Jejak Kembara Blogger Kacak Tanah Arab!

Assalamua’laikum.

Jejak Blogger Kacak di Tanah Arab! Seorang jejaka kacak. Serius memang kacak. Bukan setakat kacak, dia bakal seorang peguam! Kali ni, entri khas menelusuri seorang blogger di Mesir, Saudara Asyrof Asri. “Mencari, Membaca, Mengkaji, Menulis dan Menyebarkan.” Inilah tagline yang ambe rasa cukup lengkap untuk menggambarkan misi dan visi Bro Asyrof Asri. Jom baca lagi ‘jejak kembara ambe ke Mesir’ bersama Asyrof Asri =) 

1.0 Antara Visi & Misi AsyrofAsriStudio.com

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Inilah rasanya antara perkara yang Bro Asyrof ingin nyatakan dalam satu entrinya “Aku Nak Balik Kampung Tahun Ini.” Sudah tak tertahan rindu nak balik Malaysia. Baliknya bukan kosong semata, tapi sudah dirapi dicatat perancangan untuk memenuhi impiannya memandaikan bangsa dengan bahasa.

Mana ada rakyat Malaysia yang tak rindukan kampung halaman. Ambe yang berkelana ke Selangor dari Terengganu pun kalau boleh nak balik tiap-tiap hari ke Terengganu. Inikan pula Bro Asyrof Asri di Mesir. Mungkin Bro Asyrof rindukan sambal belacan asli, bunyi ayam jantan berkokok jam 3 pagi, angin Malaysia yang lembab nyaman bak disapu kain basah dan keindahan pantai Malaysia yang memutih.

Paling pasti ditunggu dan dinanti ialah mencium tangan dan menatap wajah insan tersayang ibubapa dan ahli keluarga.

Menatap wajah ibubapa sudah mendapat ganjaran pahala, apatah lagi berbakti kepada mereka. Beruntung kepada mereka yang dapat menatap wajah mereka setiap hari.

Tuan Zamri Mohamad. Bestseller writer. Kalau sudah minat, apa saja boleh berlaku dengan izinNYA. Ambe doakan misi Bro Asyrof untuk menuntut ilmu dengan Tuan Zamri bakal tercapai. Rasanya, Bro Asyrof pasti sudah meneliti jadual kursus penulisan Tuan Zamri yang terdekat. Jangan terlepas!

Proses ‘memandaibijakkan’ bangsa bukan mudah, tapi ianya bakal menjadi lebih mudah jika ramai manusia yang mahu berusaha untuk membantu diri sendiri dan saudara seagama sebangsa – hafizmd

Proses ini pasti lebih berkesan dengan kerjasama rakan blogger yang Bro Asyrof nyatakan di sana. Nyata, ambe yakin pilihan blogger yang disebutkan mampu membantu langkahan bergaya Bro Asyrof.

2.0 6 Blogger Pilihan

Blogger lelaki super kacak pilihan Hafizmohd.com;

  1. Cikgu Tehramuan – Pantun penuh berisi, tiada rugi bertandang ke sini. Tiada gosip murahan mencari publisiti, 100% tiada berita perempuan seksi. Inilah blogger sejati. Blog Cikgu Tehramuan No. 1 di hati =)
  2. Cikgu Faizal – ‘Tulislah dengan jiwa dan hati’, barulah pembaca melekat payah nak pergi. Bacalah dengan mata dan hati terbuka, pasti banyak rahsia yang Cikgu Faizal cerita. Kadang-kadang bahasanya pedas menikam, satu saja hajatnya nak beri kita faham!
  3. Cikgu Ilham – ‘Hidup untuk memberi.’ Semakin tangan kanan memberi, semakin murah rezki melimpah mendatangi. Bersua muka kali pertama Cikgu Ilham di #SBB2013, benar kata pujangga, ‘bak padi makin berisi makin tunduk’ Cikgu Ilham ini. Terima kasih Bro Denaihati atas sumbangan ilmu kepada kami.

3 blogger wanita pilihan Hafizmohd.com;

  1. Kak Jie – Membaca blog Kak Jie ibarat mendengar ‘bebelan’ mak di kampung. Memang menarik dan cukup tersendiri ditambah prinsip blogging Kak Jie yang amat ambe kagumi.
  2. Cik Tom – Blog perkongsian personal terbaik antaranya ialah cara buat duit online dan perkongsian resepi Cik Tom menjadikan blog ni sentiasa ambe singgah. Bukan senang nak cari blog yang sudi berkongsi tanpa berahsia teknik dan tips mereka.
  3. Puan Bardboo – Blogger yang banyak berkongsi cerita menarik dari Toulouse, Perancis. Serius, memang seronok membaca cerita seorang ibu yang mengembara di luar negara.

3. Review ringkas blog AsyrofAsriStudio.com

Ambe sertakan kembali komen yang pernah ditulis di blog beliau;

  1. Penulisan – Bagi ambe, ianya cukup baik dan perlu ada blog-blog yang menulis sebaik ini untuk panduan bersama. Kalau semuanya menulis dalam bahasa moden pelik, ambe antara manusia yang bakal hilang dari blog tu.
  2. Themes – Rasanya cukup sesuai. Kemas, ringkas dan sedap mata memandang. Lagipun ianya tetap pilihan Tuan Asyrof. Terpulang jika mahukan themes yang lebih tersendiri.
  3. Loading – Bawah 10 saat dengan kondisi broadband ambe dah kena ‘cap’ oleh P1 Wimax. Jadi, cukup memuaskan.
  4. Artikel wajib – Ambe mahukan entri perkongsian budaya, makanan mungkin sosio budaya masyarakat di sana. Mungkin perkara2 ni boleh ditulis dengan gaya Tuan Asyrof sendiri dan tak mustahil, boleh dikumpulkan dan dijadikan buku pertama anda.
  5. Header – Ya header. Kalau dapat buat satu header yang lebih istimewa. Lebih mengancam jika ada kaitan dengan tempat belajar sekarang dan niche blog ni. Fuh!

Inilah sekadar apa yang ambe sempat jejak kembara bersama Blogger Tanah Arab, Asyrof Asri. Jika ada terlebih dan tersalah, harap dimaafkan jua.

Kalau berminat nak turut serta, sila terjah entri ini –> Blogger Kontest Tanah Arab

join centes blogger tanah arab asyrof asri

BLOGGER CONTEST ini dianjurkan oleh AsyrofAsriStudio.com dan ditaja oleh PENAJA  InsyirahAzhar.com,  ColleenKawaii.com, UstazImad.com, huseinrider.blogspot.com, SumiJelly.com, AkmaOmar.com, LadfeAmir.com,  Azri.my dan SukaSedap.com.

@hafizmd – Memang agak mencabar kontest berbentuk begini =)