Cara Mudah Menulis Artikel

Assalamua’laikum.

Kering idea? Senang nak atasi masalah ni kalau kita tahu cara mudah menulis artikel. Saya perasan, teknik ni acap kali digunapakai oleh ramai penulis termasuklah blogger dan ada yang berjaya buat duit RM1,000 sebulan hanya dengan menulis. Soalannya, ada ke cara mudah nak menulis artikel? Mungkin kita dah pernah buat, tapi tak perasan teknik ni. Jom, saya kongsikan teknik mudah menulis artikel.

Cara Mudah Menulis Artikel

Caranya cukup mudah dan senang. Ikut saja langkah di bawah;

  1. Cari satu topik yang anda hendak tulis. Contoh topik: ‘Cara mengorat’
  2. Cari bahan rujukan. Buku ataupun rujukan di internet ataupun pakcik-pakcik sebelah rumah.
  3. Jadikan topik asas tadi sebagai beberapa isi penting. Contoh: ‘Cara terbaik mengorat janda anak lapan’ dan ‘Kelebihan beristerikan seorang janda’ <— Ini sekadar contoh =)
  4. Dah ada isi penting, bolehlah buat huraian seterusnya.
cara mudah menulis artikel
Semua ada bakat menulis, kan? Kredit: freedigitalphotos.net

Kalau nak tengok contoh, boleh baca entri En.Titan tentang petola tu. Perasan tak, tajuk entri dia ialah “Apa kebaikan makan petola?“, tapi sampai habis entri tiadapun jawapan kepada tajuk entri dia. Betul tak?

Sebaliknya, En.Titan pula yang bertanya soalan lain seperti;

  1. Apa kelebihan dan khasiat petola
  2. Resepi sedap nak masak petola

Dia tak jawab soalan entri dia, tapi dia tanya balik. Ini memang cukup bijak. Hasilnya, En.Titan dapat hasilkan satu lagi artikel sambungan tentang petola iaitu entri ini, “Resepi cara nak masak petola sedap.” Paling best siap dengan rumusan tertentu.

Nampak tak? Bijak betul teknik En.Titan ni. Inilah rasanya antara jurus mudah menulis artikel yang dipanggil “teknik menjemput idea.” Kita tak cari idea, tapi kita jemput pembaca untuk menulis idea mereka dan kita jadikan sebagai artikel atau entri kita. Boleh lihat cara En.Titan menggoreng (mengolah) ayat di sana.

Rujukan idea: Rahsia Teknik Mudah Menulis Artikel

@hafizmd – Mudah betul nak menulis artikel/entri kalau kita tahu caranya.