiden 28 Mei tu hanyalah disebabkan ada seorang dua manusia yang kurang kasih sayang, sengaja timbulkan ketegangan antara penyokong.
4. Ambe cukup yakin dan percaya, penyokong Pahang mahupun Johor DT semuanya cukup berdisiplin dan mereka ke stadium demi pasukan masing-masing. Bukan nak cari gaduh.
5. Ambe tak kisah pasukan mana yang menang, janji dapat tengok perlawanan menarik dan banyak gol macam Terengganu vs Kelantan…hehehe
@hafizmd – Oh! Pahang vs Johor DT 8.45 malam. Ambe tertunggu bilalah Nurul Azwan Roya (Awe) dipanggil untuk skuad kebangsaan.
Aku harap pasukan harimau selatan mampu membenam pasukan tok gajah dengan kelebihan 2-0. Luaskan kuasamu Johor…
senang meski liga-liga eropa sudah habis masih ada lagi liga nasional seperti ini di NEgeri kami pun masih berlangsung
Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar semasa perlawanan nanti
sy tak turn padang hua..klu ada astro done gk tgok ni malam heee
harap2 janganlah ada perkara buruk yg berlaku lagi..saya pula yang risau..
moga2 aman selamanya
aku juga harap dapat lihat banyak gol nanti
siapa menang jumpa kelantan 😀
tunggu atau tidak atau tidur dengan nyenyak
oh… perlawanan di antara kedua pasukan inilah yang sering berputar di media massa ek. Pertarungan panas sehingga mengakibatkannya ditunda 🙂
gua harap, pahang menang ini malam.
semua nak juara apa cerita
ambe sokong kucing. heeeee
keh3…kucing tak datang plak malam tadi
itu la.. kalau tak mesti Pahang menang kan
@DT, pahang dan terengganu senasib
ada sebab tertentu ckp cam tu
Agak mengecewakan sikit persembahan pasukan Pahang mlm tu…huhuhu
Second half mmg kecewa
ambe sesekali jer layan
dia minat bola ambe minat ikut mood macam mana tu