Jejak Kembara Blogger Kacak Tanah Arab!

- 29 May 2013. Updated 29 February 2016Blogging

Assalamua’laikum.

Jejak Blogger Kacak di Tanah Arab! Seorang jejaka kacak. Serius memang kacak. Bukan setakat kacak, dia bakal seorang peguam! Kali ni, entri khas menelusuri seorang blogger di Mesir, Saudara Asyrof Asri. “Mencari, Membaca, Mengkaji, Menulis dan Menyebarkan.” Inilah tagline yang ambe rasa cukup lengkap untuk menggambarkan misi dan visi Bro Asyrof Asri. Jom baca lagi ‘jejak kembara ambe ke Mesir’ bersama Asyrof Asri =) 

1.0 Antara Visi & Misi AsyrofAsriStudio.com

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Inilah rasanya antara perkara yang Bro Asyrof ingin nyatakan dalam satu entrinya “Aku Nak Balik Kampung Tahun Ini.” Sudah tak tertahan rindu nak balik Malaysia. Baliknya bukan kosong semata, tapi sudah dirapi dicatat perancangan untuk memenuhi impiannya memandaikan bangsa dengan bahasa.

Mana ada rakyat Malaysia yang tak rindukan kampung halaman. Ambe yang berkelana ke Selangor dari Terengganu pun kalau boleh nak balik tiap-tiap hari ke Terengganu. Inikan pula Bro Asyrof Asri di Mesir. Mungkin Bro Asyrof rindukan sambal belacan asli, bunyi ayam jantan berkokok jam 3 pagi, angin Malaysia yang lembab nyaman bak disapu kain basah dan keindahan pantai Malaysia yang memutih.

Paling pasti ditunggu dan dinanti ialah mencium tangan dan menatap wajah insan tersayang ibubapa dan ahli keluarga.

Menatap wajah ibubapa sudah mendapat ganjaran pahala, apatah lagi berbakti kepada mereka. Beruntung kepada mereka yang dapat menatap wajah mereka setiap hari.

Tuan Zamri Mohamad. Bestseller writer. Kalau sudah minat, apa saja boleh berlaku dengan izinNYA. Ambe doakan misi Bro Asyrof untuk menuntut ilmu dengan Tuan Zamri bakal tercapai. Rasanya, Bro Asyrof pasti sudah meneliti jadual kursus penulisan Tuan Zamri yang terdekat. Jangan terlepas!

Proses ‘memandaibijakkan’ bangsa bukan mudah, tapi ianya bakal menjadi lebih mudah jika ramai manusia yang mahu berusaha untuk membantu diri sendiri dan saudara seagama sebangsa – hafizmd

Proses ini pasti lebih berkesan dengan kerjasama rakan blogger yang Bro Asyrof nyatakan di sana. Nyata, ambe yakin pilihan blogger yang disebutkan mampu membantu langkahan bergaya Bro Asyrof.

2.0 6 Blogger Pilihan

Blogger lelaki super kacak pilihan Hafizmohd.com;

  1. Cikgu Tehramuan – Pantun penuh berisi, tiada rugi bertandang ke sini. Tiada gosip murahan mencari publisiti, 100% tiada berita perempuan seksi. Inilah blogger sejati. Blog Cikgu Tehramuan No. 1 di hati =)
  2. Cikgu Faizal – ‘Tulislah dengan jiwa dan hati’, barulah pembaca melekat payah nak pergi. Bacalah dengan mata dan hati terbuka, pasti banyak rahsia yang Cikgu Faizal cerita. Kadang-kadang bahasanya pedas menikam, satu saja hajatnya nak beri kita faham!
  3. Cikgu Ilham – ‘Hidup untuk memberi.’ Semakin tangan kanan memberi, semakin murah rezki melimpah mendatangi. Bersua muka kali pertama Cikgu Ilham di #SBB2013, benar kata pujangga, ‘bak padi makin berisi makin tunduk’ Cikgu Ilham ini. Terima kasih Bro Denaihati atas sumbangan ilmu kepada kami.

3 blogger wanita pilihan Hafizmohd.com;

  1. Kak Jie – Membaca blog Kak Jie ibarat mendengar ‘bebelan’ mak di kampung. Memang menarik dan cukup tersendiri ditambah prinsip blogging Kak Jie yang amat ambe kagumi.
  2. Cik Tom – Blog perkongsian personal terbaik antaranya ialah cara buat duit online dan perkongsian resepi Cik Tom menjadikan blog ni sentiasa ambe singgah. Bukan senang nak cari blog yang sudi berkongsi tanpa berahsia teknik dan tips mereka.
  3. Puan Bardboo – Blogger yang banyak berkongsi cerita menarik dari Toulouse, Perancis. Serius, memang seronok membaca cerita seorang ibu yang mengembara di luar negara.

3. Review ringkas blog AsyrofAsriStudio.com

Ambe sertakan kembali komen yang pernah ditulis di blog beliau;

  1. Penulisan – Bagi ambe, ianya cukup baik dan perlu ada blog-blog yang menulis sebaik ini untuk panduan bersama. Kalau semuanya menulis dalam bahasa moden pelik, ambe antara manusia yang bakal hilang dari blog tu.
  2. Themes – Rasanya cukup sesuai. Kemas, ringkas dan sedap mata memandang. Lagipun ianya tetap pilihan Tuan Asyrof. Terpulang jika mahukan themes yang lebih tersendiri.
  3. Loading – Bawah 10 saat dengan kondisi broadband ambe dah kena ‘cap’ oleh P1 Wimax. Jadi, cukup memuaskan.
  4. Artikel wajib – Ambe mahukan entri perkongsian budaya, makanan mungkin sosio budaya masyarakat di sana. Mungkin perkara2 ni boleh ditulis dengan gaya Tuan Asyrof sendiri dan tak mustahil, boleh dikumpulkan dan dijadikan buku pertama anda.
  5. Header – Ya header. Kalau dapat buat satu header yang lebih istimewa. Lebih mengancam jika ada kaitan dengan tempat belajar sekarang dan niche blog ni. Fuh!

Inilah sekadar apa yang ambe sempat jejak kembara bersama Blogger Tanah Arab, Asyrof Asri. Jika ada terlebih dan tersalah, harap dimaafkan jua.

Kalau berminat nak turut serta, sila terjah entri ini –> Blogger Kontest Tanah Arab

join centes blogger tanah arab asyrof asri

BLOGGER CONTEST ini dianjurkan oleh AsyrofAsriStudio.com dan ditaja oleh PENAJA  InsyirahAzhar.com,  ColleenKawaii.com, UstazImad.com, huseinrider.blogspot.com, SumiJelly.com, AkmaOmar.com, LadfeAmir.com,  Azri.my dan SukaSedap.com.

@hafizmd – Memang agak mencabar kontest berbentuk begini =)

{ 54 comments… read them below or add one }

Izzuddin Fauzi May 29, 2013 at 2:28 pm

Tudia… Kekacakan terserlah dah… Kome ntah bila nak siapkan enteri…

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:43 am

hehe..deme jgn tak masuk…oooo, deme dah jadi penaja ek

Reply

Khairul Zamri May 29, 2013 at 2:31 pm

perghhh berbunga-bunga ayat, Good luck bro menarik :)

Reply

hafizmd May 29, 2013 at 2:32 pm

ayat mesti berbunga utk blogger tanah arab =)

thanka bro zamri

Reply

Datin Tyka May 29, 2013 at 2:43 pm

ayat ambe memang berbunga.. he he
semoga berjaya ye ambe

Reply

hafizmd May 29, 2013 at 2:53 pm

adakalanya kena berbunga2 sikit…

esok kembali asal…hahaha

Reply

Asyrof - Blogger Tanah Arab May 29, 2013 at 2:59 pm

Datin Tyka, bila nak join? ..

Reply

Datin Tyka May 30, 2013 at 12:09 am

ok ok nanti DT join.. sabar ye.. lambat lagi kan.. heeee

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:30 am

@DT, hehehe…namamu sudah diseru..keh3

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:41 am

@Asyrof, Dt tgh karang tu

Reply

Asyrof - Blogger Tanah Arab May 29, 2013 at 2:57 pm

Serius. Tidak tipu punyalah.

Saya suka perkongsian penulisan saudara Hafiz Mohd. :)

Penulisan saudara sangat jujur walaupun hakikatnya saya tidak tahu bro tulis atas dasar apa sekalipun, janji saya baca memang suka dan seronok.

””””””

Moga ada lagi rakan blogger yang sudi tulis penulisan sebegini rupa. :)

Serius, seronok!

Nampaknya saudara sudah masuk dalam list pemenang no. ? ..

Allah sahaja yang tahu. ;) :)

”””””

Kepada rakan blogger lain, join ya. Masih ada berbaki 1 bulan 3 hari dari sekarang. :)

Terima kasih saya dahulukan untuk saudara Hafiz. :)

Senyum selalu ya dengan komen saya ni. ;)

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:42 am

@Asyrof, mmg senyum smpai telinga jadinya…hehe

ambe menulis sekadar termampu…cabaran kontest sebegini memang perlu lebih teliti =)

Reply

mancai May 29, 2013 at 2:59 pm

huhuhu… sememangnya segar2.. dek kerana ayat bro nie….

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:41 am

terima kasih bro mancai..hehe

Reply

Sop May 29, 2013 at 3:02 pm

good luck bro hafiz

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:41 am

terima kasih bang sop

Reply

papa mifz May 29, 2013 at 3:29 pm

den bukan orang Terengganu, tapi den rindu sama Terengganu, rindu tang pulaunya terutamanya Pulau Redang dan Pulau Perhentian…

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:41 am

pulau2 tu mmg sentiasa memberi kesan kerinduan yer bro?

Reply

Hafizul May 29, 2013 at 4:06 pm

Emm teknik 2 dalam 1 ke ni bro..hehe..nice…selamat maju jaya..tuan punya contest dah komen terbaik punya..hehe

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:40 am

heehe…tuan kontest mmg baik hati =)

Reply

maza May 29, 2013 at 5:40 pm

Perkhhh!!.. dimulai dgn kata2 pujian melambung2 tu.. kihkihkih

kalua tak menang tak tau ler.. ahhaha

Good strategi bro!

Reply

hafizmd May 29, 2013 at 6:12 pm

alamak..bang maza dah dapat hidu strategi ambe..hehehe

inshaAllah..heheeh

Reply

akubiomed May 29, 2013 at 8:44 pm

Selamat berjaya kepada bro. :-)

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:31 am

Terima kasih bro =)

Reply

jutawan muda May 29, 2013 at 9:39 pm

tu dia… berbunga-bunga… nice sharing bro…

Reply

suri May 31, 2013 at 9:28 am

masa inilah segala khazanah ayat akan di keluarkan

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:15 am

@suri, sesekali utk rakan blogger =)

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:31 am

@JM, hehehe…sesekali habis keluar

Reply

Asyrof - Blogger Tanah Arab June 30, 2013 at 5:19 am

Takpe, sekali sekala terkeluar apa-apa dalam hati.

Semuanya atas dasar nak perkukuhkan hubungan blogger 1 Malaysia. :)

Reply

hafizmd June 30, 2013 at 8:42 pm

@Asyrof, betul tu…inilah peluang dan tikanya

Reply

TehR May 29, 2013 at 10:01 pm

selamat masuk bersanding
eh, bertanding :D

moga2 boleh menang nanti

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:30 am

jgn tulis camtu bro..hahahaha

terima kasih cikgu, jomlah masuk sekali

Reply

auc May 29, 2013 at 10:17 pm

moga berjaya bro…

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:30 am

thanks bro

Reply

nazray May 30, 2013 at 12:10 am

contest blogger kacak. semoga berjaya. ( tak da ke pencalonan untuk saya? hahaha )

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:29 am

hehee..kita tunggu kot2 ada lepas ni.. =)

Reply

Ummi Hanie May 30, 2013 at 12:55 am

selamat maju jaya teman ucapkan ye.

details, bersungguh sekali.

teman=ambe ;)

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:29 am

terima kasih Ummi

utk rakan blogger =)

Reply

suri May 30, 2013 at 1:58 am

semoga berjaya yeah…kami tak tentu lagu sb bz huhu…

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:29 am

jomlah suri..sempat lagi ni…tulis sikit…lama2 siaplah

Reply

kakiblog May 30, 2013 at 4:20 am

saya pun mau join untuk lawan ngan bro…he..he..gurau dan senda sahaja

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:28 am

hehe..jom2…lawan2 camni mmg best..hehe

Reply

kakiblog July 14, 2013 at 8:39 am

nampaknya bro telah berjaya menjadi juara..tahniah dan kemenangan itu cukup bermaruah di antara kita berdua..he..he..

Reply

hafizmd July 15, 2013 at 1:59 pm

Alhamdulillah. Mmg cukup sengit

Reply

onlajer May 30, 2013 at 3:01 pm

wah taniah ante sudah masuk juga

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 11:21 am

sudah…1st kot utk kategori no 2

Reply

Hairul Hissam May 31, 2013 at 2:35 pm

betul sgt tu.. tiada gosip murahan dan tiada awek seksi buatkan kita syok ke sana spt blog bro tehr….

Reply

hafizmd May 31, 2013 at 3:22 pm

antara blog yg ambe respek termasuk juga blog hairul.com…antara yg terbaik dan blogger sejati pada pandangan ambe

Reply

fyna May 31, 2013 at 10:20 pm

good luck ^_^

Reply

Rina June 8, 2013 at 4:20 pm

Anda mengikuti contest-nya juga ya ?? semoga sukses dan semangat …

Reply

hafizmd June 10, 2013 at 9:18 pm

terima kasih rina

Reply

sensasi2020 July 12, 2013 at 8:20 am

Tahniah bro…berjaya jadi pemenang kontest tanah Arab…

Reply

sensasi2020 July 12, 2013 at 8:22 am

Rezeki bulan Ramadhan…bulan keberkatan dan kemewahan rezeki…Selamat berpuasa dan salam Ramadhan Al-Mubarak..

Reply

Asyrof - Blogger Tanah Arab July 13, 2013 at 8:38 am

ASsalamualaikum Warahmatullah …

Tahniah saudara Hafiz Mohd menang dalam kontes Tanah Arab. :)

Didoakan moga pencapaian ini berkekalan selalu dalam mana-mana kontes. ;)

Reply

Leave a Comment

{ 5 trackbacks }