Aku & Samsung Note 3!

Assalamua’laikum.

Aku & Samsung Note 3. Alhamdulillah. Dapat juga merasa guna telefon pintar Samsung Note 3. Tak pernah boleh mimpi menang hadiah segempak Samgsung Note 3!

Ulasan samsung note 3
1st time buka kotak Samsung Note 3!

Puas hati guna Samsung Note 3?

Hampir nak masuk sebulan dah aku guna Note 3 ni. Secara kasarnya, aku boleh cakap memang cukup puas hati. Puas hati tang mana tu? Oklah. Aku ni bukannya seorang tukang review gajet yang celik gajet sangat. Maka, aku sekadar mampu menulis review seringkas di bawah ini untuk tatapan korang yang kot-kot tengah pening kepala nak pilih telefon pintar.

1. Ciri fizikal Note 3. Nipis, ringan dan cukup seksi! Note 3 aku ni warna putih suci yer. Butang-butangnya semuanya ngam mesra pengguna. Saiznya 5.7 inci ni, kiranya muat-muat masuk poket seluar aku ni. Taklah gedabak besar mana pun. Lagipun, aku boleh tumpangkan dalam beg isteri aku jer…hehe =)

apps pilihan untuk samsung note 3
Antara aplikasi best yang dipasang ialah aplikasi WordPress!

Kalau rasa payah nak guna 2 tangan untuk operasikan Note 3 ni, ada tetapan one-handed operation!

2. Kualiti gambar Samsung Note 3 yang cantik! Bab gambar memang cukup puas hati. Korang boleh tengok sendiri mutu gambar di bawah. Kalau tak cantik, tu mungkin sebab aku tak reti buat tetapan fungsi kamera Note 3 ni. Ada gambar yang aku kongsikan di Instagram (jomlah follow insta aku: @hafizmd83).

gambar cantik dari samsung note 3
Pecut laju-laju!
gambar matahari dari samsung note 3
Petang yang damai di kampung Permatang Pasir!

3. Blogging & Note 3. Ini antara yang paling best sebab aku dah mula boleh terbang ke blog korang semua tanpa perlu aku bukak pc mahupun laptop. Aku siap pasang aplikasi WordPress lagi setelah mendapat nasihat Bro Eizil hari tu (thanks bro!).Β  Maka, blog yang guna themes responsive memang lebih kerap aku terjah sebab lebih mesra dan senang aturannya. Boleh tengok contoh blog responsive di bawah yer.

blogger guna themes genesis
Blog shakiddo.com dengan tema Genesis!

4. Tetapan Easy Mode! Best juga tetapan ni. Kalau rasa serabut sangat dengan tetapan sekarang, boleh cuba tetapan ni. Ringkas dan just nice!

ulasan easy mode samsung note 3
Easy mode Samsung Note 3. Simplekan?

Sekadar itu review ringkas aku & Samsung Note 3. Banyak lagi fungsi menarik seperti S-Pen Note 3. Banyak lagi yang nak kena godek dan explore!

Terima kasih sekali lagi kepada team Denaihati Network (sertai mereka di sini: Denaihati Network) dan penaja utama kontest ‘Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo’s iaitu Yeo’s Malaysia!

Sebelum aku lupa, Yeo’s Malaysia sedang rancak dengan 1 kontest super gempak dengan tawaran hadiah wang tunai yang beribu-ribu! Nak cuba? Terus baca entri ini: Yeo’s 80 Days Drink to Cash Contest.

@hafizmd – Manisnya ada blog. Jom terus berusaha!