Cerita 2014: Samsung Note 3, trafik blog dan affiliate!

- 11 January 2015Blogging

Assalamua’laikum. Alhamdulillah. Ambe baru jer renew domain ngan hosting hafizmohd.com. Bukan payah pun nak buat keputusan nak renew atau tak. Sebabnya inilah satu-satunya blog self-hosted yang ambe  ada. Lain-lain kalau ada, semuanya free platform. Lagipun rugi kalau tak renew, sebab blog ni salah satu yang beri duit online tiap-tiap bulan dengan penuh gagah perkasa. Taklah banyak tapi bolehlah untuk belanja anak bini ambe pisang goreng cheese setiap hari tanpa gagal.

Samsung Note 3 dengan berblogging!

Cerita tahun 2014 untuk blog ni ambe boleh kata antara yang terbaik sepanjang berblogging. Antara yang paling best dan tak boleh ambe lupakan sampai bila-bila pastinya menang Samsung Note 3. Ambe ada tulis kat entri ni, “Aku dan Samsung Note 3.” Menang Note 3 ni selepas menang Contest Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s anjuran Tuan Ilham, founder Denaihati.com.

Memang cukup manis kenangan 2014 dengan blog ni. Sekadar permulaan semangat untuk ambe tahun 2015 ni, ambe tulis senarai kontest yang membuahkan hasil tahun lepas. Alhamdulillah.

  1. Blogger Contest Tanah Arab
  2. Contest Review Blog Papa Mifz
  3. Entri Terbaik Mom Blogger Referrel Contest
  4. Tempat pertama Contest Review Blog SirapLimau.com
top blogger 2014

Kenangan SBB2014. SBB2015???

Entri “Yeo’s Lovemark” membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi ambe dalam contest tu. Mana nak dapat free Note 3, kan? Alhamdulillah. Rezeki blogging memang ada janji kita usaha dan tahu cara-caranya. Itu yang Tuan Ilham pesan kat ambe masa SBB2014.

Itu cerita tahun lepas. Semuanya dah lepas dan takde benda yang kekal pun. Selagi ada usaha, insyaAllah adalah hasilnya. Takde usaha, jangan bising-bising tak dapat apa yang kita impikan dan jangan cari salah orang lain. Noktah.

Trafik blog tahun 2014.

Masih rendah. Malas nak captured dari Google Analytic. Secara puratanya sebulan dalam 18k UV. Sehari dalam 600 UV. Sumber trafik memang banyak dari enjin carian. Belum cukup gempak mana. Perlu lebih banyak ilmu dan paling penting entri-entri yang boleh menarik minat pembaca. Paling penting lagi, entri tu mestilah muncul di muka surat pertama enjin carian. Kalau tak, kuranglah pembaca, kuranglah impaknya, maka kuranglah juga hasilnya =)

Untuk tujuan tu, Alhamdulillah ambe dah mulakan langkah dengan mendapatkan kitab terhangat di pasaran milik Encik Titan. Kitab SEO  Merah Jambu. Ambe dah start baca. Semangat dah ada. Cara yang lebih tepat dah mula nampak. InsyaAllah, mudah-mudahan hajat untuk tambah pendapatan sampingan dengan blog lebih kencang dan kacak tahun ni. InsyaAllah.

Affiliate!

Itu nantilah…hahaha..banyak lagi nak kena belajar dari sifu-sifu Affilate Encik Titan, Bro Reez, Tok Puteh, Tuan Besar Muaz Hadi IKR, jejaka kacak Prof Hariz dan ramai lagi yang dah mulakan langkah kecil menghala ke langkahan lebih besar dan bergaya. Usaha usaha usaha!

Terima kasih. Semoga korang terhibur dan tak bosan baca entri ni. Kalau bosan, korang gi baca entri “Ayam Pakai Lipstik” dulu sebelum pangkah butang X….hehehehe

{ 43 comments… read them below or add one }

Anuar January 11, 2015 at 3:48 pm

Tahniah Bro.. Semoga lebih berjaya menang banyak Contest pada tahun 2015 ni… ;)

Reply

Denaihati January 11, 2015 at 4:15 pm

tahniah bro. selamat maju jaya dan mudahan 2015 lebih lagi.

Reply

Nadri January 11, 2015 at 6:06 pm

Rezeki tahun 2014..Moga kemenangan itu akan menjadi penyuntik semangat utk terus berblogging

Reply

akubiomed January 11, 2015 at 9:57 pm

Lamat tak kemas kini blog personal ada projek underground sekarang nih?

Reply

Hafizul January 12, 2015 at 11:02 am

Huhu..terbaiklah…dah dapat kitab pink tu..lepas ni tengok la hasilnya…haha..semoga maju sokmo yer boh..

Reply

hafidzramli January 12, 2015 at 2:58 pm

Salam Hormat.
Okay lah tuh bro dapat hari-hari makan goreng pisang cheese :P

Reply

Azwan January 13, 2015 at 11:07 pm

semoga lebih berjaya dan dimurahkan rezeki tahun 2015 ini nanti

Reply

rika January 14, 2015 at 4:28 pm

Tahniah pencapaian 2014. Moga terus suksess 2015.

Reply

AZENI AHMAD January 14, 2015 at 5:07 pm

Tahniah untuk pencapaian 2014.
Siap dapat note samsung 3 tue.
Best.

Semoga tahun 2015 lebih baik dan meriah.

Reply

Noriza Rahman January 15, 2015 at 3:34 pm

Semoga tahun 2015 ni semakin bertambah masyuk la buat duit dengan blog ye

Reply

Ikhwan Fahmi January 15, 2015 at 10:53 pm

tahniah atas pencapaian yang diperolehi pada tahun 2014 :)

Reply

reezluv January 15, 2015 at 11:15 pm

blog ni best, ape kes tak update..hahaa..sibuk le tu buat blog blog lain eh

Reply

BloggInspired January 16, 2015 at 12:51 pm

Tahniah bro..insha Allah kejayaan akan lebih menyusul di tahun 2015 ini..

Reply

islam di dadaku January 17, 2015 at 7:40 am

Tahniah atas segala pencapaian di tahun 2014 kemarin semoga lebih meningkat lagi

Reply

adarain January 17, 2015 at 8:02 pm

Semoga kita sama-sama lebih maju dalam blog 2015. :D

Reply

dja@sishaza January 18, 2015 at 4:31 pm

Salam 2015 .. lama tak singgah sini. Walaupun sekitar 600uv, tapi hasilnya ‘lebat’ juga kan… rajin admin join contest, yang ini memang sis surrender :)

Reply

guliroket January 19, 2015 at 9:33 pm

rajin gi bertapa kat gua nih..

Reply

Hafizmd January 19, 2015 at 9:35 pm

hahaha…bertapa xdak hasil..rugi2..

Reply

zool January 19, 2015 at 10:57 pm

wow.. best lah ada samsung note tu… semoga lebih berjaya dalam bidang ni

Reply

Hafizmd January 20, 2015 at 9:31 pm

hohoho…alhamdulillah..mmg best..maklumlah…selama ni pakai hp biasa2 jer

Reply

HarfizBizstudent January 24, 2015 at 10:58 am

Tahniah bro.. moga-moga tahun ni lebih masyuk :)

Reply

dynasty kingdoms January 24, 2015 at 1:26 pm

power bro!!!

Reply

titan January 26, 2015 at 10:06 pm

haikkk..

apsal gua tak dapat pun t-shirt hitam tu haaa..

Reply

Hafizmd January 27, 2015 at 8:29 pm

itu makna lu tak cukup kacak…hahahaa

Reply

Ummi Hanie January 26, 2015 at 10:41 pm

wah wahhh…. happening betul kemenangan 2014 yer…

eh ada terselit juga contest blog ambe… hihi… mekacih :)

semoga 2015 kita sama2 berjaya dengan cemerlang insyaAllah.. amin

Reply

Hafizmd January 27, 2015 at 8:28 pm

mmg happening..rindu betul time2 aktif dulu..

moga kontest jom aktifkan mykad ni bawak semangat…good luck utk ummi juga =)

Reply

Muhammad Nizar January 31, 2015 at 12:29 am

Nice artikel. Salam blogging dari Indonesia!

Reply

Datin Tyka January 31, 2015 at 2:24 am

tahun 2014 tahun kehancuran DT.. tak aktif langsung dalam blogging ni..
tapi kali ini, tahun 2015 akan kembali semangat untuk menaikkan blog

Reply

blogger bumi lasinrang February 1, 2015 at 7:24 am

ayo semangat lagi bro hafiz agar blog kembali ramai seperti dulu

Reply

Farid Laham February 2, 2015 at 9:26 am

tahniah berubahan yg bagus..sama2 kita tingkatkan usaha lagi

Reply

Avanoustic February 3, 2015 at 8:29 pm

semoga lbh berjaya lg di th 2015 cikgu. bagi org macam sy ni hrus byk belajar lg dr org macam cikgu ni. blessed u :)

Reply

Iza February 16, 2015 at 6:08 pm

tahniah bro..:)

Reply

Penapis Air Coway February 17, 2015 at 3:21 pm

Sekarang dah ramai mula buat giveaway dengan hadiah yang mahal. Lagi eksited nak join.

Reply

Rossaimi February 26, 2015 at 8:18 pm

Semoga tahun 2015 ini akan memberikan lebih kejayaan kepada kita semua.

Reply

islam di dadaku March 11, 2015 at 1:28 am

menanglah aku rasa sibuk sekali saat ini bro belum berubah artikel ini semua

Reply

Syahril Hafiz March 21, 2015 at 11:05 pm

Lama tak menjengah kesini, makin hebat bro sekarang. Banyak contest dimenangi dengan angpau Affliate lagi.. semoga terus berjaya !

Reply

Zul April 7, 2015 at 2:29 am

terbaik..menang jgak note 3…eden habuk pun tarak..huhu…semoga 2015 lagi kemah keming

Reply

zik April 26, 2015 at 12:45 am

hebat boh loh nih… kawe dok dah tak berapa nak promosi sana sini dah…

Reply

SiberYuzz June 1, 2015 at 3:06 pm

Trafik tinggi tu kalau 600 UV sehari, tak terjangkau blog saya..harap-harap nanti blog saya pun akan berjaya menjana trafik yang tinggi jugak.

Reply

sera forex September 19, 2015 at 12:28 pm

Moga kemenangan itu akan menjadi penyuntik semangat utk terus berblogging..

Broker forex terbaik

Reply

Novansyah nurfajar October 13, 2015 at 5:18 pm

Selamat gan atas keberhasilannya :D/ saya sih masih jauh untuk sukses :(

Reply

Sohoque October 28, 2015 at 10:48 pm

Fuuuh lama x masuk blog boh. Dan lama gak x jumpa nge boh…

Reply

IhsanSFD December 20, 2015 at 2:56 pm

Tahniah. Hebat lah kau, ku juga ingin :).

Reply

Leave a Comment