Celoteh Kakak #11 Nak Abang?

Assalamua’laikum.
Celoteh Kakak #11 Nak Abang? Musim cuti sekolah. Rutin harian dua beradik ni, tak lain tak bukan ialah bermain sepanjang hari tanpa rasa penat. Kami yang tengok pula rasa letih. Biasalah adik-beradik, main kejap, gaduh…main kejap gaduh. Sampailah semalam Kakak ada tanya ala-ala ‘permintaan pelik’. Begini ceritanya
Minda aktif anak
“Abah, Kakak nak abanglah,” tiba-tiba jer Kakak cakap masa Abah dengan bergayanya menekan pedal minyak kereta Lambongini kaler kelabu.
“Pasal apa pulak nak abang?” Abah tanya balik.
“Iyalah. Adik Hariz ni. Asyik nak gaduh dengan Kakak jer,” Kakak macam mengadu.
“Ooooo…..biasalah. Adik-beradik memang macam tu. Kakak, Adik main elok-elok. Kena kongsi mainan sama-sama,” Abah cakap ala-ala seorang pakar keluarga.
“Mama…Mama mengandunglah. Nanti keluar abang, boleh?” Kakak sekali lagi cuba memanaskan bangku pemandu kedua iaitu Mamanya.
“Macam mana nak keluar abang pulak. Kalau keluar, baby tu jadi adik Kakak juga,” Mama bermadah tanpa helah dengan harapan Kakak faham.
“Alaaaa….Kakak nak abang,” Kakak semacam buat ayat provokasi pula.
“Kalau gitu, Abah kena cari mama lain yang ada abanglah,” perlahan tapi mendalam sambil Abahnya perasan ada jelingan tajam dari tempat duduk sebelah.
Abahnya semacam nak senyum. Misai nipisnya seakan bergerak ke kanan ke kiri, tapi ditahan jua sambil kaki terus menekan lebih kuat pedal minyak Lambongini kelabunya.
“Aiiiiii…..senyum nampak,” ayat terakhir Mama di petang yang damai.
-Tamat-
@hafizmd- Celoteh Kakak #11 Nak Abang? Celoteh anak-beranak mampu erat kasih sayang. Setuju tak?
Niat sudah ada cuma belum tentu diluluskan. 🙂
takde niat bro..
itu soalan saje nak test tu…hahaha
ada niat dah ke sana tu haaa
@suri, sape? sape?
@AB, takde niat bro…hahaha
gua sokong niat lu!
ko saje kasi panas…hahahha
mana ada.
gua ikhlasss!
@titan, ambe dapat rasai keikhlasan lu tu…hohoho
@titan, laki kalau bab ni, sokongan memang sentiasa padu.. kan gitu?
dia yang nak cukupkan 4 mangkuk cndol mmg kita akan kalah
@suri, kita tunggu jer tauke cendol kawen
untunglah kalau dpat lesen besar..
lesen P pun baru jalan
aku tumpang senyum juga
dengan penuh makna 😀
[mujur isteri kat dalam bilik ni]
haa..dasar llki mmh gitu haaa..
@suri, naluri fitrah gitu
@cikgu, keh3…senyum dakpe lagi..hehee
mesti abahnya tu jadi best dengan soalan tuh kan, hahaha
hahaha…sembang2 camni mmg best..hahaha
Aminnnnn….hahahahaha..lampu hijau dah ada..cuma tak terang jer..kasi terang sikit baru boleh tekan pedal minyak labugini kelabu laju2..hahahaha..dalam kata2 isteri nih….ish2…..
hahahhaah…bukan lampu hijau bro…tu lampu merah bro…hahahaha
abih tu kakak tak nak mama lagi ?
itu soalan yg muncul lepas tu…hehehe…
kakak terus tarik balik soalan merepek dia mula2 tu…
“kakak tak nak,” jawab kakak
tergelak baca entri bro..bagi hint2 dlu..hehe..
keh3…tercapai hajat ambe tulis entri ni hiburkan hati kawan2
Hahaha..
Mencari pakej tu dlm masa sama membantu mereka yg perlukan belaian kasih sayang juga…. humanity kaedahnya..
hahahah
psst: buas juga ya.. hahaha
buas? hahahahahaha
si kakaklah reka cerita ni..mama saje test tu..hahaha
hahaha payah tu nak cari pakej baik begitu keh3… senyum2 slow2 mencarikk 🙂
keh3…sembang kosong jer bro..hahaha
Boleh dapat ke bro? Haha. Niat dah baik
takdelah bro…ni sembang anak2 jer…
niat pun takde
isteri lain? takpe UAI sokong. hikhikhik
hikhikhik…ni semua hanya bual kosong jer..tak lebih dari tu =)
balik rumah…giliran mamanya pulak bergaduh dengan ayah..hehe 🙂
takde..balik rumah dah lupa dah…hahaa
uik nak abang pula yer…takpe leh ambil anak angkat…hehehe
hehehe…kakak saje2 jer…cukuplah 2 org ni dulu
Hahaha… Ini orang dah kawin punya hal… Hahahaha… Larik~
dah kawin tahu ar kadahnya nnti hee,
@suri, bro izzudin ni budak kacak =)
alah bisa tegal biasa. kalau kena gaya bertambah seronok lagi. he.he.he..
@izzudin, hahaahha..sekarang ko larikk dulu…hahaa
apa salahnya tambah satu lagi.. bertambah meriah keluarga nanti.. heee
bro hairul try dulu =)
ini kira surat permohonan ye bro…heee.
lelaki biasanyai mesti ada keinginan, tapi bukan keputusan selepas ambilkira perbagai sudut…mana puan fiezaradzi tak komen2 ni…heeee
koh3…bukan2..ni bukan surat…
ini celoteh si kakak saje..keh3
dia tunggu masa nak komen jer..hehehe
de jugak yg tunggu tuan punya badan komen ye. aish.. tak boleh jadi ni..
saje tunggu dulu, biar tgk2 komen2 kawan-kawan.. ramai betul menyokong.. aduh..
@fieza, tu semua saje nak kasi panas tu…hahaha
dinamika persoalan hidup berumah tangga memang asyik dicakapkan
Kena tunaikan permintaan kakak tu bro,hehe
Hahaha…ayat serampang 2 mata tu. Biasa x keluar ayat gitu jika x de sebab….ahaks, gurau2 je
hahaha..semua ni gurauan semata2.
haha..lawak boleh tahan nie pih.
keh3…mmg itulah yg annur tanya….tak pasal2 siti jeling tajam jer…hahahha